Langkau ke kandungan utama

Apa itu Malaikat ?

Apa itu Malaikat ?

(Date written : 16 Jan 2016)
(Second Update : 19 Jan 2016)
(Last Update : 25 Jan 2016)

1) Persoalan pertama = MENGAPA kena faham apa itu Malaikat ?

SEBAB tanpa pemahaman terhadap Malaikat atau tanpa BERIMAN kepada MALAIKAT, kita KAFIR.

Nak beriman kepada Malaikat kena FAHAM dulu apa atau siapa itu Malaikat.

2) Di dalam Al-Quran,

Huruf kata dasar MIM LAM QAF ada di sebut di dalam Al-Quran berjumlah 206 kali dengan variasi-variasi seperti MALAK, MALAKAT, MALIK, MAALIK, MULK, MALK, MALAKUT, MAALIK dan MAMLUK.

MALIK bermaksud RAJA.
MULK bermaksud Kerajaan.
MAALIK bermaksud Yang Berkuasa / Yang Mempunyai

MALAK = adalah bermaksud sesuatu berkaitan kekuasaan, kerajaan yang  mana ianya adalah 'Orang Kuat' atau 'Penguasa' atau UTUSAN Kerajaan yang di beri Kuasa.

Makanya secara dasar ianya bermaksud UTUSAN RAJA atau UTUSAN dari Yang Berkuasa dan bertindak sebagai 'Penguasa' yang MEMBAWA MESEJ (MESSENGER).

MALAK adalah kata singular kepada Malaikat.

MALA'IKAH = kata jamak (plural) kepada MALAK.

ALLAH Al-MALIK bermaksud Allah Yang MERAJAI.

ALLAH Al-Maalikul Mulk pula bermaksud Yang Mempunyai atau yang Menguasai Segala Kerajaan/Kekuasaan.


3) Di dalam Al-Quran banyak yang Allah ceritakan bagaimana orang-orang Kafir yang mendustakan kebenaran selalu meminta di turunkan seorang MALAK :

Al-Furqan : 7

وَقَالُوا مَالِ هٰذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِى فِى الْأَسْوَاقِ ۙ لَوْلَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُۥ نَذِيرًا

● Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang MALAK agar dia itu itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?, ●

Hud : 12

فَلَعَلَّكَ تَارِكٌۢ بَعْضَ مَا يُوحٰىٓ إِلَيْكَ وَضَآئِقٌۢ بِهِۦ صَدْرُكَ أَن يَقُولُوا لَوْلَآ أُنزِلَ عَلَيْهِ كَنزٌ أَوْ جَآءَ مَعَهُۥ مَلَكٌ ۚ إِنَّمَآ أَنتَ نَذِيرٌ ۚ وَاللَّهُ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ وَكِيلٌ

● Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya dadamu, kerana khawatir bahwa mereka akan mengatakan: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya perbendaharaan (kekayaan) atau datang bersama-sama dengan dia seorang MALAK?" Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah Pemelihara segala sesuatu. ●

Ayat-ayat di atas menceritakan bagaimana manusia mendustakan kebenaran dengan mengatakan kenapa Rasul lagi Nabi jenis manusia ini tidak di sertakan dengan seorang MALAK untuk sama-sama memberi peringatan kepada manusia ?

4) Dan berikut adalah jawapan dari Allah :

Al-An'am : 8

وَقَالُوا لَوْلَآ أُنزِلَ عَلَيْهِ مَلَكٌ ۖ وَلَوْ أَنزَلْنَا مَلَكًا لَّقُضِىَ الْأَمْرُ ثُمَّ لَا يُنظَرُونَ

● Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang MALAK?" dan kalau Kami turunkan (kepadanya) seorang MALAK, tentulah SELESAI (QUDHIYA) ARAHAN / PERINTAH / AL-AMR itu, kemudian mereka tidak diberi tangguh (sedikitpun). ●

Apakah maksud QUDHIYAL AMR ini ?

Ini Sangat Penting untuk di fahami :

Jika Allah mengutus MALAIKAT, dan tugas Malaikat adalah MEMBAWA MESEJ 'Arahan/Perintah/AMR' dari Allah, maka, bila 'ARAHAN/PERINTAH/AMR' itu SAMPAI/DATANG, maka apa sahaja ARAHAN/AMR itu akan bersifat KUN ('Be/Jadi') dan akan FAYAKUN (maka akan terus 'TERLAKSANA ARAHAN itu').

Ya Sin : 82

إِنَّمَآ أَمْرُهُۥٓ إِذَآ أَرَادَ شَيْـًٔا أَن يَقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ

● Sesungguhnya AMR (Perintah/Arahan)-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah (Be / KUN)!" maka TERLAKSANA / TERJADI lah ia (YAKUN) ●

Bila dah Terlaksana ARAHAN atau TERJADI ARAHAN/AMR maka ini di sebut sebagai QUDHIYAL AMR.

Hud : 44

وَقِيلَ يٰٓأَرْضُ ابْلَعِى مَآءَكِ وَيٰسَمَآءُ أَقْلِعِى وَغِيضَ الْمَآءُ وَقُضِىَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِىِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِّلْقَوْمِ الظّٰلِمِينَ

● Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, PERINTAH/AMR pun DISELESAIKAN (QUDHIYAL AMRU) dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim". ●

5) Bagaimana KEADAAN atau SIFAT Malaikat ini ?

a) Malaikat mempunyai Sayap-sayap.

Fatir : 1

الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلٰٓئِكَةِ رُسُلًا أُولِىٓ أَجْنِحَةٍ مَّثْنٰى وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۚ يَزِيدُ فِى الْخَلْقِ مَا يَشَآءُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

● Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan MALA`IKAH sebagai UTUSAN-UTUSAN (RUSULA) yang MEMPUNYAI (`ULII) SAYAP (AJNIHAH), masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. ●

Jelas, dari Ayat di atas, bahawa Malaikat adalah UTUSAN atau RASUL Allah.

Dan Malaikat mempunyai SAYAP.

-------
Mengapa Allah menceritakan pasal Sayap dan mengapa Allah memberikan malaikat itu Sayap ?

Burung mempunyai dua sayap :

Al-An'am : 38

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى الْأَرْضِ وَلَا طٰٓئِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِى الْكِتٰبِ مِن شَىْءٍ ۚ ثُمَّ إِلٰى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

● Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan KEDUA SAYAPNYA (BIJANAHAIHI), melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan. ●

Sayap itu untuk terapung dan terbang di AS-SAMA` :

An-Nur : 41

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صٰٓفّٰتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُۥ وَتَسْبِيحَهُۥ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌۢ بِمَا يَفْعَلُونَ

● Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih sesiapa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. ●

Bila burung mengembangkan sayapnya sebenarnya mereka BERTASBIH memuji Allah.

Bila kita membaca AL-QURAN, yang bermaksud BACAAN yang Berkait-kaitan, maka nak faham Malaikat kena faham SAYAP, sebab malaikat ada Sayap dan Burung di As-Sama` atau Langit atau di RUANG UDARA juga mempunyai Sayap.

Tugas Sayap adalah untuk menggerakkan udara menjadi angin supaya ada beza tekanan udara tinggi dan rendah agar sesuatu itu dapat terapung dan terbang di AS-SAMA`.

Itu sebab Nabi Sulaiman adalah Nabi yang Allah sebut dapat menguasai ANGIN (RIHUN), dan ada kenderaan yang dapat membawanya ke sana sini dengan pantas.

Kapal terbang adalah ciptaan manusia yang memahami tentang Tekanan Udara Tinggi Rendah dan Teknologi mengawal ANGIN ini.

Deduksinya, maka Malaikat adalah juga terapung dan terbang di As-Sama`, itu sebab di beri sayap oleh Allah. Dan sayap MALAIKAT tidak perlukan Ruang Udara atau ANGIN untuk terapung dan bergerak. Ianya bergerak lebih laju dari itu.

---------

Berapakah kelajuan Malaikat ini terbang dalam menjalankan tugasnya ?

Al-Ma'arij : 4

تَعْرُجُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

●MALA`IKAH dan AR-RUH  TA'RUJU kepada Tuhan dalam SEHARI yang kadarnya LIMA PULUH RIBU TAHUN. ●

Ayat di atas menceritakan KADAR KECEPATAN Malaikat.

Iaitu 50 kali kelajuan Cahaya.

1 hari = 1000 tahun sudah para saintis buat Kira-kita bahawa itu adalah kelajuan cahaya.

Maka maka kalau 1 hari = 50000 tahun = 50 x 1000 tahun atau 50 kali kelajuan cahaya.

Makanya TEORI ENSTEIN salah dan benarlah TEORI NIKOLA TESLA.

Enstein telah mengatakan elemen paling laju dalam alam semesta adalah cahaya sedangkan Tesla telah menemukan memang ada elemen yang lebih laju dari cahaya, dalam kiraannya yang tidak dapat di buktikan dengan fakta yang jelas, ianya berkelajuan 37 kali kelajuan cahaya.

Mereka berdua ini ada nama dalam kategori ULAMAK FISIKS.

Namun ALLAH telah mengatakan dan KALAM ALLAH adalah 100% Kebenaran Tanpa RAGU, bahawa ciptaan Allah yang paling cepat dan bertenaga paling tinggi boleh bergerak dengan 50 Kali lebih dari Kelajuan Cahaya.

Apakah ciptaan Allah tersebut atau 'elemen' tersebut ? Jawapannya adalah Malaikat dan Ar-Ruh, berdasarkan firman Allah di atas - kebenaran tanpa ragu.

b) Malaikat sentiasa bertasbih dengan Memuji Allah tanpa henti.

Al-Baqarah : 30

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوٓا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

● Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para MALA`IKAT: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami SENTIASA BERTASBIH dengan MEMUJI dan MENSUCIKAN Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". ●

Al-Anbiya : 19

وَلَهُۥ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَمَنْ عِندَهُۥ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِۦ وَلَا يَسْتَحْسِرُونَ

● Dan kepunyaan-Nya-lah segala yang di langit dan di bumi. Dan SESIAPA YANG DI  SISI-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk MENGABDI KEPADA-Nya dan tiada (pula) merasa letih. ●

Al-Anbiya : 20

يُسَبِّحُونَ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ لَا يَفْتُرُونَ

● Mereka selalu BERTASBIH malam dan siang TIADA HENTI-HENTINYA. ●

SESIAPA yang Di Sisi Allah, semestilah yang dekat (QARIB) dengan Allah, dan ayat inilah kaitannya atau keterangannya mengapa SESIAPA YANG DI SISI-NYA itu adalah Malaikat :

An-Nisa' : 172

لَّن يَسْتَنكِفَ الْمَسِيحُ أَن يَكُونَ عَبْدًا لِّلَّهِ وَلَا الْمَلٰٓئِكَةُ الْمُقَرَّبُونَ ۚ وَمَن يَسْتَنكِفْ عَنْ عِبَادَتِهِۦ وَيَسْتَكْبِرْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيْهِ جَمِيعًا

● Al Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula enggan) MALAIKAT-MALAIKAT yang TERDEKAT (MUQARRABIN) (kepada Allah). Barangsiapa yang enggan dari menyembah-Nya, dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepada-Nya. ●

c) Malaikat boleh berupa seperti manusia, berkata-kata dengan manusia namun tidak makan dan minum

Hud : 69

وَلَقَدْ جَآءَتْ رُسُلُنَآ إِبْرٰهِيمَ بِالْبُشْرٰى قَالُوا سَلٰمًا ۖ قَالَ سَلٰمٌ ۖ فَمَا لَبِثَ أَن جَآءَ بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

● Dan sesungguhnya UTUSAN-UTUSAN (Messenger/RUSULUNA) Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat". Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang. ●

Hud : 70

فَلَمَّا رَءَآ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً ۚ قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّآ أُرْسِلْنَآ إِلٰى قَوْمِ لُوطٍ

● Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata: "Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat-ma]aikat) yang DIUTUS (URSILNA) kepada kaum Luth". ●

6) Apakah Malaikat sesuatu yang Ghaib ?

Malaikat bukanlah sesuatu yang Ghaib. Ini adalah kerana kita boleh mengetahuinya dengan pelbagai keterangan Al-Quran dan buktinya juga melalui pemerhatian dan kajian alam semesta (Fisiks). Dan telah ada Nabi yang bertemu dan berkata-kata dengan Malaikat berupa manusia (contohnya Nabi Ibrahim).

Begitu juga dengan Jin. Jin juga bukan sesuatu yang Ghaib. Ada orang dah bertemu Jin pun.

Syaitan itu dari Jin dan Manusia, namun asalnya Syaitan itu adalah dari Jin.

Dan Allah mengatakan bahawa Syaitan itu adalah musuh kita yang NYATA :

Al-Baqarah : 208

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِى السِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

● Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang NYATA / JELAS (MUBIN) bagimu. ●

Maka ianya bukan 'benda' Ghaib.

Yang Ghaib adalah sesuatu yang kita tidak tahu langsung, sebagai contohnya apa yang DI BICARAKAN PARA MALAIKAT ? Itu Ghaib bagi kita sebab kita tak akan tahu sebab tidak di beritahu. Contoh lagi bilakah hari Kebangkitan ? Kita tidak tahu sebab tidak di beritahu. Maka itulah 'benda' Ghaib.

Rasul Nabi Muhammad pun tak akan tahu 'benda' Ghaib jika tidak beritahu Allah Al-'Alim :

Al-An'am : 50

قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمْ عِندِى خَزَآئِنُ اللَّهِ وَلَآ أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَآ أَقُولُ لَكُمْ إِنِّى مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحٰىٓ إِلَىَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الْأَعْمٰى وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ

● Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku MENGETAHUI (A'LAMU) yang GHAIB dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat (MALAK). Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?" ●

Dan sesungguhnya yang GHAIB itu sebenarnya adalah PERKHABARAN atau BERITA (`ANBAA`) atau ILMU dan bukan suatu Objek :

Ali 'Imran : 44

ذٰلِكَ مِنْ أَنۢبَآءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ إِلَيْكَ ۚ وَمَا كُنتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يُلْقُونَ أَقْلٰمَهُمْ أَيُّهُمْ يَكْفُلُ مَرْيَمَ وَمَا كُنتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يَخْتَصِمُونَ

● Yang demikian itu adalah sebahagian dari BERITA-BERITA / PERKHABARAN (`ANBAA`) AL-GHAIB yang Kami wahyukan kepada kamu (Muhammad); padahal kamu tidak hadir beserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa. ●
Al-Ma'idah : 109

يَوْمَ يَجْمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَآ أُجِبْتُمْ ۖ قَالُوا لَا عِلْمَ لَنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلّٰمُ الْغُيُوبِ

● (Ingatlah), hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul lalu Allah bertanya (kepada mereka): "Apa jawaban kaummu terhadap (seruan)mu?". Para rasul menjawab: "Tidak ada PENGETAHUAN ('ILMA) kami (tentang itu); sesungguhnya Engkau-lah yang MENGETAHUI ('ALLAMU) yang GHAIB". ●

7) Apakah kedudukan Malaikat di sisi Allah ?

Ianya di gelar Allah - 'INDINA atau DI SISI NYA.

Jika di SISI-NYA maka Malaikat adalah sangat DEKAT (QARIB) dengan Allah.

An-Nisa' : 172

لَّن يَسْتَنكِفَ الْمَسِيحُ أَن يَكُونَ عَبْدًا لِّلَّهِ وَلَا الْمَلٰٓئِكَةُ الْمُقَرَّبُونَ ۚ وَمَن يَسْتَنكِفْ عَنْ عِبَادَتِهِۦ وَيَسْتَكْبِرْ فَسَيَحْشُرُهُمْ إِلَيْهِ جَمِيعًا

● Al Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula enggan) MALAIKAT-MALAIKAT yang TERDEKAT (MUQARRABIN) (kepada Allah). Barangsiapa yang enggan dari menyembah-Nya, dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepada-Nya. ●

8) Apakah Tugas Malaikat ?

a) Tugas utama adalah menjadi RASUL ALLAH atau UTUSAN ALLAH.

Dalam English ianya bergelar MESSENGER atau MEMBAWA MESEJ untuk DI SAMPAIKAN, atau PENYAMPAI MESEJ.

RASUL Allah atau UTUSAN Allah ada 2 jenis :

i) Jenis Basyar atau Manusia dan mestilah lelaki, yang menyampaikan kepada manusia lain apa yang di WAHYU kan oleh ALLAH. Inilah Rasul lagi Nabi.

ii) Jenis Malaikat.

Ramai orang berfahaman bila di katakan Rasulullah sahaja, hanya kepada Nabi Muhammad sahaja, sedangkan semua Nabi-Nabi adalah juga Rasulullah dan Malaikat juga adalah Rasulullah.

Sekali lagi, RASULULLAH itu MESSENGER.

Namun, ada perbezaan besar antara Tugas Rasul atau Messenger jenis manusia dengan Rasul atau Messenger jenis MALAIKAT.

Rasulullah jenis manusia MENYAMPAIKAN / MEMBAWA MESEJ dari apa yang di WAHYU kan ALLAH kepada manusia, menerusi RUH AL-QUDUS, 'sejenis RUH' yang mulia atau RUHUL KARIM, yang di panggil JIBRIL.

Ar-Ra'd : 30

كَذٰلِكَ أَرْسَلْنٰكَ فِىٓ أُمَّةٍ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهَآ أُمَمٌ لِّتَتْلُوَا عَلَيْهِمُ الَّذِىٓ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ وَهُمْ يَكْفُرُونَ بِالرَّحْمٰنِ ۚ قُلْ هُوَ رَبِّى لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ مَتَابِ

● Demikianlah, Kami telah MENGUTUS (ARSALNA) kamu pada suatu umat yang sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumnya, supaya kamu membacakan kepada mereka yang Kami WAHYUKAN (AUHAINA) kepadamu, padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Katakanlah: "Dialah Tuhanku tidak ada Tuhan selain Dia; hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku bertaubat". ●

An-Nahl : 102

قُلْ نَزَّلَهُۥ رُوحُ الْقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَهُدًى وَبُشْرٰى لِلْمُسْلِمِينَ

● Katakanlah: "RUHUL QUDUS (Jibril) menurunkan (Al Quran) itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri / MUSLIMIN (kepada Allah)". ●

Manakala, Rasulullah jenis MALAIKAT MENYAMPAIKAN atau MEMBAWA atau 'BEARER' atau 'CARRIER' kepada MESEJ berbentuk AMR/Arahan/Perintah Allah yang akan terus TERJADI atau TERLAKSANA bila sudah SAMPAI atau DATANG.

Az-Zariyat : 4

فَالْمُقَسِّمٰتِ أَمْرًا

● dan (malaikat-malaikat) yang membahagi-bahagi (DISTRIBUTING) AMR/Perintah. ●

Hud : 82

فَلَمَّا جَآءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عٰلِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ

● Maka tatkala DATANG/SAMPAI (JAA`A) AMR/Perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, ●

b) Mewafatkan manusia.

As-Sajdah : 11

قُلْ يَتَوَفّٰىكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِى وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلٰى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

● Katakanlah: "MALAKUL MAUT yang MEWAFATKAN kamu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan". ●

Al-Anfal : 50

وَلَوْ تَرٰىٓ إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا ۙ الْمَلٰٓئِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبٰرَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

● Kalau kamu melihat ketika para MALAIKAT mencabut jiwa (YATAWAFFA) orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar",  ●

Al-An'am : 61

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِۦ ۖ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتّٰىٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ

● Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan DI UTUS-Nya (YURSILUNA) kepadamu (malaikat-malaikat) PENJAGA (HAFAZAH), sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia DI WAFATKAN oleh UTUSAN-UTUSAN Kami (RUSULANA = Malaikat-Malaikat), dan UTUSAN-UTUSAN Kami itu tidak melalaikan kewajibannya. ●


c) 'Mendatang' / MEMBAWA kan 'Azab' kepada manusia di dunia.

Ya Sin : 29

إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وٰحِدَةً فَإِذَا هُمْ خٰمِدُونَ

● Tidak ada siksaan atas mereka melainkan SATU (WAHIDAN) SUARA TERIAKAN KERAS MENGGUNTUR (S°OIHATAN) sahaja; maka tiba-tiba mereka semuanya di musnahkan. ●

Al-Qamar : 31

إِنَّآ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ صَيْحَةً وٰحِدَةً فَكَانُوا كَهَشِيمِ الْمُحْتَظِرِ

● Sesungguhnya Kami MENGUTUSKAN (ARSALNA) atas mereka SATU (WAHIDATAN) SUARA TERIAKAN KERAS MENGGUNTUR (S°OIHATAN) maka jadilah mereka seperti rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang. ●


Bila Allah sebut MENGUTUSKAN makanya dalam hal ini, yang menjadi UTUSAN NYA adalah Malaikat.

Suara adalah Bunyi. Bunyi adalah satu gelombang atau di panggil Sound Waves.

Gelombang Bunyi sudah di buktikan boleh memecahkan gelas, bila frequency bunyi nya sama dengan getaran atom2 gelas. Ini di panggil RESONANCE.

Bila bunyi dengan frequency yang sama sampai kepada benda yang berjisim tersebut, ia menyebabkan jisim tersebut bergetar dan pecah.

Begitulah bagaimana Allah MENGUTUS Suara atau Bunyi yang SOIHATAN sekali sahaja yang boleh menghancurkan manusia.

Deduksinya, Malaikat adalah 'Energy' (Tenaga adalah satu makhluk) yang MENYAMPAIKAN / MEMBAWA Gelombang Bunyi tersebut.

Fahamilah, 'Azab' yang kita sering di beri faham yang di turunkan di dunia itu SEBENARNYA ianya suatu AMR/Perintah Allah.

Malaikat sebenarnya MEMBAWA 'AMR/PERINTAH' ALLAH yang bersifat Kun Fayakun ini.

Hud : 40

حَتّٰىٓ إِذَا جَآءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ قُلْنَا احْمِلْ فِيهَا مِن كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ ءَامَنَ ۚ وَمَآ ءَامَنَ مَعَهُۥٓ إِلَّا قَلِيلٌ

● Hingga apabila TELAH DATANG/SAMPAI AMR/Perintah Kami (JAA`A AMRUNA) dan dapur (perut bumi) telah memancarkan air, Kami berfirman: "Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman". Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit. ●


d) Menjaga manusia

Ayat Al-An'am : 61 di atas.

Ar-Ra'd : 11

لَهُۥ مُعَقِّبٰتٌ مِّنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

● Bagi manusia ada (malaikat-malaikat) yang selalu mengikutinya bergiliran (MU'AQQABAT), di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya (YAHFUZUNAHU) atas ARAHAN Allah (AMRILLAH). .. ●

Al-Infitar : 10

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحٰفِظِينَ

● (padahal) sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang MENGAWASI (HAFIZHIN) (pekerjaanmu), ●

Al-Infitar : 11

كِرَامًا كٰتِبِينَ

● yang mulia (KIRAMAN) dan MEREKOD (KATIBIN). ●

Al-Infitar : 12

يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ

● mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. ●

e) Mencatit apa sahaja perbuatan manusia, perkataan yang di tuturkan manusia, termasuk mencatit apa yang 'TERLINTAS' Dalam MINDA / SUDUR :

Al-Hajj : 52

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ وَلَا نَبِىٍّ إِلَّآ إِذَا تَمَنّٰىٓ أَلْقَى الشَّيْطٰنُ فِىٓ أُمْنِيَّتِهِۦ فَيَنسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِى الشَّيْطٰنُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ ءَايٰتِهِۦ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

● Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, SYAITAN pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah MENCATATKAN (YANSAKHU) apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, ●

An-Nas : 5

الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ

● yang membisikkan (kejahatan) ke dalam SUDUR / MINDA manusia, ●

Sesungguhnya apa yang TERLINTAS sebenarnya kebenyakannya adalah BISIKAN SYAITAN pada MINDA kita. Semua itu DI CATITKAN.

Qaf : 16

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسٰنَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِۦ نَفْسُهُۥ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

● Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh DIRINYA (NAFSUHU), dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, ●

Al-Jasiyah : 29

هٰذَا كِتٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

● (Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh MENCATAT (NASTANSIKH) apa yang telah kamu kerjakan". ●

Qaf : 17

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ

● ketika dua (malaikat) mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. ●

Qaf : 18

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

● Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya (malaikat) PENGAWAS (RAQIB) yang SENTIASA BERSEDIA ('ATIID)
 ●

f) Membawa / Memikul TABUT.

Al-Baqarah : 248

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ ءَايَةَ مُلْكِهِۦٓ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ ءَالُ مُوسٰى وَءَالُ هٰرُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلٰٓئِكَةُ ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

● Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya TABUT kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu  DI BAWA / DI PIKUL (TAHMILUHU) MALAIKAT. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman. ●

(InsyaAllah, akan ada artikel tentang TABUT ini di tulis nanti.)

g) Memikul 'Arasy

Al-Mu'min : 7

الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُۥ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِۦ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَىْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

● Yang MEMIKUL / 'BEAR' (YAHMILU) 'ARASY dan SESIAPA (MAN) yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala, ●

Ayat di atas secara meskipun tidak di nyatakan secara jelas siapa yang memikul atau menanggung 'Arasy, namun pada ayat Allah yang lain Allah menerangkan :

Al-Haqqah : 17

وَالْمَلَكُ عَلٰىٓ أَرْجَآئِهَا ۚ وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمٰنِيَةٌ

● Dan MALAIKAT-MALAIKAT (AL-MALAKU) berada di HUJUNG LANGIT. Dan pada hari itu LAPAN orang malaikat MEMIKUL / MENANGGUNG (YAHMIL) 'ARASY Tuhanmu di atas mereka. ●

h) Memohon keampunan kepada orang beriman yang bertaubat atau kembali kepada Allah. (Al-Mukmin (40):7 di atas).

i) Menolong manusia dalam peperangan

Al-Anfal : 9

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّى مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلٰٓئِكَةِ مُرْدِفِينَ

● (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan SERIBU MALAIKAT yang datang berturut-turut". ●

j) Malaikat menjadi SAKSI atau Menyaksikan KEESAAN ALLAH.

Ali 'Imran : 18

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلٰٓئِكَةُ وَأُولُوا الْعِلْمِ قَآئِمًۢا بِالْقِسْطِ ۚ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

● Allah MENYAKSIKAN bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, Para MALAIKAT dan orang-orang yang berilmu, berdiri tegak atas keadilan. Tak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ●

k) Malaikat juga menjadi SAKSI atau Menyaksikan kebenaran Al-Quran.

An-Nisa' : 166

لّٰكِنِ اللَّهُ يَشْهَدُ بِمَآ أَنزَلَ إِلَيْكَ ۖ أَنزَلَهُۥ بِعِلْمِهِۦ ۖ وَالْمَلٰٓئِكَةُ يَشْهَدُونَ ۚ وَكَفٰى بِاللَّهِ شَهِيدًا

● (Mereka tidak mau mengakui yang diturunkan kepadamu itu), tetapi Allah MENGAKUI / MENYAKSIKAN (YASYHADU) Al Quran yang diturunkan-Nya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya; dan MALIKAT-MALAIKAT pun MENJADI SAKSI (pula). Cukuplah Allah yang MENYAKSIKAN / MENGAKUI nya. ●

l) Mengiring dan Menjadi Saksi kepada manusia di hari kiamat.

Qaf : 21

وَجَآءَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَّعَهَا سَآئِقٌ وَشَهِيدٌ

● Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang (malaikat) PENGIRING (SAA`IKUN) dan seorang (malaikat) PENYAKSI (SYAHID). ●

m) Mengajar kepada syaitan sebagai Ujian/Fitnah dan Syaitan mengajar Sihir kepada manusia

Al-Baqarah : 102

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُوا الشَّيٰطِينُ عَلٰى مُلْكِ سُلَيْمٰنَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمٰنُ وَلٰكِنَّ الشَّيٰطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هٰرُوتَ وَمٰرُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتّٰى يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦ ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرٰىهُ مَا لَهُۥ فِى الْءَاخِرَةِ مِنْ خَلٰقٍ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

● Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka (syaitan-syaitan) mengajarkan SIHIR kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada DUA MALAIKAT (MALAKAINI) di negeri Babil (Babylon) iaitu HARUT dan MARUT, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya CUBAAN/UJIAN/FITNAH sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat (dengan sihirnya) kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. ●

Perlu di fahami, Syaitan yang menggunakan apa yang di pelajari dari Malaikat-malaikat itu (Harut dan Marut) itu dan mengubahnya menjadi SIHIR dan mengajar manusia sihir tersebut.

Allah dengan jelas mengatakan apa yang di pelajari dari Malaikat itu sebenarnya tidak ada Mudharat dan tidak ada Manfaat. Ianya hanya sebagai UJIAN/FITNAH di mana jika di gunakan untuk tujuan Memudharatkan orang lain seperti menceraikan pasangan berkahwin, ianya boleh berlaku hanya dengan Izin Allah.

9) Mengapa IBLIS memperdayakan Adam dengan menyebut Malaikat?

Al-A'raf : 20

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطٰنُ لِيُبْدِىَ لَهُمَا مَا وُۥرِىَ عَنْهُمَا مِن سَوْءٰتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهٰىكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّآ أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخٰلِدِينَ

● Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu BERDUA tidak menjadi MALAIKAT (MALAKAINI) atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga)". ●

Yang ini pendapat saya (boleh argue jika para pembaca di beri Ilmu oleh Allah) :

****
Di sebabkan Malaikat adalah ciptaan Allah yang sentiasa taat kepada Allah, maka IBLIS ini menggunakan nama Malaikat untuk meyakinkan Adam yang larangan Allah itu adalah bertujuan supaya Adam tidak dapat menjadi Malaikat dan tidak dapat mendiami Syurga selamanya. Sesungguhnya sangat halus dan tajam TIPU-DAYA Syaitan ini.
*****

10) Manusia kah atau Malaikat kah lebih Mulia ?

Sudah tentunya Manusia sebab itu Allah suruh Malaikat bersujud kepada Adam = Bapa Manusia.

Mengapa kah manusia lebih mulia ?

Kerana adanya AR-RUH pada manusia :

Sad : 72

فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا لَهُۥ سٰجِدِينَ

● Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya RUH-Ku (RUHI), maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya. ●

Ayat di atas jelas, hanya sesudah RUH di masukkan baru seluruh Malaikat di suruh bersujud kepada Adam.

11) Dari kajian Fisiks, bagaimana boleh di gambarkan Malaikat itu ?

Boleh kah soalan ini di keluarkan ?

Boleh kah kita menggambarkan atau menyifatkan bagaimana Malaikat itu?

Hanya Allah yang kita tidak boleh gambarkan atau ukur atau membuat perbandingan; SEBAB memang tak boleh.

Selagi ianya makhluk ciptaan Allah, maka boleh sebab selain Allah, semua boleh di ukur atau Measure atau di quantify.

Dan Malaikat bukan sesekali atau tidak sesekali menjadi PARTNER atau SEKUTU Allah dalam mengurus dan mencipta segala sesuatu.

Segala Kuasa atau Tenaga adalah Milik Allah dan dari Allah, maka Malaikat ini di beri tenaga yang cukup untuk melakukan tugas2 mereka.

----

Apakah tugas utama Malaikat? MENYAMPAIKAN / MEMBAWA / MEMIKUL Mesej Berupa AMR / Perintah / Arahan Allah.

Ad-Dukhan : 4

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

● Pada malam itu dijelaskan/dibezakan (YUFRAQU) setiap AMR/Perintah yang penuh hikmah, ●

Ad-Dukhan : 5

أَمْرًا مِّنْ عِندِنَآ ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

● (iaitu) AMR/Perintah dari SISI KAMI ('INDINA). Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus RASUL-RASUL (MURSALIN), ●

Malaikatlah makhluk yang DI SISI ALLAH, PEMBAWA MESEJ (Rasul-rasul) berupa AMR/Perintah Allah ini.

----

Alam Semesta ini terdiri dari 2 benda terbesar = As-Sama` atau LANGIT atau SPACE dan lagi satu Al-Ardh atau segala objek kelihatan berjisim seperti Bumi dan segala Planet-Planet.

Juga Alam Semesta atau Universe ini ada TENAGA atau ENERGY dan ada juga MATTER atau Objek Solid.

Namun pada Kuantum Fisiks, MATTER atau Solid Matter, benda berjisim itu TIDAK WUJUD atau MATTER does not exist. Yang ada, yang menampakkan seolah-olah MATTER itu nyata adalah RASA SEDAR atau Conciusness kita. Dan Matter yang 'kelihatan nyata' itu sebenarnya pula bersifat GELOMBANG atau WAVES yang sebenarnya adalah hasil Pergerakan atau Perubahan TENAGA atau ENERGY.

Mari kita perhatikan Firman Allah tentang ENERGY atau TENAGA ini :

Az-Zariyat : 1

وَالذّٰرِيٰتِ ذَرْوًا

● By THOSE SCATTERING (AZ-ZARIYAT), DISPERSING (DISTRIBUTING to WIDE AREA / ZARWA). ●

Disperse dalam English amat sukar untuk di terjemah dalam bahasa Melayu. Ianya bukan 'Bersurai'.

Az-Zariyat : 2

فَالْحٰمِلٰتِ وِقْرًا

● dan YANG MEMBAWA / MENANGGUNG (HAMILAT) BEBAN / LOAD (WIQRA), ●

HAMIL = Mengandung / Memikul / 'Bear' / Membawa / Menanggung

Az-Zariyat : 3

فَالْجٰرِيٰتِ يُسْرًا

● dan YANG BERLUNCUR dengan mudah. ●

Az-Zariyat : 4

فَالْمُقَسِّمٰتِ أَمْرًا

● dan yang membahagi-bahagikan ARAHAN (AMRA), ●

Ayat-ayat di atas sampai sekarang kerana kurangnya KAJIAN untuk memahami MAKSUD sebenar Al-Quran, termasuk memahami ILMU FISIKS, telah banyak terjemahannya di katakan 'angin yang menerbangkan debu' lah, 'kapal yang belayar dengan mudah' lah ; sedangkan tiada perkataan Arab yang memungkinkan bermaksud ANGIN mahupun KAPAL belayar.

Mari kita masuk dalam sikit.

Apakah ciptaan Allah yang paling banyak ?

Yang SCATTER atau SPREAD OUT di Alam Semesta ini adalah TENAGA. Di keliling kita penuh dengan ENERGY yang bergelombang. Dan Gelombang memang bergetar pada FREQUENCY tertentu.

Dan Tenaga yang Di DISPERSE ini MENGANDUNGI DATA.

Dan TENAGA ini menghasilkan GELOMBANG atau WAVES.

Dan Gelombang atau WAVES memang bersifat MELUNCUR atau MELALUI SPACE atau RUANG UDARA atau TIDAK BERUDARA (VACUUM) dengan amat MUDAH.

Di Ruang ANGKASA atau SPACE atau AS-SAMA` = memang penuh dengan GELOMBANG. Siapa tak percaya ada GELOMBANG zaman ini memang JAHIL sebab Hp yang tak berwayar itu mendapat data berupa Tulisan, Audio dan Video adalah datangnya dari WAVES atau GELOMBANG yang membawa DATA-DATA.

Pada DATA - DATA itu terdapat COMMAND set atau ARAHAN-ARAHAN.

Siapa kah makhluk ini ?

(Yang lebih tepat adalah siapakah AMR ini ?

Makhluk = Ciptaan Zahir, AMR = Ciptaan Batin.

Lahu Khalqu Wal Amru = Kepunyaan Dia Ciptaan Zahir dan Ciptaan Batin (7:54)

Al-A'raf : 54

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِى الَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُۥ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرٰتٍۭ بِأَمْرِهِۦٓ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعٰلَمِينَ

● ... Ingatlah, Kepunyaan-Nyalah Ciptaan Zahir dan Ciptaan Batin. .. ●)


Yang di ceritakan sebagai THOSE SCATTERING, DISPERSING, CARRYING LOAD, SAILING with EASE dan DISTRIBUTING COMMAND atau AMR ini, mestilah Makhluk atau Ciptaan Allah.

Deduksinya jelas, bahawa inilah MALAIKAT. Ini berdasarkan kaitan tentang ayat-ayat Allah yang lain tentang HAMILAT atau YAHMILU yang bermaksud MENANGGUNG atau MEMIKUL beban. Contohnya Yang Menanggung atau Memikul 'Arasy adalah jelas sekali MALAIKAT.

Malaikatlah yang membuat kerja-kerja PEMBAWA MESEJ berupa AMR/Arahan ini dengan PANTAS tanpa ENGKAR kepada Allah.

Malaikatlah TENAGA atau ENERGY tersebut yang bergerak dengan sangat laju iaitu 50  kali kelajuan cahaya.

Manakala AMR juga adalah suatu TENAGA dan ENERY juga yang berkelajuan cahaya. AMR inilah penuh dengan Data-data, Command Set, Arahan-Arahan juga di panggil Signal.

Dan Tenaga ini kita hanya boleh lihat kesannya pada Gelombang atau Waves yang boleh di ukur atau MEASURE.

Dan semua GELOMBANG atau WAVES ini bergeraknya adalah dalam bentuk RADIASI, sebab itu ianya DISPERSE.

Dalam Fisiks kita akan temukan sesuatu yang di Panggil 'CARRIER' FREQUENCY.

Carrier Frequency bermaksud Frequency Yang MENANGGUNG atau MEMIKUL atau MEMBAWA (HAMILAT) Signal/Data Frequency.

Carrier Frequency adalah lebih tinggi dari Signal Frequency. Ini semua adalah FAKTA dalam Radio Frequency Communication.

Lagi tinggi Carrier Frequency, lagi jauhlah TENAGA boleh di RADIATE.

Lagi Tinggi Frequency, lagi LAJU kadar tenaga itu bergerak.

F = 1/T

-----

Mari kita TADABBUR kaitan antara 3 AYAT di bawah:

Al-Ma'arij : 4

تَعْرُجُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

● MALA`IKAH dan AR-RUH  TA'RUJU kepada Tuhan dalam SEHARI yang kadarnya LIMA PULUH RIBU TAHUN. ●

As-Sajdah : 5

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَآءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥٓ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

● Dia MENTADBIR (DI BELAKANG) (YUDABBIRU) AL-AMR (ARAHAN/COMMAND/DATA) dari langit ke bumi, kemudian (AL-AMR) itu YA'RUJU (KEMBALI) kepada-Nya dalam SATU HARI yang kadarnya adalah SERIBU TAHUN menurut perhitunganmu. ●

Az-Zariyat : 4

فَالْمُقَسِّمٰتِ أَمْرًا

● dan yang membahagi-bahagikan ARAHAN (AMRA), ●

Jelas, Malaikat lah yang MEMBAWA AMR atau Arahan atau Command Set atau Data atau Informasi dan membahagi-bahagikan nya.

MALAIKAT yang berkelajuan lebih tinggi, JELAS menjadi 'CARRIER' or BEARER FREQUENCY yang MEMBAWA Data/Signal/Arahan/AMR ini yang berfrequency lebih rendah dari Frequency PEMBAWA ini.



Gambarajah di atas, Modulating Signal adalah Data/Arahan/Command Signal dan mempunyai frequency lebih rendah dari CARRIER FREQUENCY.

Kadar kelajuan 1 hari = 1000 tahun, sekali lagi telah di buktikan ULAMAK FISIKS bahawa itulah kelajuan CAHAYA.

Namun, PEMBAWA kepada DATA ini, menurut ayat Al-Quran mempunyai kelajuan 50 kali lebih laju dari kelajuan Cahaya. Itulah Kelajuan Malaikat. Itu jugalah kelajuan CARRIER FREQUENCY ini.

Subhanallah.

Al-Quran KALAM ALLAH adalah kebenaran tanpa RAGU. Dan segalanya sudah di TAFSILKAN = di terangkan secara terperinci.

Maka bila kita (yang sepatutnya kena JADI ULAMAK FISIKS atau apa sahaja ILMU di dunia ini) buat pemerhatian, kajian, eksperimen, ianya Terbukti BENAR. Inilah yang di panggil AYATINA = Ayat-ayat Kami = bukti atau tanda benarnya Kalam Allah, maka keimanan pasti bertambah kepada Allah Ta'ala.

-----

Tenaga asalnya dari Mana ?

Tenaga berasal dari FORCE atau DAYA.

Sekarang kita pergi pula kepada 2 DAYA atau FORCE di Alam Semesta ini.

Force atau DAYA inilah yang di maksudkan dengan QUWWATA.

Annal Quwwata Lillahi Jami'a. (2:165) - "Sessungguhnya segala kekuatan itu seluruhnya kepunyaan Allah"

La Quwwata illa Billah. (18:39) - "Tiada kekuatan melainkan dengan Allah"

Namun, berdasarkan ayat-ayat Allah juga, ada satu lagi Ciptaan Batin atau AMR yang Allah beri KEKUATAN / FORCE kepadanya.

(Sila baca - 
http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2015/01/siapakah-ruh.html?m=1)

Berdasarkan penemuan FISIKS terbaru hanya ada 2 FORCE sahaja:

Satu Daya Graviti.
Satu lagi Daya Elektromagnet.

Daya GRAVITI pada Black Hole adalah INFINITI iaitu tidak dapat di ukur berapa besar, dan daya ini pulalah yang menghasilkan DAYA ELEKTROMAGNET yang BERRADIASI sebagai TENAGA berbentuk GELOMBANG. Bila ia bergelombang, maka ia bergetar.

Infiniti adalah sesuatu yang tidak dapat di ukur, tak dapat di ketahui, tak dapat di bandingkan, makanya berdasarkan Kalam Allah dan dalil ilmu FISIKS jelaslah segala KEKUATAN atau FORCE adalah kepunyaan Allah dan bersumber hanya dari Allah. Sebab, apa sahaja yang tidak dapat di nisbahkan kepada Makhluk sebab tak boleh di banding dan di ukur, maka yang layaknya hanyalah kepada Sifat Allah.

Dari DAYA yang di panggil Graviti yang tersangat KUAT tak boleh di ukur inilah terhasilnya DAYA Elektromagnet yang BERADIASI, SCATTERING and DISPERSING dan PATAH KEMBALI = inilah TA'RUJU kepada DAYA 'GRAVITI' ini kembali.



Tiada mana-mana Saintis atau ULAMAK Fisiks yang boleh tahu apa yang terjadi di dalam Black Hole, melainkan segalanya kelihatan MUSNAH di dalam Black Hole termasuk Cahaya. 'Black Hole' hanyalah nama yang di berikan kepada sesuatu yang TIDAK DI KETAHUI BAGAIMANA NAK DI TERANGKAN oleh Saintis sebab TAK BOLEH NAK UKUR. Namun, ianya di KETAHUI WUJUD dan MEMPUNYAI DAYA atau FORCE yang sangat kuat (tak boleh measure = INFINITI) yang menarik atau menelan apa sahaja.

Di Black Hole itu pula TIADA RUANGWAKTU atau pada Black Hole itu adalah Zero Volume atau sebenarnya bukan terlingkung di dalam SPACETIME (Ruang Waktu). Ianya tidak boleh di panggil apa2 sebab tidak di ketahui, bagaimana keadaannya, namun ianya ADA.


Model Alam Semesta

Terpisahnya Black Hole ini dengan Alam yang ada RuangWaktu atau SpaceTime adalah dengan sesuatu yang ULAMAK FISIKS sebut sebagai 'Event Horizon'. Horizon bermaksud Boundaries atau Batas. Event Horizon yang di namakan oleh ULAMAK FISIKS inilah yang boleh di katakan pemerhatian kebenaran kepada Kalam Allah yang bermaksud 'ARASY Allah. 'Arasy bermaksud SINGGAHSANA yang memisahkan seorang Raja dan bukan Raja, dan ianya adalah kawasan larangan.

MAKA, jika 'Arasy itu adalah Singgahsana yang mempunyai batas yang memisahkan, maka Event Horizon inilah yang secara konklusifnya di sebut sebagai 'Arasy.

As-Sama` atau LANGIT atau RUANG ANGKASA atau SPACE, hujung AS-SAMA` itulah 'Arasy Allah. Perhatikan firman Allah ini sekali lagi :

Al-Haqqah : 16

وَانشَقَّتِ السَّمَآءُ فَهِىَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ

● dan terbelahlah LANGIT (AS-SAMA`) karena pada hari itu langit menjadi lemah. ●

Al-Haqqah : 17

وَالْمَلَكُ عَلٰىٓ أَرْجَآئِهَا ۚ وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمٰنِيَةٌ

● Dan MALAIKAT-MALAIKAT (AL-MALAKU) berada di HUJUNG (EDGES) LANGIT. Dan pada hari itu LAPAN (malaikat) MEMIKUL (YAHMIL) 'Arsy Tuhanmu di atas mereka. ●

Perlu di fahami bahawa Black Hole itu ada pada setiap CENTER of Nucleus pada setiap atom. Di tengah2 Black Hole itu di sebut 'SINGULARITY' / AHAD.

Ini bermakna, pada setiap zarah atau atom itu ada Black Hole, pada setiap proton, neutron dah electon atau apa sahaja Gelaran bagi 'partikel' terkecil yang akan di temui ULAMA FISIKS nanti.

Ini juga bermakna pada setiap proton, neutron atau electron juga (di dalam dan di luar diri kita) itu ada Event Horizon atau 'Arasy Allah yang memisahkan WUJUD DIA dan Ciptaan-Nya.

Makanya Black Hole dan Event Horizon itu juga ada di dalam kita dan di sekeliling kita, dan SANGAT DEKAT dengan kita dan tidak SEKALI-KALI JAUH :

Qaf : 16

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسٰنَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِۦ نَفْسُهُۥ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

● Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh DIRINYA (NAFSUHU), dan KAMI (NAHNU) lebih DEKAT (AQRABU) kepadanya daripada urat lehernya, ●

(Pemahaman yang mengatakan Allah itu nun JAUH di atas kepala kita di atas Langit yang tujuh di atas 'Arasy (dengan maksud Langit dan 'Arasy yang juga tidak di fahami) dan Allah tidak berada di bumi itu BATIL dan TIDAK BERIMAN dengan Allah yang mengatakan dia AQRAB dengan kita).

Ini juga membuktikan Allah WUJUD MELIPUTI 'SPACIOUSLY' (Wasi'un dan Muhit°o) at every 'NOT Where'.

'NOT Where' tu bermaksud di bukan RUANGWAKTU = tiada ruang dan tiada waktu di situ.

-----
Ada Infiniti di 'dalam' benda Finite.
Ada NON-SPACETIME di 'dalam' SPACETIME.
-----

Malaikat atau AMR atau keseluruhan ENERGY berGELOMBANG ini cuma 'KEMBALI' sampai di Event Horizon sahaja, mengelilingi 'Arasy tersebut dan meneruskan titah perintah Allah di LANGIT dan Bumi. (Lihat video di atas).

Malaikatlah makhluk yang paling DEKAT dengan Allah.

Al-Ma'arij : 4

تَعْرُجُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

● MALA`IKAH dan AR-RUH  TA'RUJU kepada Tuhan dalam SEHARI yang kadarnya LIMA PULUH RIBU TAHUN. ●

TA'RUJU = Kembali.

====
Tabarakallazi biyadihil Mulk.
Wahuwa 'ala kulli syai`in Qadir.

Allah Al-Wasi'
Allah Al-Muhit°

====















Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA