Langkau ke kandungan utama

Di Keliling kita ada APA ?

Di Keliling kita ada APA?

(Date written : 27 Apr 2015)
(Last updated : 02 May 2015)

1) Apa kaitan Masa dan Memori dalam Minda ?

Ianya SANGAT berkaitan.

Apakah yang menyebabkan kita RASA masa berlalu ?

Hanya satu jawapan nya :

Sebab kita ada MEMORI. Dan Memori ini ada dalam SUDUR (MINDA).

JIKA kita tiada MEMORI - MASA pada kita adalah Hanya ada PADA satu KETIKA atau SINGLE MOMENT.

Ini di buktikan oleh Sains - iaitu apabila ada orang berpenyakit AMNESIA atau HILANG INGATAN.

Memori dalam Minda kita ada beberapa jenis :



a) Memori Jangka Panjang
b) Memori Jangka Pendek
c) Memori Prosedur (Tahu bagaimana - skill)

Orang yang ada Penyakit Anterograde Amnesia akan HILANG Memori jangka pendek tetapi masih ingat Memori Prosedur - jadi masih boleh naik basikal, tapi lepas naik basikal- dia tak ingat apa dia baru buat.

(Baca ini sebagai contoh -
https://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080528201959AAwTXJ1)

Ramai orang dah ada penyakit ini. Kepada mereka ini - MASA TIDAK BERLALU.

Yang berubah adalah Objek atau apa-apa atau sesiapa; SEDANGKAN Masa Tidak Berubah atau Berlalu. Masa itu TETAP.

------
Satu analisa - bagaimana KITA merasakan MASA berlalu ?

Contohnya kita melihat pada 8: 40 :01 saat seorang rakan sekerja kita membuka pintu pejabat. Dan kita berada di luar pejabat menuju kepada pintu pejabat.

Kemudian, kita melihat pada 8:40: 03 saat pintu itu tertutup dan rakan kita sudah berada di dalam.

Kita RASA masa berlalu 2 saat SEBAB perbuatan pada 8:40:01 saat itu sudah di tulis di dalam MEMORI atau Al-Kitab.

Maka, bila perbuatan pada 8:40:03 saat itu juga di tulis dalam MEMORI atau Al-Kitab itu - QALBU atau Alat Fikir memproses Informasi ini dan memberi PERSEPSI kepada Jiwa kita bahawa MASA telah berlalu SEBAB kita nampak perubahan kepada Objek.

------
Kenapa kita susah nak tangkap lalat ?

Sebab otaknya kecil maka MEMORI nya adalah KECIL, Memori yang Kecil akan menyebabkan PERGERAKAN OBJEK menjadi Perlahan.

Lalat tengok Tangan Kita dan Pemukul Lalat itu amat perlahan maka itu sebab senang dia nak elak.

Binatang kecil akan ada Memori yang kecil dan MERASAKAN MASA bergerak lebih perlahan.

Orang bertubuh besar pergerakan lebih perlahan dari orang bertubuh kecil.

Saiz Memori seseorang akan menentukan Cepat atau Lambat pergerakan sebab PERSEPSI kepantasan MASA berlainan.

Orang yang ada Banyak/Besar Memori merasakan MASA CEPAT BERLALU. Sedangkan orang yang ada Sedikit Memori akan merasakan MASA LAMBAT BERLALU.

Semasa kita kecil, memang kita merasakan NAK HABIS SATU HARI tu terlampau LAMA. Bila dah tua, kita merasakan SATU HARI BERLALU dengan PANTAS.

Semua itu adalah PERSEPSI yang kena mengena dengan KAPASITI MEMORI.

Lagi kecil MEMORI kita lagi LAMBAT MASA TERASA BERLALU.

Jika MEMORI tiada LANGSUNG, MASA KELIHATAN tidak bergerak atau TETAP.

====
Kesimpulan :

MASA tidak wujud mutlak.
MASA adalah ILUSI kepada PERSEPSI.

MASA kelihatan ada kerana adanya MEMORI. Memori kita adalah di dalam MINDA kita dan MINDA kita adalah sebahagian MINDA ALAM SEMESTA atau LUH MAHFUZ. Makanya kerana LUH MAHFUZ lah MASA kelihatan Macam Ada.

------

2) Apa yang ADA DALAM MEMORI kita ?

Yang ada dalam MEMORI kita adalah DATA-DATA tentang Informasi masa lalu.

MEMORI di dalam ingatan kita itu SEBENARNYA adalah APA yang ada DALAM MINDA kita, berdasarkan apa yang kita telah lakukan dan rasai yang di tulis di dalam AL-KITAB yang juga adalah MEMORI dalam MINDA kita.

Ianya MEREKODKAN segala PERUBAHAN data.

Ini bererti HANYA yang BERUBAH sahaja yang DI CATITKAN. Yang Tidak berubah tidak di catitkan.

JIKA kita lihat satu Objek itu Tidak Bergerak - Amat sukar untuk kita KENALI samada masa BERLALU atau tidak, tanpa melihat JAM.

Ini juga menunjukkan PERGERAKAN atau yang SEBENARNYA PERUBAHAN Keadaan lah yang menjadikan MASA di RASAI berlalu.

Perubahan Keadaan sebenarnya BERPUNCA dari Perubahan Data di dalam Al-Kitab / Memori Minda.

Maka APA yang ada dalam MEMORI atau MINDA adalah DATA yang BERUBAH.

3) Bagaimana DATA boleh BERUBAH ?

Data dalam MEMORI atau AL-KITAB berubah di sebabkan oleh PEMBAWA DATA.

PEMBAWA DATA adalah SATU TENAGA.

Tenaga lah yang boleh merubah DATA.


4) Dari manakah datangnya TENAGA ?
Apa ada di keliling kita ?

Kita sudah faham -

http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/04/beza-luh-mahfuz-dan-al-quran-3.html?m=1

- bahawa yang ada di sekeliling kita hanyalah WAVES of Energy atau Gelombang Tenaga yang Membawa DATA.

Dari mana datangnya Tenaga ini ?

Inilah yang di katakan AMR ALLAH :

As-Sajdah : 5

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَآءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥٓ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

● Dialah YANG MENTADBIR DI SEBALIK (YUDABBIRU) AMR dari langit ke bumi, kemudian (AMR) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu ●

Kita sudah tahu bahawa Alam Ciptaan Allah ini berpasangan - ada Ciptaan Zahir = AL-KHALQU dan ada Ciptaan Batin/Ghaib = AL-AMRU :

Al-A'raf : 54

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِى الَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُۥ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرٰتٍۭ بِأَمْرِهِۦٓ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعٰلَمِينَ

● ... Ingatlah, Kepunyaan Allahlah AL-KHALQU dan AL-AMRU. Maha Berkat Allah, Tuhan semesta alam. ●

Ciptaan Zahir atau YANG KELIHATAN pada MINDA kita Hanyalah HOLOGRAM yang terbentuk dari CAHAYA ALLAH yang di suluh kepada DATA atau INFORMASI yang di BAWA oleh Tenaga Gelombang yang Bergetar. TENAGA yang MEMBAWA DATA inilah AMR ALLAH = iaitu PELAKSANA ARAHAN ALLAH. Inilah Ciptaan Batin, di sebalik Ciptaan Zahir (berpasang-pasangan setiap ciptaan Allah).

Banyak Manakah AMR di sekeliling kita ini?

Ianya Penuh dari Langit ke Bumi :

At-Talaq : 12

اللَّهُ الَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمٰوٰتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوٓا أَنَّ اللَّهَ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىْءٍ عِلْمًۢا

● Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. DI TURUNKAN AMR DI ANTARA KEDUANYA (YATANAZZALU AL-AMRU BAINAHUNNA), agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu. ●

Siapakah yang BERKUASA terhadap AMR ini ?

Ali 'Imran : 154

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشٰى طَآئِفَةً مِّنكُمْ ۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجٰهِلِيَّةِ ۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ الْأَمْرِ مِن شَىْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هٰهُنَا ۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلٰى مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِىَ اللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُورِ

" ● ... Katakanlah: "Sesungguhnya AMR (AL-AMRA) itu seluruhnya kepunyaan Allah".... ●

INNAL AMRA KULLAHU LILLAH.

Allahlah yang MEMPUNYAI seluruh AMR dan BERKUASA MUTLAK ke atasnya.

Semua AMR atau PELAKSANA ARAHAN adalah kepunyaan Allah.

AMR inilah DI SEBALIK KULLI-SYAI'IN (Segala Sesuatu) :

AMR menerima perintah KUN.

Ya Sin : 82

إِنَّمَآ أَمْرُهُۥٓ إِذَآ أَرَادَ شَيْـًٔا أَن يَقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ

● Sesungguhnya AMR-Nya (AMRUHU) apabila Dia menghendaki SESUATU (SYAI'IN) hanyalah berkata kepada-nya (kepada AMR): "Jadilah!" maka terjadilah ia. ●

ALLAH berkata kepada PELAKSANA TUGAS NYA - KUN. Maka YAKUN.

Apa sahaja ARAHAN ALLAH kepada AMR, AMR lakukan.

Ini bermaksud APA SAHAJA SYAI'IN atau SESUATU yang KITA LIHAT di dalam MINDA kita berbentuk HOLOGRAM itu yang MENJADI KHALQU - sebenarnya adalah AMR melaksanakan PERINTAH KUN dari Allah.

Di sebalik setiap SYAI'IN atau KHALQU itu ada AMR.

Di sebalik Terzahir yang Nyata itu ada Perbuatan yang Batin/Ghaib yang membuatnya.

AMR jugalah yang MEMBAWA DATA :

Az-Zariyat : 2

فَالْحٰمِلٰتِ وِقْرًا

● and THOSE CARRYING A LOAD. ●

HAAMILAAT = Asal dari perkataan HA MIM dan LAM. Hamil bermaksud MENGANDUNG.

WIQRA = Load atau Beban.


5) Adakah AMR sahaja yang ada di sekeliling kita ?
Apakah maksud WASI'A atau MELIPUTI ?

Berdasarkan ayat Allah di atas, jelas AMR memang penuh di sekeliling kita yang MEMBAWA DATA-DATA.

Kita berada di dalam LUH MAHFUZ yang di sekeliling kita PENUH AMR yang Membawa Data. Data di sini adalah segala APA kejadian dari terkecil ke terbesar dan TIMELESS (tidak berwaktu - sebelum, sekarang dan akan datang).

Apakah AMR itu MEMENUHI 100% 'BENDA' atau 'SESUATU' yang BERADA di SEKELILING kita ?

Fakta Sains telah MENUNJUKKAN bahawa DI SEKELILING kita, 99.99999% (atau lebih lagi) ruang yang ada adalah RUANG KOSONG atau EMPTY SPACE atau VACUUM atau NOTHINGNESS - iaitu SENANG CERITA - "tidak di ketahui".

Maknanya AMR atau Tenaga Gelombang ini hanya menempati RUANG yang TERSANGAT Kecil di sekeliling kita mahupun seluruh alam semesta, iaitu 0.00001% (atau lebih kecil lagi).

Berdasarkan FAKTA SAINS juga, pada RUANG yang KOSONG ini di sebabkan ianya ZERO VOLUME atau BERISIPADU KOSONG, maka ianya mempunyai TENAGA MUTLAK atau ABSOLUTE ENERGY atau INFINITE ENERGY atau TENAGA INFINITI.

Bila di katakan BERISIPADU KOSONG - ini BUKAN bermaksud IANYA MENDUDUKI RUANG atau SPACE, melainkan ianya adalah 'SESUATU' yang TIDAK BOLEH di UKUR.

99.99999% (atau lebih lagi) RUANG yang MENGELILINGI kita SEBENARNYA adalah TIDAK BOLEH DI UKUR dan ianya adalah BUKAN RUANG - iaitu IANYA bukan hanya RUANG KOSONG - tetapi TIADA RUANG dan tiada MASA di situ - Tiada BERDIMENSI - NOTHINGNESS atau TIDAK TAHU APA2.

BILA sesuatu itu TIDAK BOLEH di ukur, di bezakan, tidak boleh di namakan, tidak boleh di sebut apa-apa pun tentangnya - NAMUN di KETAHUI MEMPUNYAI TENAGA YANG INFINITI, dan DI KETAHUI di sebabkan "IA" LAH segala PERGERAKAN terjadi, segala RUPA BENTUK terjadi, di situlah SUMBER SEGALA TENAGA -- maka KENANGKANLAH firman Allah ini :

Al-Ikhlas : 4

وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ

● dan TIDAK ADA yang SEKUFU (SETARA/SEBANDING) dengan Dia YANG TUNGGAL". ●

WA LAM YAKUN-LAHU KUFUWAN AHAD.

An-Nisa' : 126

وَلِلَّهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ مُّحِيطًا

● Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah ALLAH MAHA MELIPUTI SEGALA SESUATU. ●

WA KANA-ALLAHU BI KULLI SYAI'IN MUHIIT°OO.

=====
End.

Innallaha WASI'UN 'ALIIM.
Waka nallahu bi kulli syai'in muhiit°oo.

=====

Ulasan

  1. Luh Mahfuz = Universal Mind/Consciousness?

    Penerangan anda ttg masa dan memori sgt mbantu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA