Langkau ke kandungan utama

Sebab Masuk Neraka

Sebab Masuk Neraka

(Date written : 22 Mar 2015)

Ada 2 Perbuatan Diri berdasarkan Al-Quran yang mengakibatkan Manusia masuk Neraka. Ianya adalah :

KAZZABA = MENDUSTAKAN.

TAWALLA = BERPALING.

Firman Allah :


Ta Ha : 48

إِنَّا قَدْ أُوحِىَ إِلَيْنَآ أَنَّ الْعَذَابَ عَلٰى مَن كَذَّبَ وَتَوَلّٰى

● Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa AZAB itu (ditimpakan) ke atas SESIAPA yang MENDUSTAKAN (KAZZABA) dan BERPALING (TAWALLA). ●

Al-Lail : 14

فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظّٰى

● Maka, kami memperingatkan kamu dengan API NERAKA YANG MARAK MENYALA (BLAZING). ●

Al-Lail : 15

لَا يَصْلٰىهَآ إِلَّا الْأَشْقَى

● TIDAK ADA YANG MASUK ke dalamnya KECUALI orang yang paling celaka, ●

Al-Lail : 16

الَّذِى كَذَّبَ وَتَوَلّٰى

● yang MENDUSTAKAN (KAZZABA) dan BERPALING (TAWALLA) ●


Inilah 2 Punca atau Sebab Mengapa Manusia di Masukkan ke dalam NERAKA.

Maka kedua Perbuatan Ini perlu kita KENALI dan JAUHI sejauh-jauhnya.

Kedua-dua Perbuatan NAFS ini selalunya tidak TERNYATA di luar dengan PERKATAAN, namun berlaku di dalam S°UDUR (MINDA) kita.

Apa itu KAZZABA

Mendustakan.

Apa yang kita DUSTAKAN ?

1) Ayat-ayat Allah sesudah JELAS TERANG maksudnya dan kita faham.

2) Tanda-tanda KEBESARAN Allah - setelah JELAS TERANG ianya TERNYATA pada PERSEPSI DIRI kita.

Yang Paling Tepat dapat di simpulkan adalah TAK MAHU MENGAKU, walaupun dah TERNYATA KEBENARAN.

Apa itu TAWALLA

Berpaling.

In English TURN AWAY.

Berpaling ini bukanlah PERBUATAN fizikal yang kita MEMALINGKAN Muka kita.

Berpaling di sini adalah PERBUATAN JIWA atau NAFS kita yang "Tak Mahu Tengok", Tak Mahu Beri Perhatian", "Tak Mahu Ambil Berat", "Tak Mahu Mendalami", "Tak Mahu Fokus atau Beri Tumpuan", kepada :

1) Ayat-ayat Allah.

2) Tanda-tanda Kebesaran dan Keagungan Allah.

Asalnya Adalah TAK MAHU MENGAKU BENDA BENAR atau KEBENARAN. Kemudian Baru BERPALING JIWA.

=====
Apa hasil dari Kazzaba Wa Tawalla

Hasil dari Kazzaba Wa Tawalla ini menghasilkan :

1) ABA (Enggan)
2) TAKBAR (Takabbur, Angkuh)
3) 'IZZAH (EGO)
4) YATAMAT°OO (Berlagak Sombong)
5) SYIRIK (Mengaku Diri Sendiri Berkuasa, Atau Mengaku ada Kuasa Lain atau Ada Kuasa Lain bersekutu/bersama (Partner) dengan Allah)
6) Perbuatan Keji dan Mungkar.

Ternyata, inilah 2 Perbuatan Jiwa yang jadi AKAR UMBI segala Kejahatan, Kerosakan, Perbuatan Keji dan Mungkar.

Apa Lawan Kazzaba Wa Tawalla

Firman Allah :

Al-Qiyamah : 31

فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلّٰى

● Dan ia tidak mahu MEMBENARKAN (S°ODDAQA) dan tidak mahu BERSOLAT (S°OLLA) ●

Al-Qiyamah : 32

وَلٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلّٰى

● tetapi ia MENDUSTAKAN (KAZZABA) dan BERPALING (TAWALLA), ●

Al-Qiyamah : 33

ثُمَّ ذَهَبَ إِلٰىٓ أَهْلِهِۦ يَتَمَطّٰىٓ

● kemudian ia pergi kepada ahlinya dengan BERLAGAK (sombong = YATAMAT°OO). ●

Lawan kepada KAZZABA adalah S°ODDAQA iaitu MEMBENARKAN.

Lawan kepada TAWALLA adalah S°OLLA.

Maka kena faham bahawa maksud S°OLAT dengan sebenarnya. Ianya adalah keterbalikan kepada TAWALLA.

Semasa kita Mendirikan S°OLAT = TUMPUKAN PERHATIAN, FOKUS, BERI TUMPUAN SEPENUHNYA kepada Allah dan Ayat-ayat Allah yang kita sebut semasa S°OLAT. Jika tidak, Kita tidak BERS°OLAT.

Satu lagi lawan kepada TAWALLA adalah ISLAM = Serah Diri kepada Kehendak dan Perintah Allah.

Aal-i-Imraan : 20

فَإِنْ حَآجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِىَ لِلَّهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ وَالْأُمِّيِّۦنَ ءَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلٰغُ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌۢ بِالْعِبَادِ

● So if they argue with you, say, "I have SUBMITTED myself to Allah [ASLAMTA], and [so have] those who follow me." And say to those who were given the Scripture and [to] the unlearned, "Have you submitted yourselves?" And if they SUBMIT [ASLAMU], they are rightly guided; but if they TURN AWAY (TAWALLAU) - then upon you is only the [duty of] notification. And Allah is Seeing of [His] servants. ●


====
End.

Allah As-Salam.

====





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA