Langkau ke kandungan utama

Apa itu INFINITI

Apa itu INFINITI

(Date written : 27 Apr 2015)
(Second update : 30 Apr 2015)
(Last update : 31 Jan 2016)

1) Infiniti adalah :

a) Sesuatu yang tidak boleh di ukur.
b) Tiada Nombor boleh di berikan.
c) Sesuatu yang tidak ada kesudahan (NO ENDING)

2) Mengapa mengkaji INFINITI ?

Sebab ia ada kait mengait dengan ALAM CIPTAAN ALLAH dan Sifat Allah itu SENDIRI.

Sesuatu yang di katakan INFINITI bukanlah sesuatu yang TIDAK TERKIRA Besarnya sahaja (MULTIPLICATION / GANDAAN), TETAPI juga adalah sesuatu yang tidak terkira KECILNYA (DIVISION / BAHAGI).

Maknanya kena tambah DEFINASI INFINITI :

d) Sesuatu yang TIDAK ada PERMULAAN nya (NO STARTING).

Contohnya adalah kita tahu berapa besarkah Alam ini ?

Kajian Sains pun tak boleh berikan jawapan. Sebab TELESKOP terbesar MASIH nampak BERBILLION GALAKSI. Maksudnya masih tak nampak TEPI atau Hujung Alam.

Jika Alam ini kita tak tahu berapa BESAR, walaupun ianya FINITE (Boleh di ukur), apatah lagi Pencipta Alam.

Berapa kecilkah zarah terkecil ?

Ini pun melalui peringkat-peringkat. Dulu dikatakan Atom paling kecil, bila alat pengukur makin maju, di katakan nucleus dan sekarang di katakan quarks.

Sebenarnya benda yang paling kecil juga adalah INFINITI.

Sebab. Katalah di dalam tulisan kita yang paling terkecil adalah SATU NOKTAH.

Bolehkah ada tulisan lebih kecil dari Satu Noktah ?

Boleh. Setengah Noktah.

Bolehkah Lagi kecil ?

Boleh, Seperempat Noktah. Lagi kecil? Seperlapan Noktah. Dan seterusnya. Satu Persejuta Noktah dan seterusnya.. tiada kesudahan.

Dapatkah kita APA ZARAH terkecil ?

TIDAK. Ia akan berterusan sehingga Tiada Nombor boleh di letakkan - MAKA zarrah yang paling kecil juga ADALAH INFINITI.


3) Contoh-contoh Ayat Al-Quran menceritakan tentang INFINITI :

Yunus : 61

وَمَا تَكُونُ فِى شَأْنٍ وَمَا تَتْلُوا مِنْهُ مِن قُرْءَانٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ ۚ وَمَا يَعْزُبُ عَن رَّبِّكَ مِن مِّثْقَالِ ذَرَّةٍ فِى الْأَرْضِ وَلَا فِى السَّمَآءِ وَلَآ أَصْغَرَ مِن ذٰلِكَ وَلَآ أَكْبَرَ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang LEBIH KECIL dan tidak (pula) yang LEBIH BESAR dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam KITAB YANG MENJELASKAN (Lauh Mahfuzh). ●


Saba' : 3

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَأْتِينَا السَّاعَةُ ۖ قُلْ بَلٰى وَرَبِّى لَتَأْتِيَنَّكُمْ عٰلِمِ الْغَيْبِ ۖ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِى السَّمٰوٰتِ وَلَا فِى الْأَرْضِ وَلَآ أَصْغَرُ مِن ذٰلِكَ وَلَآ أَكْبَرُ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Dan orang-orang yang kafir berkata: "Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah: "Pasti datang, demi Tuhanku Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrah pun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang LEBIH KECIL dari itu dan yang LEBIH BESAR, melainkan tersebut dalam KITAB YANG MENJELASKAN (Lauh Mahfuzh)", ●

Maksud ayat di atas tentang "Tiada yang lebih kecil dan tiada yang lebih besar" itu adalah SELAGI masih boleh DI UKUR, maka objek itu iaitu segala sesuatu iaitu MA (apa-apa) dan MAN (sesiapa) akan berada di DALAM ILMU ALLAH dan terletak di dalam LUH MAHFUZ.


4) Bolehkan INFINITI berada di dalam BENDA FINITE ?

Contoh satu Bulatan atau Sfera.

Bolehkah kita LETAKKAN sesuatu yang INFINITE di dalam nya ? - maksudnya sesuatu yang TIDAK BOLEH DI UKUR ? atau TIADA KESUDAHAN.

Jawapannya : BOLEH.

Bagaimana BOLEH ?

SEBAB benda yang terkecil adalah sesuatu yang TIDAK boleh Di UKUR. Ianya adalah INFINITI.

=====

5) Adakah BENDA FINITE menjadikan INFINITI atau INFINITI yang MENGHASILKAN Benda FINITE ?

Benda FINITE adalah sesuatu yang boleh di ukur (MEASURE).

INFINITI adalah sesuatu yang tidak boleh di ukur (MEASURE).

Untuk menjawab soalan ini - perlulah kita berfikir SIAPA yang LEBIH BERKUASA atau BERTENAGA antara kedua benda tersebut.

Tidak mungkin sama sekali yang KURANG KUASA menghasilkan yang LEBIH Kuasa atau TENAGA.

Maka JAWAPAN nya mestilah INFINITI yang menjadikan Benda FINITE.

Sebabnya adalah INFINITI terlampau jauh lebih sangat BERKUASA dan BERTENAGA dari benda FINITE.

Maksudnya Sesuatu yang tidak boleh di ukur yang menjadikan sesuatu benda yang boleh di ukur.

Sesuatu benda yang BOLEH DI UKUR pastilah sesuatu yang boleh kita kenali, nampak kelihatan, QUANTIFY dan namakan.

Sesuatu yang TIDAK BOLEH DI UKUR adalah sesuatu yang TIDAK boleh kelihatan, NAMUN BOLEH DI RASAI WUJUD NYA.

6) Namun, Bagaimana kita TAHU yang INFINITI itu SANGAT LEBIH BERKUASA atau BERTENAGA dari benda FINITE ?

Mari kita saksikan 2 DAYA (FORCE) yang TERDAPAT dalam Alam ini atau yang terdapat pada SUATU 'RUANG' atau 'SPACE' :

1) DAYA Elektromagnet
2) DAYA Graviti.




Gambarajah di atas adalah Model kepada apa sahaja benda FINITE yang kelihatan.

Yang kelihatan dari Model 'Sesuatu' di atas adalah DAYA Elektromagnet yang TERHASIL dari DAYA GRAVITI yang INFINITI.

Di tengah-tengah Model itu adalah TENAGA GRAVITI yang INFINITI = sesuatu yang TIDAK DAPAT DI UKUR. Tenaga GRAVITI ini MENARIK apa sahaja ke dalamnya menghasilkan CENTRIFUGAL FORCE atau DAYA EMPARAN.

CENTRIGUGAL FORCE adalah DAYA TOLAKAN KE LUAR (di panggil RADIATE) yang di panggil ELEKTROMAGNETIK manakala GRAVITI adalah DAYA TARIKAN KE DALAM. Kedua-dua DAYA TENAGA Inilah yang MENGHASILKAN segala PERUBAHAN Pergerakan Pada Setiap Sesuatu (kulli syai'in) dari sebesar-besar sesuatu (MA (apa-apa) atau MAN (sesiapa)) kepada sekecil-kecil sesuatu.

Untuk nak paham benda ni mari kita lihat PUTING BELIUNG atau HURRICANE :




Puting Beliung terhasil di sebabkan ada Perbezaan TEKANAN UDARA atau AIR PRESSURE. Udara Bertekanan Tinggi menuju kepada Ruang Udara Bertekanan PALING RENDAH.

Tekanan adalah satu DAYA atau TENAGA.

Titik TEKANAN UDARA yang Paling Terendah di dalam Puting Beliung adalah DI TENGAH-TENGAH dan PALING BAWAH - ianya di panggil THE EYE atau MATA, sebab menyerupai mata.

Jika kita berada di dalam THE EYE, kawasan di situ adalah TENANG - tak ada Pusaran Angin apa pun.

Ianya tenang sebab di situlah di panggil EQUILIBRIUM POINT atau TITIK SEIMBANG.


Perlu kita perhatikan bahawa Puting Beliung yang berlaku di HEFISMERA UTARA adalah berbentuk LAWAN JAM manakala Puting Beliung yang berlaku di HEFISFERA SELATAN adalah berbentuk IKUT JAM.

Jika kita GABUNGKAN kedua-dua Puting Beliung ini MAKA akan terhasillah MODEL 'Ruang Sesuatu' seperti yang di ceritakan di atas.

Namun, Titik Tengah Puting Beliung itu BUKANLAH TITIK Tenaga Tekanan Yang Paling Terendah INFINITI. Namun TETAP ia boleh menghasilkan pergerakan angin selaju 200 batu sejam!

Sekarang FAHAMILAH bahawa PERBEZAAN DAYA TENAGA lah yang MENGHASILKAN Pergerakan. (Perubahan Tenaga Menghasilkan Pergerakan).

Bukan sahaja ANGIN malah seluruh 'SESUATU' yang ada dalam Alam Semesta ini SEBENARNYA Berpusing ke arah Sesuatu yang INFINITI tersebut, kerana ada perbezaan DAYA TENAGA. Itu sebab lah bumi mengelilingi matahari, seluruh bintang-bintang dan planet mengelilingi PUSAT GALAKSI dan sebagainya, dari Objek Yang BESAR yang kita nampak, sehingga benda KECIL yang kita nampak - iaitu ELEKTRON Mengorbit NUKLEAS.

Kesimpulannya di sini adalah TENAGA dari TITIK INFINITI itu adalah TIDAK DAPAT DI UKUR menghasilkan Perbezaan Tenaga dan Menghasilkan Pergerakan.

Namun pada TITIK INFINITI kelihatan TIADA APA yang Berlaku SEBAB ianya adalah TITIK SEIMBANG atau EQUILIBRIUM POINT = kerana berlaku PENAMBAHAN dan PENOLAKKAN kembali di situ - iaitu apa terjadi adalah PENARIKAN DAYA GRAVITI menjadikan RADIASI keluar DAYA ELEKTROMAGNETIK  yang 'SPIN' atau berpusing and 'TWISTED CURLED' atau BERPUTAR IKAL lawan jam dalam satu arah dan ikut jam dalam satu arah.


Perhatikan ayat ini :

An-Nahl : 48

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلٰى مَا خَلَقَ اللَّهُ مِن شَىْءٍ يَتَفَيَّؤُا ظِلٰلُهُۥ عَنِ الْيَمِينِ وَالشَّمَآئِلِ سُجَّدًا لِّلَّهِ وَهُمْ دٰخِرُونَ

● Dan apakah mereka tidak MEMERHATIKAN (YARAU)  APA yang Allah ciptakan dari SESUATU (SYAI'IN) yang "BAYANGAN" / AURA nya" (Z°ILALUHU) BERBOLAK-BALIK (YATAFAI'YA`U) ke KANAN (arah lawan jam) dan ke KIRI (arah ikut jam) dalam keadaan SUJUD kepada Allah, sedang mereka berendah diri ? ●

Al-Mulk : 3

الَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمٰوٰتٍ طِبَاقًا ۖ مَّا تَرٰى فِى خَلْقِ الرَّحْمٰنِ مِن تَفٰوُتٍ ۖ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرٰى مِن فُطُورٍ

● Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang TIDAK SEIMBANG. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang TIDAK SEIMBANG ? ●

Perhatikan pilihan ayat-ayat Allah tentang BERBOLAK-BALIK. Terjemahan Z°ILALUHU kepada Bayang-bayang adalah tidak tepat kerana berdasarkan ayat-ayat Allah yang lain tentang Z°ILA, ianya sesuatu yang MENYELUBUNGI kita. AURA adalah terjemahan LEBIH TEPAT sebab setiap sesuatu terbukti dari Fakta Sains mengeluarkan AURA yang terhasil dari MEDAN ELEKTROMAGNET sesuatu benda, di mana yang bernyawa menghasilkan AURA yang lebih dari benda yang tak bernyawa.

Aura segala sesuatu pun BERSUJUD kepada Allah.

Apa kaitan SUJUD dengan Berbolak-balik ke kanan ikut jam dan ke kiri ikut lawan jam ini ?

DEDUKSI tentang SUJUD di sini adalah satu perbuatan TUNDUK BERSERAH dan PATUH MENTAATI - DI takluki OLEH KUASA INFINITI tersebut, tanpa BOLEH MEMBANTAH.

Al-Hajj : 18

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُۥ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَمَن فِى الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَآبُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِ ۖ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ ۗ وَمَن يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكْرِمٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَآءُ ۩

● Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah BERSUJUD apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? .. ●

Deduksi pada ayat-ayat Allah dan juga apa yang kita perhatikan kepada Alam ini - adalah semuanya BERPUSING dan BERPUTAR mengelilingi 'sesuatu YANG INFINITI' dan perbuatan TAWAF mengelilingi KAABAH adalah Simbolik kepada SUJUD kepada Allah juga - Sebagaimana setiap ciptaan Nya berpusing dan berputar mengelilingi 'sesuatu YANG INFINITI'.

=====

6) Kesimpulan

Bacalah artikel ini dulu -

http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/04/di-keliling-kita-ada-apa.html?m=1

dan fahamilah bahawasanya dalam alam ini, 99.99999% adalah sesuatu YANG TIDAK BOLEH DI UKUR, sehingga kita menyebut 'nothingness' yang sebenarnya TIDAK DI KETAHUI dan sebenarnya di situlah KUASA atau TENAGA INFINITI itu WUJUD yang MELIPUTI SEGALA SESUATU.

Baca pula artikel ini -

http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/04/beza-luh-mahfuz-dan-al-quran-3.html?m=1

dan fahamkan bahawa PERUBAHAN PERGERAKAN lah yang sebenarnya MENGHASILKAN setiap DATA yang di tulis di dalam AL-KITAB di dalam LUH MAHFUZ.

Dari manakah pula terhasilnya SETIAP GERAK atau MOVEMENT ? (Inilah tujuan artikel ini di tulis)

Ianya TERHASIL dari TENAGA INFINITI ini ! 


Al-Baqarah : 165

أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

● ... bahawa KEKUATAN ITU KEPUNYAAN ALLAH SEMUANYA, ..●

ANNAL QUWWATA LILLAHI JAMII'A.

Maka yang 0.00001% (atau lebih kecil lagi) yang kita lihat pada IMEJ HOLOGRAM yang menjadi PERSEPSI dalam MINDA itu sebenarnya adalah HASIL DARI PERUBAHAN DATA yang MENJADI ILMU ALLAH dan bila DI SULUH dengan CAHAYA ALLAH ke atas ILMU NYA maka terhasil lah 'WAJAH' yang kita lihat pada PERSEPSI dalam MINDA kita  yang berbentuk-bentuk.

MAKANYA, sebenarnya, 0.00001% (atau lebih kecil lagi), yang kita lihat NYATA itu - iaitu seluruh Ciptaan Langit dan Bumi itu,  itu TIDAK WUJUD sama sekali. Ianya hanya PERSEPSI DIRI, yang mana, sebenarnya, di 'BELAKANG' semua itu, adalah 'WAJAH' DIA (HU).

Maka benarlah Perkataan Allah :

Al-Baqarah : 115

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

● Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah WAJAH Allah (WAJHULLAH). Sesungguhnya Allah Maha LUAS (meliputi) (WAASI'UN) lagi Maha Mengetahui. ●

Maka SUJUD lah kepada DIA yang SATU tiada dua, yang KUASA NYA tidak terhingga, KEWUJUDAN NYA MELIPUTI segala sesuatu sehingga TIDAK KELIHATAN dan TIDAK TERBAYANGKAN, ILMUNYA memenuhi atau MELIPUTI segala sesuatu yang terhasil dari KEKUATAN dan KEKUASAANNYA yang Tidak dapat DI UKUR, DIA adalah sesuatu yang TIDAK BOLEH DI BANDING atau TIDAK boleh DI SEKUFU kan dengan suatu apa pun - kita ini dan segala SESUATU dicipta dari DIA YANG SATU..

DIA itu WUJUD.
selain itu diwujudkan dari DIA.

WUJUD DIA yang TIDAK dapat DI UKUR MULANYA dan AKHIRNYA..

Maka BENARLAH,

HUWALLAHU AHAD.

Yang di katakan WUJUD mesti TUNGGAL.


====
End.

(Janganlah ikut sesuatu yang kita tak ada ILMU atau FAHAM tentangnya. Janganlah juga kita berbantah tentang sesuatu yang kita tidak ada PENGETAHUAN tentangnya).

Al-Isra' : 36

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًا

● Dan janganlah kamu MENGIKUTI apa yang kamu tidak mempunyai ILMU / PENGETAHUAN tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan fuad, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. ●

Ali 'Imran : 66

هٰٓأَنتُمْ هٰٓؤُلَآءِ حٰجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ فَلِمَ تُحَآجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

● Beginilah kamu, kamu ini (sewajarnya) BANTAH-MEMBANTAH tentang hal yang kamu KETAHUI, maka kenapa kamu bantah membantah tentang hal yang tidak kamu ketahui? Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ●

====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA