Langkau ke kandungan utama

Nabi Sulaiman dan Kapal Terbang

Nabi Sulaiman dan Kapal Terbang

(Date written : 02 Dec 2015)

1) Rasul Nabi Sulaiman di anugerah Allah boleh 'menguasai' angin.

Al-Anbiya : 81

وَلِسُلَيْمٰنَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِى بِأَمْرِهِۦٓ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِى بٰرَكْنَا فِيهَا ۚ وَكُنَّا بِكُلِّ شَىْءٍ عٰلِمِينَ

● Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman ANGIN (RIIHA) yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu. ●

2) Berapa cepat perjalanan Nabi Sulaiman menaiki 'sesuatu yang dapat mengawal ANGIN' untuk sampai ke destinasi ?

Saba' : 12

وَلِسُلَيْمٰنَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ ۖ وَأَسَلْنَا لَهُۥ عَيْنَ الْقِطْرِ ۖ وَمِنَ الْجِنِّ مَن يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِۦ ۖ وَمَن يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ

● Dan Kami (tundukkan) ANGIN (RIIHA) bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan SEBULAN dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan CAIRAN ('AIN) TEMBAGA (AL-QIT°R) baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. ●


Ayat di atas menceritakan tentang KECEPATAN 'kenderaan' yang membawa atau yg dapat di kuasai atau di kawal oleh Rasul Nabi Sulaiman.

Perjalanan 6 jam (Sepagi atau Sepetang) dengan 'Kenderaan' tersebut adalah sama dengan sebulan perjalanan dengan kenderaan lain atau yang biasa di zaman Nabi Sulaiman.

3) Bagaimana pula di katakan ada 'kenderaan' yang membawa ?

Kerana Allah ada mengaitkan dengan cairan Tembaga (QIT°RA).

Katakunci yang menentukan kaitan bagaimana deduksi ada 'kenderaan' yang di buat untuk membawa Nabi Sulaiman adalah pada Qaf Ta Ra.



Al-Ahzab : 14

وَلَوْ دُخِلَتْ عَلَيْهِم مِّنْ أَقْطَارِهَا ثُمَّ سُئِلُوا الْفِتْنَةَ لَءَاتَوْهَا وَمَا تَلَبَّثُوا بِهَآ إِلَّا يَسِيرًا

● Kalau (Yatsrib) diserang dari SEGALA PENJURU (AQT°AR / All Sides), kemudian diminta kepada mereka supaya membuat fitnah, niscaya mereka mengerjakannya; dan mereka tiada akan bertangguh untuk membuat fitnah itu melainkan dalam waktu yang singkat. ●

Ar-Rahman : 33

يٰمَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطٰنٍ

● Hai jama'ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) PENJURU (AQT°AR) langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan Autoriti (SULT°AN). ●

AQT°AR dari kata akar QAF TA RA yang sama bermaksud Segala Penjuru.

Ianya berpenjuru. Maknanya juga ada 'Enclosed Region'.


Al-Kahf : 96

ءَاتُونِى زُبَرَ الْحَدِيدِ ۖ حَتّٰىٓ إِذَا سَاوٰى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُوا ۖ حَتّٰىٓ إِذَا جَعَلَهُۥ نَارًا قَالَ ءَاتُونِىٓ أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا

● berilah aku potongan-potongan BESI (AL-HADID)". Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku TEMBAGA (yang mendidih) (QIT°RA) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu". ●

QIT°RA adalah CAIRAN TEMBAGA atau Molten Copper.

Ayat di atas menceritakan bagaimana membuat suatu bahan yang sangat KUKUH.

4) Sekarang mari kita lihat bagaimana Badan Kapal Terbang di buat.





Berdasarkan kajian saya (jika ada yang lebih Ilmu - silakan), badan kapal terbang memang di buat dari Aluminium Alloy.

Alloy adalah elemen yang di campurkan dengan pelbagai lagi lagi elemen untuk menguatkan lagi struktur Metal yang di buat tersebut dan tak lain tak bukan ianya memang kena di PANASKAN dan di CAIRKAN dan di tuang bersama dengan bahan Metal asal.

Dan PERATUSAN terbesar elemen Alloy adalah datangnya dari TEMBAGA atau COPPER.

5) Berapa kelajuan kapal terbang berbanding dengan Unta ?

Kelajuan Unta paling secara Normal adalah 25 batu sejam.

Kelajuan Kapal Terbang secara Normal (cruising) adalah 546 - 575 batu sejam.

Manakala kelajuan Jet Paling laju pernah di rekodkan setakat hari ini adalah 2193 batu sejam.


Berdasarkan Al-Quran, nisbah kelajuan 'kenderaan' Nabi Sulaiman adalah :-

Sepagi atau sepetang hari dengan 1 bulan; iaitu -

0.25/30 = 0.008

Di mana :
Sepagi atau Sepetang adalah 6 jam, iaitu 6/24 = 0.25 hari

Maknanya Kelajuan 'Kenderaan' Nabi Sulaiman adalah

25 / 0.008 = 3125 batu sejam.

Nisbah kelajuan unta dengan Jet Paling Laju pula :

25/2193 = 0.011

Jika Jet Paling Laju dapat capai 3125 batu sejam :

25/3125 = 0.008

Inilah Nisbah Kelajuan yang Allah sebut dalam Al-Quran.

Boleh ke dapat Kelajuan 3125 batu sejam ?

Kalau sekarang pun dah boleh laju 2193 batu sejam maka sangat tak mustahil.

Usaha sedang di buat oleh Negara maju untuk membuat Jet yang akan pergi dari Tokyo ke London dalam masa 2 jam, iaitu dengan Kelajuan 3125 batu sejam atau di kenali dengan Mach 4 atau 3 kali lebih laju dari kelajuan Bunyi.

Ini juga bermaksud kelajuan 'kenderaan' Nabi Sulaiman adalah sangat laju.

Dan ianya mestilah ada Penjuru dan 'Enclosed Region' berdasarkan kata kunci QAF TA RA yang di bincang dan di tunjukkan kaitannya di dalam Al-Quran.

Mana mungkin naik atas 'Tikar'.

Apa tujuan Allah berfirman tentang Nabi Sulaiman di beri Cairan Tembaga (QIT°RA) atau Molten Copper ?

Semestinya kita manusia perlu BERFIKIR dan FAHAM kaitannya dan membuat DEDUKSI dan bukan memandai-mandai meletakkan pendapat.

(Jika deduksi saya salah dan para pembaca ada lebih Ilmu - silakan bagitau).

Perlu di ingat jika Allah berfirman secara DIRECT tentang KAPAL TERBANG atau JET 1400 tahun dahulu yang belum ada Teknologi Kapal Terbang, sudah tentu lagi Ramai manusia tidak akan beriman.

Namun zaman Nabi Sulaiman sudah ada. Seninya Allah menceritakan dalam Al-Quran adalah supaya kita manusia BERFIKIR dan mencari JAWAPAN secara Deduksi berdasarkan ayat-ayat Allah sendiri dan bukan Meletakkan pendapat sendiri.

====
Allah Al-'Alim.
====





















Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA