Langkau ke kandungan utama

Beza Muslim, Musyrik, Zalim, Fasiq, Kafir dan Mukmin

Beza Muslim, Musyrik, Zalim, Fasiq, Kafir dan Mukmin

(Date written : 23 Dec 2015)
(Second update : 1 Jul 2016)
(Third update : 18 Jan 2017)
(Last update : 03 Nov 2017)

1) Apakah benar pemahaman kita selama ini bahawa Islam lawannya Kafir atau Muslim lawannya Orang Kafir?

2) Apakah maksud Muslim dan apakah maksud Kafir, perlu di fahami dengan sebenarnya.

3) Muslim bererti Orang yang Tunduk, Berserah, Menyerah 'Kalah' kepada Yang Berkuasa, Yang Menetapkan Sistem Peraturan Hidup, Yang Satu. Dalam bahasa Inggeris, di sebut Submit, atau Submission atau lebih TEPATnya 'SURRENDER'. "Submit or Surrender to the Will of Allah". Berserah dan Tunduk kepada Kehendak dan RELA di perlakukan dan di ARAHKAN apa sahaja oleh Allah.

Al-Baqarah : 131

إِذْ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah (SUBMIT / ASLIM)!" Ibrahim menjawab: "Aku TUNDUK PATUH (ASLAMTU) kepada Tuhan semesta alam". ●

4) Apakah sudah Muslim seseorang yang hanya MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH ? Pemahaman kebiasaannya begitulah apatah lagi bila seseorang itu boleh mengucap. Jika Ah Chong, David Taylor atau Krishnamoorthy sudah boleh MENGUCAP 2 kalimah syahadah, apakah sudah Islam mereka itu ? Hakikatnya tidak atau sebenarnya TIDAK.

5) Islam mesti datang dengan Penyerahan dan PENGAKUAN secara Total tentang Ketentuan, Keagungan, Kehendak dan Arahan Allah dan MENUMPUKAN atau 'Devote' seluruh kehidupan dan menjadikan ALLAH atau Tuhan Yang Satu itu sebagai TUJUAN.

6) Namun, di suatu PIHAK pula, ada sesetengahnya meyakini bahawa setiap manusia yang mengaku bahawa Tuhan itu Yang Satu, berdasarkan apa yang mereka fikirkan dan menimbang tara segala kejadian di alam ini, sudah cukup untuk mengatakan orang ini sudah Islam.

Tanpa 'Surrender', Tanpa berserah dan menyerah dan Tunduk kepada arahan-arahan Allah, tidak 'devote' kepada Allah,  apatah lagi Mengenali Yang Satu itu ?

Bagaimana boleh dikatakan Islam seseorang itu jika tidak MENGENALI ALLAH?

7) Maka, Tidak boleh dikatakan seseorang itu Muslim jika dia tidak mengenali Allah. Ini kerana jika dia tidak mengenali Allah, bagaimana mahu dia melakukan 'submission/surrender' atau Tunduk Patuh Berserah dan Menyerah Diri kepada Yang Satu itu dalam seluruh kehidupannya. Mana boleh di katakan seseorang itu boleh jadi Muslim dengan hanya mengaku ye Tuhan itu satu sedangkan kehidupannya tidak sedikit menunjukkan TATACARA HIDUP sebagai seorang yang bersifat 'SUBMISSIVE' atau Berserah Menyerah kepada Yang Satu itu ?

Yunus : 31

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَىَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَمَن يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

● Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka MEREKA AKAN MENJAWAB: "Allah". Maka katakanlah "Mangapa kamu tidak BERTAQWA kepada-Nya)?" ●

Yunus : 32

فَذٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ ۖ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلٰلُ ۖ فَأَنّٰى تُصْرَفُونَ

● Maka itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya; maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (TUS°RAFUN) (dari kebenaran)? ●

Al-'Ankabut : 61

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۖ فَأَنّٰى يُؤْفَكُونَ

● Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu MEREKA akan MENJAWAB: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) DI PERDAYAKAN (DELUDED/ YU`FAKUN) (dari jalan yang benar). ●

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan ada orang yang MENGAKU Allah Tuhan Yang Satu, namun tetap dia tidak mahu BERTAQWA iaitu Beriman dan Menjadi MUSLIM.

Maka terbatallah hujah setengah puak yang mengatakan seseorang itu Muslim, hanya cukup dengan mengaku bahawa Tuhan itu Satu tanpa mengenali dan melakukan arahan-arahan dari Tuhan Yang Satu itu.

Namun, berdasarkan Firman Allah di bawah, JELAS bahawa orang yang TAHU dan MENGAKU ALLAH itu Tuhan Yang Satu, tetapi TIDAK 'A'BUDU kepada Allah, sebenarnya SYIRIK kepada Allah :

Az-Zumar : 38

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلْ أَفَرَءَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِىَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كٰشِفٰتُ ضُرِّهِۦٓ أَوْ أَرَادَنِى بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكٰتُ رَحْمَتِهِۦ ۚ قُلْ حَسْبِىَ اللَّهُ ۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

● Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya MEREKA MENJAWAB: "Allah". Katakanlah: "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang KAMU SERU selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?. Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". Kepada-Nya-lah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. ●

8) Islam mestilah Mengaku Tuhan Yang Satu dan A'BUDU kepada Yang Satu = Allah.

Firman Allah :

Al-Anbiya : 25

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدُونِ

● Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka 'SEMBAHLAH' (FA'BUDU) olehmu sekalian akan Aku". ●

Ayat di atas menerangkan dengan cukup JELAS bahawa tidak cukup dengan hanya mengaku bahawa, ye Tuhan itu Satu, tanpa ada 'Penyembahan' atau A'BUDU. 'Sembah' atau 'A'BUDU dalam erti kata sebenarnya adalah menjadi ABDI iaitu SETELAH MENGAKU Allah itu Tuhan Yang Satu, kena LALUI KEHIDUPAN dengan CARA Penuh 'Devotion' atau penuh TUMPUAN dan mengikuti segala arahan Tuhan dengan RELA dan mencari kesukaan Dia dan Redha Dia.

TATACARA HIDUP yang penuh SUBMISSION atau penuh PENYERAHAN diri inilah di panggil Ad-Deenul Islam :

Ali 'Imran : 19

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلٰمُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايٰتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

● Sesungguhnya 'agama' / AD-DEEN (yang diridhai) disisi Allah hanyalah ISLAM. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang KAFIR terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. ●

Ayat di atas menceritakan dengan jelas kaitan antara AD-DEEN dan juga maksud sebenar ISLAM.

Islam sebagai suatu 'AGAMA' seperi yang kita selalu FAHAMI juga adalah SALAH kerana PERSEPSI terhadap 'Agama' atau 'Orang yang Beragama' itu sendiri sudah salah. Contohnya menyempitkan BERAGAMA dengan 'HANYA' cara berpakaian = berjubah dan berserban sekarang ada tambahan BERSELIMPANG lagi; NAMUN hidup penuh 'AS°OO (Maksiat/Durhaka) atau MENSYIRIKKAN ALLAH.

Dari ayat di atas, JELAS bahawa ISLAM adalah salah satu dari AD-DEEN. Maksudnya ISLAM adalah sub-set kepada Ad-Deen. Ad-Deen ada banyak dan dalam banyak2 Ad-Deen, hanya AD-DEEN jenis Islam sahaja yang DI TERIMA oleh Allah.

Seterusnya ia bermaksud hanya CARA HIDUP ISLAM sahaja yang di terima oleh Allah, iaitu Tatacara Hidup yang penuh KEPATUHAN.

Ali 'Imran : 85

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى الْءَاخِرَةِ مِنَ الْخٰسِرِينَ

● Barangsiapa mencari DEEN selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. ●

9) Sejak bila kita di namai MUSLIM ?

Al-Hajj : 78

وَجٰهِدُوا فِى اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ ۚ هُوَ اجْتَبٰىكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرٰهِيمَ ۚ هُوَ سَمّٰىكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِى هٰذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَآءَ عَلَى النَّاسِ ۚ فَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَءَاتُوا الزَّكٰوةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلٰىكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلٰى وَنِعْمَ النَّصِيرُ

● Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam AD-DEEN suatu kesempitan. (Ikutilah) MILLAH orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang MUSLIM dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kamu kepada ALLAH (WA'TAS°IMU BILLAH). Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. ●

Ayat di atas juga mempunyai MAKSUD yang mendalam tentang kaitan antara Ad-Deen, Islam dan Muslim dan CARA-CARA HIDUP atau cara-cara MELALUI HIDUP ISLAM ini.

Dari ayat di atas jelas bukan kita pengikut Rasul Nabi Muhammad sahaja yang bergelar MUSLIM. Kita di namai sebagai MUSLIM sejak zaman Rasul Nabi Ibrahim lagi (Allah lebih Mengetahui). Dan Muslim bermaksud orang ISLAM. Dan Allah menerangkan antara CARA A'BUDU kita kepada Allah adalah dengan MENGIKUTI MILLAH IBRAHIM.

Apa itu MILLAH ?

MILLAH adalah Kepercayaan kepada Yang Berkuasa Menetapkan atau Yang Menentukan Deen.

MILLAH Ibrahim bermaksud Kepercayaan kepada Yang Berkuasa Menetapkan Deen (Tatacara Hidup) Ibrahim adalah ILAH Yang Satu atau Allah, dan bukan segala ILAH yang lain.

Ayat di atas juga menyentuh tentang CARA HIDUP orang Islam atau Muslim iaitu mereka MESTI mendirikan SOLAT dan Berzakat dan berpegang TEGUH kepada ALLAH.


An-Nisa' : 175

فَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِۦ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِى رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرٰطًا مُّسْتَقِيمًا

● Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh (WA'TAS°IMU) kepada-Nya (BIHI) nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya  dan limpahan kurnia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus kepada-Nya. ●

Perintah Bersolat dan Berzakat juga sudah ada di zaman Nabi Ibrahim juga :

Al-Baqarah : 125

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِن مَّقَامِ إِبْرٰهِۦمَ مُصَلًّى ۖ وَعَهِدْنَآ إِلٰىٓ إِبْرٰهِۦمَ وَإِسْمٰعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَالْعٰكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

● Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat SOLAT (MUS°OLLA). Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud". ●

Bila dikatakan berpegang teguh kepada ALLAH itu, ianya mempunyai pengertian yang sangat luas. Kita bergantung kepada Allah, kepada Kurniaan, Rahmat, Rezeki, Tenaga, Nikmat dan kena TAAT kepada segala arahan ALLAH, dan ini terdapat dalam Kitab Al-Quran. Berpegang teguh kepada Allah adalah berpegang teguh dengan ajaran KitabNya.

Itu maknanya MUSLIM. Mana mungkin dengan MENGAKU Tuhan itu Satu terus kita sudah menjadi Muslim. Kepada siapa kita TAAT ? Kepada siapa kita berserah ? Kepada Cara Hidup mana yang kita lalui ?

Orang Islam mesti mengaku Allah Tuhan Yang Satu, tiada dua dan Hidup dengan CARA HIDUP yang Allah kehendaki = barulah definasi MUSLIM itu TEPAT.

10) Islam, Maksiat, Zalim, Fasiq dan Kafir.

Kafir dari bahasanya Engkar, atau menutup kebenaran atau tak mahu terima kebenaran (maka Engkar).

Namun pengertian sebenar Kafir sehingga Allah Murka mesti di fahami betul-betul.

Kita mengaku kita ini orang Islam. Tapi pernahkah kita Engkar Arahan Allah ? Sebagai manusia yang memang bersifat Zalim kepada Diri Sendiri, janganlah bohongi diri kita dengan mengatakan kita TIDAK PERNAH ENGKAR akan Arahan Allah. Allah suruh SOLAT, adakala kita MALAS melalukannya sehingga TERLEPAS waktu atau kita sengaja meletakkan PRIORITY SOLAT sebagai keutamaan terendah. Allah suruh berzakat dan berinfaq, kita sangat sayang pulak kepada harta-benda kita. Kita kedekut dengan Rezeki kurniaan Allah kepada kita. Apakah kita tidak Engkar?

Mudah je, jika ada suruhan Allah yang kita tidak buat dengan SENGAJA maka itu Engkar. Namun Engkar di sini tidaklah sampai ke tahap Kafir melainkan ianya di panggil 'AS°OO atau Derhaka atau 'Disobey' atau Tidak TAAT.

Ta Ha : 121

فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْءٰتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصٰىٓ ءَادَمُ رَبَّهُۥ فَغَوٰى

● Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan DURHAKALAH / 'DISOBEY' ('AS°OO) Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. ●

Nabi Adam sebelum menjadi Nabi, pernah dia durhaka atau tidak taat kepada perintah Allah. Ini dinamakan 'AS°OO dan bukanlah Kafir.

Dari kata akar 'AS°OO inilah terbitnya perkataan MAKSIAT. Inilah MAKSIAT. Inilah kedurhakaan tahap pertama.

Maka BUANGLAH pemahaman dan Gambaran MAKSIAT yang kita bayangkan berdasarkan SANGKAAN turun-temurun. Ianya bukan hanya 'ITU', termasuk yang bergelar PENCEGAH MAKSIAT.

Semasa kita berbuat Maksiat atau 'AS°OO ini, kita adalah golongan Z°OLIMIN atau orang yang Zalim. Zalim kepada Nafs atau Diri kita sendiri. Bukan kepada orang lain.

Al-Baqarah : 35

وَقُلْنَا يٰٓـَٔادَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظّٰلِمِينَ

● Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang Z°ALIM. ●

ZALIM adalah MENGETAHUI perbuatan itu SALAH dan TAK BOLEH di lakukan, NAMUN tetap juga kita buat, itulah KEDURHAKAAN :

Al-Baqarah : 145

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ بِكُلِّ ءَايَةٍ مَّا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ ۚ وَمَآ أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ ۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ الظّٰلِمِينَ

● ... Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka SETELAH DATANG PENGETAHUAN kepadamu, sesungguhnya kamu -- kalau begitu -- termasuk golongan orang-orang yang ZALIM. ●

Dan Allah tidak MENYUKAI (LA YUHIBBU) orang yang ZALIM :

Ali 'Imran : 57

وَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظّٰلِمِينَ

● ..dan Allah TIDAK MENYUKAI (LA YUHIBBU) orang-orang yang ZALIM. ●

Jika kedurhakaan itu BERTERUSAN, maka ianya bernama FASIQ = 'DEFIANTLY DISOBEDIENT'. Masa inilah kita menjadi FASIQIN atau orang FASIQ.

Al-Baqarah : 59

فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا قَوْلًا غَيْرَ الَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزًا مِّنَ السَّمَآءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

● Lalu orang-orang yang ZALIM mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang ZALIM itu dari langit, kerana mereka berbuat FASIQ. ●

Bila ZALIM dah sampai Tahap FASIQ maka azab Allah boleh datang bila-bila kepada kita maka janganlah TERKEJUT.

Dan Orang Fasiq ini termasuk orang Yang Di SESATkan (YUD°ILLU) ALLAH.

Al-Baqarah : 26

إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِهٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا الْفٰسِقِينَ

● ... Dan tidak ada yang di SESATKAN (YUD°ILLU) Allah kecuali orang-orang yang FASIQ, ●

Bila dah DI SESATKAN, maka tak dapatlah BIMBINGAN (HUDA) dari Allah :

Al-Ma'idah : 108

ذٰلِكَ أَدْنٰىٓ أَن يَأْتُوا بِالشَّهٰدَةِ عَلٰى وَجْهِهَآ أَوْ يَخَافُوٓا أَن تُرَدَّ أَيْمٰنٌۢ بَعْدَ أَيْمٰنِهِمْ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاسْمَعُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِينَ

● ...Allah tidak memberi BIMBINGAN (YAHDI) kepada orang-orang yang FASIQ. ●

Dan MAJORITI Manusia adalah FASIQIN :

Al-Ma'idah : 49

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَنۢ بَعْضِ مَآ أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفٰسِقُونَ

● ...Dan sesungguhnya KEBANYAKAN manusia adalah orang-orang yang FASIQ (FASIQIN). ●

Orang MUNAFIQ adalah Orang FASIQ:

At-Taubah : 67

الْمُنٰفِقُونَ وَالْمُنٰفِقٰتُ بَعْضُهُم مِّنۢ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنٰفِقِينَ هُمُ الْفٰسِقُونَ

● Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang MUNAFIQ itu adalah orang-orang yang FASIQ. ●

Al-Fath : 6

وَيُعَذِّبَ الْمُنٰفِقِينَ وَالْمُنٰفِقٰتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكٰتِ الظَّآنِّينَ بِاللَّهِ ظَنَّ السَّوْءِ ۚ عَلَيْهِمْ دَآئِرَةُ السَّوْءِ ۖ وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَلَعَنَهُمْ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَهَنَّمَ ۖ وَسَآءَتْ مَصِيرًا

● dan supaya Dia mengazab orang-orang MUNAFIQ laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah MEMURKAI dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali. ●

Dan Orang FASIQ, Allah tidak REDHA kepada mereka, namun SEKSA dan Azab Allah boleh datang di dunia, dan di akhirat masuk Neraka:

At-Taubah : 96

يَحْلِفُونَ لَكُمْ لِتَرْضَوْا عَنْهُمْ ۖ فَإِن تَرْضَوْا عَنْهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَرْضٰى عَنِ الْقَوْمِ الْفٰسِقِينَ

● Mereka akan bersumpah kepadamu, agar kamu redha kepada mereka. Tetapi jika sekiranya kamu redha kepada mereka, sesungguhnya Allah tidak REDHA (YARD°A) kepada orang-orang yang FASIQ itu. ●

As-Sajdah : 20

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوٰىهُمُ النَّارُ ۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓا أَن يَخْرُجُوا مِنْهَآ أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ

● Dan adapun orang-orang yang FASIQ maka tempat mereka adalah jahannam. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: "Rasakanlah siksa NERAKA yang dahulu kamu mendustakannya". ●

As-Sajdah : 21

وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ الْعَذَابِ الْأَدْنٰى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

● Dan Sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka [orang FASIQ] sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar). ●

Ayat di atas ADALAH 'FINE LINE' perbezaan FASIQ dan KAFIR. Orang Fasiq masih ada harapan berubah = sebab itu Allah kata MUDAH-MUDAHAN.

Dan firman Allah yang ini sangat penting untuk di fahami :

Yunus : 33

كَذٰلِكَ حَقَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ عَلَى الَّذِينَ فَسَقُوٓا أَنَّهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

● Demikianlah telah tetap hukuman Tuhanmu terhadap orang-orang yang FASIQ, kerana sesungguhnya mereka tidak BERIMAN (LA YU'MINUN). ●

Orang yang sudah sampai tahap FASIQ, sesungguhnya sudah Tercabut KEIMANANNYA, jika sebelumnya mereka beriman. Iman adalah suatu RASA berdasarkan Pemahaman serta Ilmu. Namun meski kita sudah Berilmu tidak semestinya kita BERIMAN, dan jika kita ini FASIQ, PASTI kita bukan Golongan BERIMAN (bukan saya kata).

Dan bila kita BERTERUSAN FASIQ maka kita sudah menjadi KAFIR :

Al-Baqarah : 99

وَلَقَدْ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ءَايٰتٍۭ بَيِّنٰتٍ ۖ وَمَا يَكْفُرُ بِهَآ إِلَّا الْفٰسِقُونَ

● Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan TIDAK ADA YANG KAFIR kepadanya, melainkan orang-orang yang FASIQ. ●

Maka Jelaslah SEJELASNYA Allah menerangkan bahawa kita TAK akan Jadi KAFIR selagi kita TIDAK FASIQ dulu.

Proses menjadi KAFIR adalah bertingkat-tingkat.

Pada ayat Allah di bawah menceritakan tingkatan-tingkatan atau tahap-tahap ini :

Al-Hujurat : 7

وَاعْلَمُوٓا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِى كَثِيرٍ مِّنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمٰنَ وَزَيَّنَهُۥ فِى قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الرّٰشِدُونَ

● Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada KEIMANAN dan menjadikan keimanan itu indah di dalam qalbu mu serta menjadikan kamu benci kepada KEKAFIRAN, KEFASIQAN dan KEDURHAKAAN ('IS°YAN). Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang benar. ●

Jika kita teruskan lagi membuat DEDUKSI fakta dari Al-Quran maka kita akan memahami bahawa :.

a) Orang yang ZALIM tidak semestinya FASIQ.
b) Orang yang FASIQ tidak semestinya KAFIR.
c) Orang yang FASIQ adalah juga orang yang ZALIM.
d) Orang yang KAFIR adalah juga orang yang FASIQ dan adalah juga orang yang ZALIM.

An-Nisa' : 168

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَظَلَمُوا لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ طَرِيقًا

● Sesungguhnya orang-orang yang KAFIR DAN melakukan KEZALIMAN, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka, ●

Makanya ORANG KAFIR adalah Orang yang PALING ZALIM :

Al-An'am : 144

وَمِنَ الْإِبِلِ اثْنَيْنِ وَمِنَ الْبَقَرِ اثْنَيْنِ ۗ قُلْ ءَآلذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ أَمِ الْأُنثَيَيْنِ أَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ أَرْحَامُ الْأُنثَيَيْنِ ۖ أَمْ كُنتُمْ شُهَدَآءَ إِذْ وَصّٰىكُمُ اللَّهُ بِهٰذَا ۚ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرٰى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا لِّيُضِلَّ النَّاسَ بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِينَ

● ...Maka siapakah yang LEBIH ZALIM daripada orang-orang yang membuat-buat DUSTA (KAZIBA) terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan?" Sesungguhnya Allah tidak memberi bimbingan kepada orang-orang yang ZALIM. ●

Orang ZALIM kategori yang MEMBUAT DUSTA terhadap Allah adalah KAFIR, dan KAFIR adalah PALING ZALIM dan orang KAFIR tidak mendapat Bimbingan.

------

Maka jika kita sudah berbuat MAKSIAT atau 'AS°OO kepada Allah, maka waktu itu kita sudah ZALIM,  maka segeralah minta Ampun dan bertaubat kepada Allah, sebelum kita Bertukar menjadi FASIQIN dan seterusnya menjadi KAFIRIN (Orang Kafir).

11) Orang Fasiq vs Orang Beriman atau Mukminin.

As-Sajdah : 18

أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُۥنَ

● Apakah orang-orang BERIMAN (MUKMIN) itu sama dengan orang-orang yang FASIQ? Mereka tidak sama. ●

As-Sajdah : 19

أَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَلَهُمْ جَنّٰتُ الْمَأْوٰى نُزُلًۢا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

● Adapun orang-orang yang BERIMAN dan mengerjakan AMAL S°OLEH (kerja-kerja Perbaiki Diri), maka bagi mereka jannah tempat kediaman, sebagai ganjaran (reward) terhadap apa yang mereka kerjakan. ●

 As-Sajdah : 20

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوٰىهُمُ النَّارُ ۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓا أَن يَخْرُجُوا مِنْهَآ أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ

● Dan adapun orang-orang yang FASIQ maka tempat mereka adalah jahannam. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: "Rasakanlah siksa neraka yang dahulu kamu MENDUSTAKANNYA (TUKAZZIBUN)". ●

Jelas juga bahawa BERIMAN lawannya adalah FASIQ. Sebab bila sudah FASIQ kita tidak Beriman (Yunus:33 di atas).

Dan orang FASIQ memang balasannya NERAKA.

12) Iman vs Zalim.

Al-An'am : 82

الَّذِينَ ءَامَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوٓا إِيمٰنَهُم بِظُلْمٍ أُولٰٓئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ

● Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan KEZALIMAN, mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat BIMBINGAN. ●

Orang yang Beriman, selain mereka BUKAN FASIQ, mereka juga BUKAN ZALIM.

13) Islam vs Musyrik.

Perhatikan firman Allah ini :

At-Taubah : 1

بَرَآءَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِۦٓ إِلَى الَّذِينَ عٰهَدتُّم مِّنَ الْمُشْرِكِينَ

● (Inilah pernyataan) pemutusan hubungan dari Allah dan Rasul-Nya (yang dihadapkan) kepada orang-orang MUSYRIKIN yang kamu (kaum muslimin) telah mengadakan perjanjian (dengan mereka). ●

Orang yang menduakan Tuhan atau mengatakan atau merasakan ada kuasa lain selain dari kuasa Yang Satu, merasakan ada kekuatan lain selain dari kekuatan Yang Satu dan merasakan ada yang lain yang boleh memberi manfaat dan mendatangkan mudharat selain dari Yang Satu, maka inilah MUSYRIKIN atau Orang yang Mensyirikkan atau Mensyarikatkan Allah atau mengatakan Tuhan ada 'Partner' dalam segala sesuatu atau dalam setengah dari segala sesuatu.

Jika Islam yang paling ASASNYA mengaku bahawa hanya ada Tuhan Yang Satu dan kena 'A'BUDU kepada Yang Satu ini, maka Musyrik adalah tidak mengaku akan KEESAAN ALLAH ini dalam segala sesuatu dan tidak 'A'BUDU kepada Yang Satu ini.


14) Beza Orang Musyrik dengan Orang Kafir

Orang MUSYRIK tidak semestinya KAFIR.

Ada Orang Musyrik dan Kafir sekaligus :

At-Taubah : 3

وَأَذٰنٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِۦٓ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِىٓءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ ۙ وَرَسُولُهُۥ ۚ فَإِن تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوٓا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِى اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُوا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

● Dan (inilah) suatu permakluman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar bahwa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang MUSYRIK. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu BERPALING (TAWALLAITUM), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang KAFIR (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. ●

Ayat di atas menceritakan akan satu ciri orang KAFIR iaitu TAWALLA = BERPALING atau DEGIL tak mahu DENGAR.


Ramai orang Musyrik sebab TIDAK TAHU atau BERILMU :

At-Taubah : 6

وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتّٰى يَسْمَعَ كَلٰمَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُۥ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْلَمُونَ

● Dan jika seorang diantara orang-orang MUSYRIK itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang TIDAK MENGETAHU (LA YA'LAMUN). ●

Namun Orang Musyrik juga balasannya Neraka :

At-Taubah : 113

مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَالَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَن يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوٓا أُولِى قُرْبٰى مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحٰبُ الْجَحِيمِ

● Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang MUSYRIK, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang MUSYRIK itu adalah penghuni NERAKA jahanam. ●

Dan Orang Musyrik ini lah definasi NAJIS yang sebenar ;

At-Taubah : 28

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هٰذَا ۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِۦٓ إِن شَآءَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

● Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang MUSYRIK itu NAJIS, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karunia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ●

Sebab itulah JANGAN mensyirikkan Allah dalam sekecil-kecil Iktiqad pun. Untuk kita tidak SYIRIK maka perdalamkanlah PEMAHAMAN untuk mendapat ILMU.

Dan SYIRIK kepada Allah, tidak mendapat pengampunan Allah :

An-Nisa' : 48

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرٰىٓ إِثْمًا عَظِيمًا

● Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa SYIRIK dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. ●

Dan ada yang Musyrik juga Kafir :

At-Taubah : 17

مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَن يَعْمُرُوا مَسٰجِدَ اللَّهِ شٰهِدِينَ عَلٰىٓ أَنفُسِهِم بِالْكُفْرِ ۚ أُولٰٓئِكَ حَبِطَتْ أَعْمٰلُهُمْ وَفِى النَّارِ هُمْ خٰلِدُونَ

● Tidaklah pantas orang-orang MUSYRIK itu memakmurkan mesjid-mesjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri KAFIR. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka. ●


15) Kafir vs Beriman

Perhatikan ayat2 Allah ini :

Al-Baqarah : 2

ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

● Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang BERTAQWA, ●

Al-Baqarah : 3

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنفِقُونَ

● (yaitu) mereka yang BERIMAN kepada yang ghaib, yang mendirikan SOLAT, dan MENGINFAQKAN sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. ●

Al-Baqarah : 4

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْءَاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

● dan mereka yang BERIMAN kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. ●

Al-Baqarah : 5

أُولٰٓئِكَ عَلٰى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

● Mereka itulah yang tetap mendapat BIMBINGAN dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung. ●

Sekarang perhatikan ayat ini :

Al-Baqarah : 6

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

● Sesungguhnya orang-orang KAFIR, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan BERIMAN. ●

Jelas, bahawa LAWAN kepada orang KAFIR adalah orang BERIMAN dan BERAMAL S°OLEH.

Jika di turuti ayat2 di atas dan kaitannya dengan banyak ayat2 Allah yang lain, ORANG Bertaqwa adalah orang YANG ISLAM iaitu melalui cara hidup 'A'BUDU (solat, infaq, dll) dan juga BERIMAN kepada Allah, Akhirat, Kitab-kitab, Rasul2 dan Malaikat.

16) Orang Yang Di Bimbing, Orang Yang Di Murkai dan Orang Yang Di Sesatkan.

Di dalam surah Al-Fatihah, pada ayat ke 7 ada di sebut tentang Orang Yang Allah Murkai vs Orang yang Allah Sesatkan.

Yang Allah Murkai, secara dasarnya, adalah orang KAFIR (Al-Baqarah:90) dan orang MUNAFIQ (Al-Fath:6)

Yang Allah Sesatkan, secara dasarnya, adalah orang MUSYRIK dan Orang FASIQ. (Al-Baqarah:26).

Silalah ke pautan / link di bawah ini untuk artikel yang lebih mendalam :

https://cahayapalingbaik.blogspot.my/2017/11/orang-yang-dimurkai-dan-orang-yang.html?m=1

Namun, orang KAFIR juga Allah sesatkan berdasarkan banyak ayat-ayat Allah yang lain. Juga orang Munafiq. Dan kebanyakannya 'interchangeable' antara MURKA dan SESAT, cuma bertahap-tahap.

Yang Allah Bimbingi adalah orang BERIMAN dan orang ISLAM. (Al-Baqarah 4,5, Ali-Imran:20)


17) Penjelasan TERPERINCI tentang KAFIR.

KAFIR pada DEFINASI yang Tepat berdasarkan deduksi dari Al-Quran adalah berdasarkan dari 2 sifat ini :

i) KAZZABA = MENDUSTAKAN atau MENAFIKAN atau Mengadakan PENDUSTAAN (KAZIBU)
ii) TAWALLA = BERPALING

Namun, dari 2 sifat ini, ianya bertambah menjadi :
iii) ABA = ENGGAN
iv) TAKABUR = Cakap Besar, Angkuh, Sombong
vi) BANGGA 'diri'.

Al-Baqarah : 34

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلٰٓئِكَةِ اسْجُدُوا لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبٰى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكٰفِرِينَ

● Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia ENGGAN (ABA) dan TAKABUR (ASTAKBAR) dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang KAFIR. ●

Ta Ha : 56

وَلَقَدْ أَرَيْنٰهُ ءَايٰتِنَا كُلَّهَا فَكَذَّبَ وَأَبٰى

● Dan sesungguhnya Kami telah perlihatkan kepadanya (Fir'aun) tanda-tanda kekuasaan Kami semuanya maka ia MENDUSTAKAN (KAZZABA) dan ENGGAN (ABA). ●

An-Nisa' : 36

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِۦ شَيْـًٔا ۖ وَبِالْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا وَبِذِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِينِ وَالْجَارِ ذِى الْقُرْبٰى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنۢبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

● Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang SOMBONG dan MEMBANGGA-BANGGAKAN DIRI, ●

Ciri-ciri Orang KAFIR :
----------------------------------

Al-Baqarah : 6

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

● Sesungguhnya orang-orang KAFIR,  sama saja bagi mereka, kamu BERI PERINGATAN ATAU TIDAK kamu beri peringatan, mereka TIDAK juga akan BERIMAN. ●

Al-Baqarah : 7

خَتَمَ اللَّهُ عَلٰى قُلُوبِهِمْ وَعَلٰى سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلٰىٓ أَبْصٰرِهِمْ غِشٰوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Allah telah MENGUNCI-MATI QALBU dan PENDENGARAN mereka dan PENGLIHATAN mereka DITUTUP. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. ●

Orang KAFIR ni orang yang kita beri INGAT, sama je, takde EFFECT atau takde PERUBAHAN. Sebab? Dah terkunci mati QALBU dan PENDENGARAN maka tak boleh FIKIR dan ambik PAHAM. Tengok tapi TAK NAMPAK sebab TERRUTUP 'PENGLIHATAN'.

Bakhil juga satu ciri KEKAFIRAN :

An-Nisa' : 37

الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَآ ءَاتٰىهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۗ وَأَعْتَدْنَا لِلْكٰفِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا

● (yaitu) orang-orang yang BAKHIL, dan menyuruh orang lain berbuat BAKHIL, dan menyembunyikan kurnia Allah yang telah diberikan-Nya kepada mereka. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang KAFIR siksa yang menghinakan. ●

Jelas, BAKHIL adalah sifat ORANG yang KAFIR. Lawannya INFAQ atau Menafkahkan, ciri-ciri orang BERTAQWA.

Deduksi lebih lanjutnya adalah jika kita BAKHIL itu adalah KEKAFIRAN; maka kita menjadi KAFIR! Fahamilah maksud KAFIR dengan sebenarnya dan bukan sekadar reti tak reti 'mengucap'.

======== key point   =======
Kadang-kadang kita rasa apasal kita 'Orang Islam' (yang mengucap) hidup LEBIH SUSAH dan MENDERITA dari 'Orang Kafir' yang 'tak mengucap' ?

Rezeki Allah bagi kat 'si kafir' sangkaan kita itu melimpah ruah sedangkan kita, asyik korek lubang tutup lubang, susah sana sini mencari rezeki. Dengar cakap Ustaz itu 'Istidraj' kepada 'Si Kafir sangkaan' itu. Maka kunun kita berasa lega.

Namun , penderitaan kita berterusan.

Mengapa ? Mengapa 'AZAB betul rasa nak menempuh kehidupan ? Semuanya SUSAH.

Jawapannya KEMUNGKINAN BESAR mereka bukan KAFIR seperti yang kita SANGKAKAN. Mereka MUNGKIN Musyrik yang TIDAK MENGETAHUI (At-Taubah:6).

Namun, kita mungkin KAFIR yang MENGETAHUI.

Perhatikan Kalam Allah ini dalam-dalam :

Ali 'Imran : 56

فَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَأُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا فِى الدُّنْيَا وَالْءَاخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نّٰصِرِينَ

● Adapun orang-orang yang KAFIR, maka akan Ku-siksa ('AZAB) mereka dengan siksa yang SANGAT KERAS di DUNIA dan di AKHIRAT, dan mereka TIDAK MEMPEROLEH PENOLONG. ●

Orang KAFIR rupanya Allah mengatakan di 'AZAB di DUNIA dan AKHIRAT.

Padanlah. Padanlah siapa pun TAK NAK TOLONG kita masa kita SUSAH, sebab bukan mereka TAK NAK tolong, TAPI TAK BOLEH tolong.

Sebab jika kita KAFIR, memang di Azab di DUNIA lagi dan orang lain tak boleh TOLONG.

Kalam Allah adalah kebenaran 100% tanpa RAGU!

Dengarlah TEMPELAKAN ALLAH ini :

Al-Baqarah : 96

وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلٰى حَيٰوةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِۦ مِنَ الْعَذَابِ أَن يُعَمَّرَ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌۢ بِمَا يَعْمَلُونَ

● Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling loba kepada kehidupan (di dunia), BAHKAN (LEBIH LOBA LAGI) DARI ORANG-ORANG MUSYRIK. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. ●

Tadabburlah ayat Allah di atas dan fahamilah siapakah 'mereka' yang Allah maksudkan yang Teramat Loba MELEBIHI orang Musyrik ? Ada antara kita nak UMUR PANJANG ? Jika kita Islam dan Beriman kita tidak HALOBA terhadap dunia, NAMUN, jika kita ada RASA TAMAK HALOBA akan harta-benda dunia = maka kenalah ayat ini kepada kita. Jadilah kita samada Zalim, Fasiq atau Kafir.

===============

KAFIR adalah KEENGKARAN TERBESAR. Kafir Tidak mahu MENGAKU kepada Kebenaran dan tidak MAHU TAAT kepada PERINTAH ALLAH. Degil dan Sombong lagi Angkuh dan Bangga diri.

KAFIR itu ianya PENAFIAN, ianya PENDUSTAAN (KAZZABA) terhadap KEBENARAN, ianya Mengada-adakan PENDUSTAAN (KAZIBU), ianya KEENGGANAN (ABA), ianya KEANGKUHAN, ianya KESOMBONGAN (TAKBUR);

-----

Balasan bagi orang KAFIR ?

Al-Baqarah : 39

وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِـَٔايٰتِنَآ أُولٰٓئِكَ أَصْحٰبُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خٰلِدُونَ

● Adapun orang-orang yang KAFIR dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka KEKAL di dalamnya. ●

Ampun Ya Allah
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah WAQINA 'AZABANNAR.

------

Apakah SATU PUNCA TERBESAR kita BOLEH menjadi KAFIR?

Jawapannya adalah MERASA DIRI LEBIH BAIK.

Ini diceritakan oleh Allah sendiri dalam FirmanNya :

Al-A'raf : 12

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ

● Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "SAYA LEBIH BAIK (KHAIRUN) daripada dia: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". ●


Maka, sedarlah. Jangan mudah kita MENGKAFIRKAN orang. Silap2 diri kita sendiri yang sudah lama terjerumus dalam lembah KEKAFIRAN sedangkan kita masih MENYANGKA bahawa kita Orang 'ISLAM' (yang mengucap) dan 'RASA' berbuat 'BAIK'.

Yang keduanya adalah DENGKI :

Al-Baqarah : 90

بِئْسَمَا اشْتَرَوْا بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ أَن يَكْفُرُوا بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ بَغْيًا أَن يُنَزِّلَ اللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ عَلٰى مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ ۖ فَبَآءُو بِغَضَبٍ عَلٰى غَضَبٍ ۚ وَلِلْكٰفِرِينَ عَذَابٌ مُّهِينٌ

● Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan KEKAFIRAN kepada apa yang telah diturunkan Allah, karena DENGKI bahwa Allah menurunkan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya. Karena itu mereka mendapat MURKA sesudah (mendapat) KEMURKAAN. Dan untuk orang-orang KAFIR siksaan yang menghinakan. ●

16) Adakah orang BERIMAN kemudian KAFIR? Adakah orang BERIMAN tetapi KAFIR ?

Ada dan jelas di sebut dalam Al-Quran.

Sekali lagi,

Janganlah kita sibuk-sibuk menggelar-gelar orang itu KAFIR dan orang ini KAFIR, orang 'bukan ISLAM tak MENGUCAP' itu KAFIR, takutlah yang diri kita sendiri yang sebenarnya sudah lama KAFIR kepada Allah.

Untuk nak faham Maksud KAFIR sesudah Beriman dengan sebenar, yang pertama kita kena tengok adalah perihal IBLIS di dalam Quran.

Apakah IBLIS pernah beriman dahulu ? Atau Apakah IBLIS itu BERIMAN ?

Semestinya sudah sebab dia bersama-sama dengan Malaikat2 lain di Syurga sebelum Nabi Adam di jadikan lagi, dan IBLIS mengenali Allah. Maka IBLIS ada Ilmu tentang Allah.

Kemudian, kita perhatikan pula akan Pengetahuan dan KEIMANAN  Syaitan (keturunan IBLIS) dari jenis Jin ini :

Al-Anfal : 48

وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطٰنُ أَعْمٰلَهُمْ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّى جَارٌ لَّكُمْ ۖ فَلَمَّا تَرَآءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلٰى عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّى بَرِىٓءٌ مِّنكُمْ إِنِّىٓ أَرٰى مَا لَا تَرَوْنَ إِنِّىٓ أَخَافُ اللَّهَ ۚ وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ

● Dan ketika SYAITAN menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), SYAITAN itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya SAYA DAPAT MELIHAT apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya SAYA TAKUT (AKHAFU) KEPADA ALLAH". Dan Allah sangat keras siksa-Nya. ●

Syaitan sendiri TAKUT kepada Allah.

Ramai manusia yang mengaku 'beriman' atau mengaku Islam pun tidak TAKUT kepada Allah. Ini FAKTA.

Dan ini satu je sebabnya iaitu JAHIL atau TIDAK TAHU atau TIDAK BERILMU. Jika kita BERILMU atau ULAMA maka kita pasti TAKUT kepada Allah:

Fatir : 28

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَآبِّ وَالْأَنْعٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰٓؤُا ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

● ... Sesungguhnya yang TAKUT kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ULAMA. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ●

Nampak sangat ILMU Syaitan jenis Jin ini JAUH lebih tinggi dari manusia.

Telah Allah berfirman mengatakan Syaitan itu TAKUT kepada Allah, maka ini MEMANG ciri orang BERIMAN :

Al-Anfal : 2

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمٰنًا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH QALBU mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ●

Sebab SYAITAN keturunan IBLIS ini memang sudah MENGENAL ALLAH, maka mereka BERIMAN tetapi TIDAK TUNDUK PATUH(ISLAM).

IBLIS dan SYAITAN lah yang mempolopori atau PERINTIS golongan yang BERIMAN kemudian KAFIR (atau BERIMAN tetapi KAFIR atau BERIMAN tetapi ISLAM separuh KAFIR separuh = Allah Lebih Mengetahui).

Itu sebab Allah melarang MENGIKUTI langkah-langkah Syaitan sebab mereka ini dahulu BERIMAN bertukar KAFIR :

Al-Baqarah : 208

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِى السِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

● Hai orang-orang yang BERIMAN, masuklah kamu ke dalam ISLAM KESELURUHANNYA, dan janganlah kamu turut LANGKAH-LANGKAH SYAITAN. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang NYATA bagimu. ●

Apa itu LANGKAH-LANGKAH SYAITAN ?
--------------------
I) Beriman
II) KAFIR atau ISLAM separuh, KAFIR separuh.
III) Menyesatkan Orang lain.

Itulah Langkah-langkah Syaitan.

Dan Langkah-langkah atau 'STEPS' atau TURUTAN langkah Syaitan inilah yang Allah SANGAT MELARANGI kita IKUT kerana, inilah yang menjadikan manusia itu KAFIR dan 'MELAMPAUI' BATAS, SESUDAH BERIMAN.

-------

2 ayat di bawah menunjukkan kaitan KAFIR dan MELAMPAUI BATAS :

Al-A'raf : 101

تِلْكَ الْقُرٰى نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنۢبَآئِهَا ۚ وَلَقَدْ جَآءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنٰتِ فَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا بِمَا كَذَّبُوا مِن قَبْلُ ۚ كَذٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلٰى قُلُوبِ الْكٰفِرِينَ

● Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebagian dari berita-beritanya kepadamu. Dan sungguh telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, maka mereka (juga) tidak beriman kepada apa yang dahulunya mereka telah mendustakannya (kazzabu). Demikianlah Allah MENGUNCI MATI QALBU orang-orang KAFIR. ●

Yunus : 74

ثُمَّ بَعَثْنَا مِنۢ بَعْدِهِۦ رُسُلًا إِلٰى قَوْمِهِمْ فَجَآءُوهُم بِالْبَيِّنٰتِ فَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا بِمَا كَذَّبُوا بِهِۦ مِن قَبْلُ ۚ كَذٰلِكَ نَطْبَعُ عَلٰى قُلُوبِ الْمُعْتَدِينَ

● Kemudian sesudah Nuh, Kami utus beberapa rasul kepada kaum mereka (masing-masing), maka rasul-rasul itu datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka tidak hendak beriman karena mereka dahulu telah (biasa) mendustakannya (kazzabu). Demikianlah Kami MENGUNCI MATI QALBU orang-orang yang MELAMPAUI BATAS. ●

------


Inilah yang dikatakan MELAMPAU.
"Ini sudah MELAMPAU" = fahamkan analogi ini. Banyak2 KEDURHAKAAN, KEDURHAKAAN inilah TAHAP 'MELEBIHI' MAKSIMUM. Itu maksud MELAMPAUI BATAS. Batas Maksimum.

Dah TAHU KEBENARAN, dah TERIMA KEBENARAN, dah BERILMU, kemudian BERIMAN, lepas itu KAFIR kembali, samada KAFIR semuanya atau KAFIR SEPARUH, Islam separuh. Inilah Golongan yang kita PATUT sangat Takuti terjadi kepada kita, SEBAB :

Al-Munafiqun : 3

ذٰلِكَ بِأَنَّهُمْ ءَامَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلٰى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ

● Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka TELAH BERIMAN, KEMUDIAN menjadi KAFIR, MAKA QALBU MEREKA DI KUNCI MATI; sebab itu mereka tidak dapat memahami. ●

Bila Allah sudah MENGUNCI MATI QALBU kita - sudah tiada harapan.

Yang sudah MELAMPAU, maka BALASAN ALLAH di DUNIA lagi juga MELAMPAU, iaitu di KUNCI MATI QALBU tak boleh Fikir maka tak boleh faham. Dalam ayat Allah yang lain (Al-Baqarah:7), Pendengaran juga di kunci mati dan Penglihatan juga di TUTUP.

Jika kita sudah sampai TAHAP MELAMPAU ini, sudah tak BOLEH PATAH BALIK, inilah Paling TOP punya KEMURKAAN ALLAH = iaitu mengikuti LANGKAH Syaitan. Sesudah Beriman lepas tu KAFIR, lepas tu Menyesatkan orang lain. Maka Allah tambah KEKAFIRAN dengan mengunci dan menutup 3 Alat yang di berikan (Pendengaran, Penglihatan dan Fuad), maka tak boleh kenal dan faham mana satu BENAR dan mana yang SALAH.

Apa terjadi pada orang yang Beriman kemudian KAFIR ?

Ali 'Imran : 90

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بَعْدَ إِيمٰنِهِمْ ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا لَّن تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ وَأُولٰٓئِكَ هُمُ الضَّآلُّونَ

● Sesungguhnya orang-orang KAFIR SESUDAH (BA'DA) BERIMAN, kemudian bertambah kekafirannya, SEKALI-KALI tidak akan diterima taubatnya; dan mereka itulah orang-orang yang SESAT (D°ALLUN). ●

Katakuncinya adalah BERTAMBAH KEKAFIRANNYA, peluang maksimum beriman itu 2 Kali:

An-Nisa' : 137

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ ءَامَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا لَّمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلًۢا

● Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN kemudian KAFIR, kemudian BERIMAN (pula), kemudian KAFIR lagi, kemudian BERTAMBAH KEKAFIRANNYA, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus. ●

Taubat iaitu MEMOHON AMPUN dan MAHU KEMBALI kepada ALLAH, sudah TIDAK DI TERIMA (NOT ACCEPTED AT ALL) sekali-kali.

Ada sedikit pengecualian kalau di PAKSA:

An-Nahl : 106

مَن كَفَرَ بِاللَّهِ مِنۢ بَعْدِ إِيمٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُۥ مُطْمَئِنٌّۢ بِالْإِيمٰنِ وَلٰكِن مَّن شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Barangsiapa yang KAFIR kepada Allah sesudah dia BERIMAN (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang DIPAKSA KAFIR padahal QALBUnya tetap TENANG (MUT°MA'IN)  dalam BERIMAN (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan DADA / MINDA (S°ADRA) nya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. ●

=======
Kesimpulan


1) Jika orang Fasiq sudah termasuk kategori Tidak Beriman, maka Kafir apatah lagi. Jika BERTAQWA adalah di suatu EKSTREM yang terbaik, maka KAFIR adalah di suatu EKSTREM yang paling jahat pula.

2) Jika kita hanya ZALIM dan tidak sampai kepada FASIQ, maka IMAN kita masih ada, maka SEGERALAH memohon ampun. Orang BERTAQWA juga berbuat DOSA, namun Mereka BERSEGERA meminta AMPUN. Keywordnya terletak pada 'KESEGERAAN'.

Ali 'Imran : 133

وَسَارِعُوٓا إِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

● Dan BERSEGERALAH kamu kepada AMPUNAN dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang BERTAQWA, ●

Ali 'Imran : 134

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكٰظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

● (yaitu) orang-orang yang MENGINFAQKAN, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan MEMAAFKAN (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan (MUHSININ)●

Ali 'Imran : 135

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلٰى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

● Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau MENZALIMI diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon AMPUN terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. ●


3) Muslim adalah orang ISLAM. Orang ISLAM adalah mengamalkan CARA HIDUP A'BUDU kepada Allah.

4) Kita mesti ISLAM dulu sebelum beriman.

Al-Hujurat : 14

قَالَتِ الْأَعْرَابُ ءَامَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلٰكِن قُولُوٓا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمٰنُ فِى قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمٰلِكُمْ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Orang-orang Arab itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu BELUM BERIMAN,  tapi katakanlah 'kami TELAH ISLAM / TUNDUK (ASLAMNA)', kerana IMAN ITU BELUM MASUK ke dalam qalbumu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun ganjaran amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". ●

5) Namun, kita juga perlu ISLAM KESELURUHAN setelah BERIMAN. Bukan Islam separuh, Kafir separuh.

Al-Baqarah : 208

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِى السِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

● Hai orang-orang yang BERIMAN, masuklah kamu ke dalam ISLAM KESELURUHANNYA, dan janganlah kamu turut LANGKAH-LANGKAH SYAITAN. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang NYATA bagimu. ●

6) Islam 'lawan'nya SYIRIK, pada olahan tertentu. Sebab Islam A'BUDU kepada YANG SATU dan bukan kepada yang lain. Maka MUSLIM lawannya MUSYRIKIN.

7) Islam lawannya adalah KAFIR, sebab ISLAM bermaksud TUNDUK BERSERAH serta TAAT kepada Allah, manakala KAFIR itu ENGGAN Taat, ENGKAR, Sombong, Menafikan dan Mengada-adakan Pendustaan kepada Allah.

Ali 'Imran : 20

فَإِنْ حَآجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِىَ لِلَّهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ وَالْأُمِّيِّۦنَ ءَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلٰغُ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌۢ بِالْعِبَادِ

● Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu (mau) Islam (TUNDUK PATUH)" . Jika mereka ISLAM (TUNDUK PATUH / ASLAMU), sesungguhnya mereka telah mendapat BIMBINGAN dan jika mereka BERPALING (TAWALLAU), maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. ●

====

Allah Paling Mengetahui.

===
TA'ALALLAHUL MALIKUL HAQ.

WA HUWA 'ALA KULLI SYAI`IN QADIR.

IYYAKANA'BUDU WA IYYA KANASTA'IN.

====


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA