Langkau ke kandungan utama

Apa nak buat di bawah Pemerintahan Orang Fasad

Apa nak buat di bawah Pemerintahan Orang Fasad

(Date written : 24 Jul 2016)

1) Kena Faham apa itu Orang Fasad atau Mufsidiin.

Fasad yang berasal dari 3 huruf dasar FA SIN DAL, dan variasi perkataannya, MUFSIDIIN, YUFSIDU, TUFSIDU, LAFASADATA dan lain-lain di sebut sebanyak 50 kali di dalam Al-Quran.

Terjemahan nusantara biasanya Fasad di terjemahkan kepada 'kerosakan'.

Manakala terjemahan English, Fasad di terjemahkan kepada 'Spreading Corruption'.

Namun, yang terutama sekali untuk kita memahami apa itu FASAD adalah dengan mencari lawan perkataannya dan ianya adalah S°OLEH :

Al-Baqarah : 11

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِى الْأَرْضِ قَالُوٓا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ

● Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat FASAD / 'kerosakan' / 'Corruption' (TUFSIDU) di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan / penambah-baikan (MUS°LIHIN)". ●

S°OLEH adalah pekerjaan yang MEMPERBAIKI (IMPROVEMENT) atau MENAMBAH-BAIKI dan ianya termasuk membaiki diri dari kesalahan lalu setelah meminta ampun dan kembali kepada Allah, menimba pelbagai Ilmu Allah dan membuat, menambah-baik, mencipta, merekabentuk, apa-apa proses ataupun sistem yang akan mencepatkan penghasilan (output) atau EFFICIENCY atau meninggikan Kualiti kerja (EFFECTIVE).

Lawan kepada Amalan S°OLEH atau 'Improvement' adalah FASAD iaitu ia bukan menuju kepada Lagi Baik malah sebaliknya Lagi Merosakkan, Lagi Teruk, Lagi Buruk, Lagi Menghancurkan.

FASAD dalam erti-kata yang luas bermaksud CORRUPTION (Rasuah), TURMOIL (Huru-hara), REPRESSION (Penindasan), UNJUST (Ketidakadilan), MISCONDUCT (Salah laku), DISHONESTY (KETIDAKJUJURAN), FRAUD (Penipuan), CRIME (Jenayah), WRONG-DOING (Kesalahan), Melakukan perbuatan KEJI (FAHISYAH) yang di buat TERANG-TERANGAN, dan hasilnya adalah MEROSAKKAN atau KEROSAKAN.

Membaiki Lawannya Merosakkan.

Al-Baqarah : 220

فِى الدُّنْيَا وَالْءَاخِرَةِ ۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ الْيَتٰمٰى ۖ قُلْ إِصْلَاحٌ لَّهُمْ خَيْرٌ ۖ وَإِن تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوٰنُكُمْ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ الْمُفْسِدَ مِنَ الْمُصْلِحِ ۚ وَلَوْ شَآءَ اللَّهُ لَأَعْنَتَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

● ... dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan (MUFSIDU) dari yang mengadakan perbaikan (MUS°LIH). ... ●

Crime atau Jenayah bermaksud sehingga kepada Pembunuhan, kemudian Merasuah para Hakim untuk melindungi dari di Hukum, Yang Bersalah tidak di hukum malah di puji, Yang Tidak Bersalah pula di hukum - ini juga adalah FASAD sebab tiada KEADILAN.

Inilah (Fasad ini) 'pengetahuan' para Malaikat tatkala Allah Ta'ala menyampaikan kehendakNya kepada para Malaikat :

Al-Baqarah : 30

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوٓا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

● Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat FASAD (YUFSIDU) padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". ●

Namun Allah Lebih Mengetahui dari para Malaikat tentang ciptaanNya yang bergelar An-Nas atau manusia ini yang bertanggung-jawab sebagai Khalifah. Tidak semua manusia yang akan melakukan FASAD dan ada sebahagian manusia yang akan bertindak untuk KEADILAN. Moga kita tergolong orang yang menegakkan keadilan.

Al-Baqarah : 251

فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ اللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُۥدُ جَالُوتَ وَءَاتٰىهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُۥ مِمَّا يَشَآءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلٰكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعٰلَمِينَ

● ... Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah (LAFASADATI) bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam. ●

Mari kita tadabbur benar-benar Firman Allah ini :

Al-Anbiya : 22

لَوْ كَانَ فِيهِمَآ ءَالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحٰنَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

● Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa (LAFASADATA). Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. ●

Bayangkanlah kalau pada Alam Semesta ini mempunyai 2 atau 3 Tuhan selain Allah. Memang Pasti ROSAK BINASA lah keadaan di bumi kerana Tuhan yang lain akan ada Ciptaan mereka sendiri dan akan terjadilah peperangan dalam merebut kuasa, pembunuhan maka terjadilah TURMOIL atau Huru-hara di muka bumi.

Al-Mu'minun : 91

مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِن وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُۥ مِنْ إِلٰهٍ ۚ إِذًا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلٰهٍۭ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلٰى بَعْضٍ ۚ سُبْحٰنَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ

● Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu, ●

[Ayat di atas adalah DALIL atau FAKTA atau BUKTI terbesar mengapa 'LA ILAHA ILLALLAH' itu adalah perkataan PASTI tanpa RAGU. Kita semuanya cuma ada Satu Tuhan = Al-ILAH = Allah.]

Demikianlah BESARNYA akan maksud FASAD yang sangat perlu kita Muslim Mukmin fahami, sehingga Allah membuat perbandingan tentang adanya 2 atau lebih tuhan di alam semesta ini yang akan menjurus kepada FASAD.

Lagi firman Allah :

Al-Mu'minun : 71

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَآءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنٰهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ

● Andaikata kebenaran (HAQ) itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti rosak binasalah (LAFASADATI) langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka Peringatan (ZIKRIHIM /Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari Peringatan itu. ●

Ayat di atas menceritakan yang HAQ itu datangnya dari Allah semata-mata menerusi WahyuNya, itulah Neraca Kebenaran dan Kebatilan dan ianya penuh Ilmu dan bukannya mengikut HAWA NAFS yang akan membawa kepada KEROSAKAN atau FASAD.

Kita wajib berpegang kepada yang HAQ iaitu Ajaran Kitab Wahyu untuk memerangi FASAD ini. Memang Allah menciptakan sebahagian manusia yang lain untuk menghapuskan FASAD di bumi ini (Al-Baqarah:251).

Kita di larang sama sekali untuk MEMBUAT ataupun MENCARI-CARI mahupun MENGIKUTI orang yang melakukan FASAD :

Al-Qasas : 77

وَابْتَغِ فِيمَآ ءَاتٰىكَ اللَّهُ الدَّارَ الْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِى الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

● ... dan janganlah kamu mencari / 'seek' (TABI') untuk berbuat kerosakan (FASAD) di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan (MUFSIDIN). ●


2) Kena lihat apa Uswatun Hasanah para Rasul Nabi zaman dahulu.

a) Kisah Rasul Nabi Musa :

Fir'aun adalah MUFSIDIIN atau orang yang melakukan FASAD :

Al-Qasas : 4

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِى الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَآئِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَآءَهُمْ وَيَسْتَحْىِۦ نِسَآءَهُمْ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

● Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah (SYIYA'AA), dengan menindas (YASTAD°IFU) segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan (MUFSIDIIN). ●

----

Ayat di atas mengandungi banyak pelajaran atau Ilmu. Perpecahan atau BERPUAK-PUAK ada banyak tatkala kita di perintah orang yang melakukan FASAD. Kita orang yang mengaku Muslim Mukmin, berapa banyak Puak kita ada ?

Al-An'am : 159

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِى شَىْءٍ ۚ إِنَّمَآ أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah (FARRAQU) DEEN-Nya dan mereka menjadi BERPUAK-PUAK (SYIYA'AA), tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. ●

Kenalilah golongan yang ini :

Ali 'Imran : 78

وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُۥنَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتٰبِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتٰبِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

● Sesungguhnya diantara mereka ada segolongan (FARIQAN) yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui. ●

Ar-Rum : 31

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, ●

Ar-Rum : 32

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا ۖ كُلُّ حِزْبٍۭ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

● IAITU orang-orang yang memecah-belah (FARRAQU) DEEN  mereka dan mereka menjadi beberapa puak (SYIYA'AA). Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. ●

Orang yang berpuak-puak itu SYIRIK (bukan saya kata).

-----

Penindasan adalah perkara biasa dan JENAYAH bermaharaja-lela. Inilah FASAD.

Apa yang Rasul Nabi Musa BUAT ?

MENYAMPAIKAN PERINGATAN dari ALLAH secara LEMBUT, TERUS dan TERANG kepada Fir'aun :

Ta Ha : 24

اذْهَبْ إِلٰى فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغٰى

Pergilah (AZHAB) kepada Fir'aun; sesungguhnya ia telah melampaui batas". ●

Ta Ha : 44

فَقُولَا لَهُۥ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشٰى

● maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut (LAYYINAN), mudah-mudahan ia ingat (YATAZAKKARU) atau takut (YAKHSYA) ". ●


Kemudian Rasul Nabi Musa mendapat Fitnah :

Al-Mu'min : 26

وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُونِىٓ أَقْتُلْ مُوسٰى وَلْيَدْعُ رَبَّهُۥٓ ۖ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يُبَدِّلَ دِينَكُمْ أَوْ أَن يُظْهِرَ فِى الْأَرْضِ الْفَسَادَ

● Dan berkata Fir'aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar DEEN kamu atau menimbulkan kerosakan (FASAD) di muka bumi". ●


Al-A'raf : 127

وَقَالَ الْمَلَأُ مِن قَوْمِ فِرْعَوْنَ أَتَذَرُ مُوسٰى وَقَوْمَهُۥ لِيُفْسِدُوا فِى الْأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَءَالِهَتَكَ ۚ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَآءَهُمْ وَنَسْتَحْىِۦ نِسَآءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قٰهِرُونَ

● Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Fir'aun (kepada Fir'aun): "Apakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan (YUFSIDU) di bumi ini dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?". Fir'aun menjawab: "Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka". ●

Fitnah kepada Rasul Nabi Musa adalah dia pulak di TUDUH melakukan FASAD.


b) Kisah Rasul Nabi Lut° :

FASAD juga adalah melakukan perbuatan KEJI (FAHISYAH) TERANG-TERANGAN :

An-Naml : 54

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِۦٓ أَتَأْتُونَ الْفٰحِشَةَ وَأَنتُمْ تُبْصِرُونَ

● Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji (FAAHISYAH) itu sedang kamu memperlihatkan (TUBS°IRUUN) ?" ●

Ramai manusia mengaku Muslim Mukmin juga berbuat perbuatan keji. Namun ada beza BESAR jika perbuatan KEJI itu di pertontonkan di khalayak RAMAI tanpa segan silu dan tidak rasa bersalah MALAH bangga. Inilah suatu FASAD.

Apa yang Rasul Nabi Lut° BUAT ?

DIA MENYAMPAIKAN TERUS PERINGATAN dan AMARAN ALLAH kepada kaumnya :

Al-A'raf : 80

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِۦٓ أَتَأْتُونَ الْفٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّنَ الْعٰلَمِينَ

● Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan KEJI (FAAHISYAH) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?" ●

Sama juga, Rasul Nabi Lut° juga mendapat Fitnah :

Al-A'raf : 82

وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓا أَخْرِجُوهُم مِّن قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

● Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Lut° dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri". ●

'Berpura-pura bersih atau mensucikan diri' inilah Fitnah yang di berikan kepada Rasul Nabi Lut° dan pengikutnya.

Juga di USIR (AKHRIJU) :

Asy-Syu'ara' : 167

قَالُوا لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمُخْرَجِينَ

● Mereka menjawab: "Hai Lut°, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir (MUKHRAJIIN). " ●

'Jika kamu tidak berhenti' membawa maksud Peringatan Allah di sampaikan terus-menerus iaitu Istiqamah.

An-Naml : 56

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓا أَخْرِجُوٓا ءَالَ لُوطٍ مِّن قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

● Maka tidak lain jawaban kaumnya melainkan mengatakan: "Usirlah (AKHRIJU) Lut° beserta keluarganya dari negerimu; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwakan dirinya) bersih". ●

Ini pula adalah Doa sebagai Uswatun Hasanah (Contoh Terbaik) dari Rasul Nabi Lut°, dalam menghadapi atau duduk di bawah atau di kelilingi orang-orang FASAD :

Al-'Ankabut : 30

قَالَ رَبِّ انصُرْنِى عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ

● Lut° berdoa: "Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat  FASAD itu (MUFSIDIN)".

RABBIN-S°URNI 'ALAL-QAUMIL-MUFSIDIIN.

Asy-Syu'ara' : 169

رَبِّ نَجِّنِى وَأَهْلِى مِمَّا يَعْمَلُونَ

● (Lut° berdoa): "Ya Tuhanku selamatkanlah aku (NAJJINI) beserta keluargaku dari perbuatan yang mereka kerjakan". ●

RABBI NAJJINI WA AHLI MIMMA YA'MALUUN.

Apa beza kisah Rasul Nabi Musa dengan kisah Rasul Nabi Lut ° ?

Rasul Nabi Musa ada pengikutnya iaitu Bani atau keturunan Israil.

Sedangkan Rasul Nabi Lut° pengikutnya sangat sedikit dan isterinya sendiri tidak beriman.

At-Tahrim : 10

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ ۖ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صٰلِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْـًٔا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدّٰخِلِينَ

● Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut° sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". ●

Uswatun Hasanah yang kita dapati dari kisah ini adalah walaupun sedikit pengikut, namun kena bersatu dan peringatan Allah WAJIB di sampaikan.

Kemudian, hasilnya, Rasul Nabi Musa dan Nabi Lut° dan pengikutnya, di fitnah, di usir dan di ancam Bunuh.

Maka, setelah ada ANCAMAN itu, dan setelah MENYAMPAIKAN KEBENARAN dan PERINGATAN barulah Allah perintahkan BERHIJRAH :

Asy-Syu'ara' : 52

وَأَوْحَيْنَآ إِلٰى مُوسٰىٓ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِىٓ إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ

● Dan Kami wahyukan (perintahkan) kepada Musa: "Pergilah / Berjalanlah (`ASRI) di malam hari dengan membawa hamba-hamba-Ku (Bani Israil), kerana sesungguhnya kamu sekalian akan disusuli".●

Ayat di atas adalah perintah berhijrah kepada Rasul Nabi Musa.

Hud : 81

قَالُوا يٰلُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُوٓا إِلَيْكَ ۖ فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِّنَ الَّيْلِ وَلَا يَلْتَفِتْ مِنكُمْ أَحَدٌ إِلَّا امْرَأَتَكَ ۖ إِنَّهُۥ مُصِيبُهَا مَآ أَصَابَهُمْ ۚ إِنَّ مَوْعِدَهُمُ الصُّبْحُ ۚ أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ

● Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Lut°, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah (`ASRI) dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?". ●

Ayat di atas adalah perintah berhijrah kepada Rasul Nabi Lut°.

Apa terjadi selepas itu ?

Balasan apa pun dari Allah, samada kita di selamatkan atau terbunuh di jalan Allah, kita sudah menang dan mendapat ganjaran.

Al-Baqarah : 50

وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ

● Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu (ANJAINAKUM) dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan. ●

Al-Anbiya : 74

وَلُوطًا ءَاتَيْنٰهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَنَجَّيْنٰهُ مِنَ الْقَرْيَةِ الَّتِى كَانَت تَّعْمَلُ الْخَبٰٓئِثَ ۗ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فٰسِقِينَ

● dan kepada Lut° , Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia (NAJJAINAHU) dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasiq. ●

At-Taubah : 111

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرٰى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِى التَّوْرٰىةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْءَانِ ۚ وَمَنْ أَوْفٰى بِعَهْدِهِۦ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِى بَايَعْتُم بِهِۦ ۚ وَذٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

● Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan Jannah untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. ●

Allah juga membuat Perniagaan iaitu Jual Beli dengan kita - dengan NAFS atau Diri dan juga harta kita. Tawarannya adalah Jannah.


3) Kisah pertanyaan Malaikat

Firman Allah :

An-Nisa' : 97

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفّٰىهُمُ الْمَلٰٓئِكَةُ ظَالِمِىٓ أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِى الْأَرْضِ ۚ قَالُوٓا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وٰسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ فَأُولٰٓئِكَ مَأْوٰىهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَآءَتْ مَصِيرًا

● Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya (menzalimi) diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas (MUSTAD°'IFIIN) di bumi.". Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, ●

Jika kita duduk di bawah pemerintahan orang-orang yang melakukan FASAD sehingga kita tertindas, dah SETELAH MENYAMPAIKAN Kebenaran dan Peringatan dan kita masih di Tindas dan di Ancam keselamatan, maka baru WAJIB BERHIJRAH ke kawasan atau ke negara yang lain.

An-Nisa' : 98

إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَآءِ وَالْوِلْدٰنِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا

● kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah), ●

Semasa artikel ini di tulis, perhatikan tentang pelarian Syria ke negara lain. Mereka memang sudah WAJIB berhijrah. Fahamilah penderitaan dan penindasan yang telah berlaku di negara mereka, nescaya kita faham mengapa Allah mewajibkan hijrah.


4) Deduksi dan Kesimpulan.

a) Tiada suatu ayat Al-Quran pun yang menyuruh membunuh Firaun mahupun Kaum Nabi Lut° iaitu orang-orang yang melakukan FASAD. Ini bermaksud kita di larang melakukan 'ASSASIN' atau Pembunuhan secara Kejutan (Murder with Surprised Attack) atau pun Pembunuhan terang-terangan.

b) Yang disuruh Allah adalah MENYAMPAIKAN PERINGATAN ALLAH dengan Lemah Lembut dan JELAS dan secara KONSISTEN.

c) Namun sebelum itu, pengajaran dari ayat Al-Qasas:4 (dan banyak lagi ayat-ayat Allah yang lain) adalah kita muslim mukmin TIDAK BOLEH Berpuak-puak. Ini adalah kesan atau juga PUNCA mengapa kita Muslim Mukmin tidak kuat iaitu LEMAH. PERPECAHAN atau BERPUAK-PUAK inilah melemahkan. Kita Muslim Mukmin WAJIB bersatu dalam menegakkan kebenaran dan menyampaikan kebenaran dan peringatan Allah. Bila sudah tidak berpuak-puak baru bersatu dan baru ada kekuatan untuk bertindak dengan menyampaikan kebenaran kepada orang yang melakukan FASAD. Jika ini tidak berlaku bagaimana mungkin akan ada kekuatan. Makin bermaharaja-lelalah orang yang melakukan FASAD. Buanglah semua sikap berpuak-puak atau label-melabel, samada Wahabi, Sunni, Syiah, Khawarij, Salafi, Khalafi, Group Ayah Pin, Tabligh, Ikwanul Muslimin Hassan Al-Banna, Tarikat Sufi dan beratus lagi puak-puak yang mengaku Muslim! Kita semua MUSLIM maka bersatulah dalam penyerahan diri dan kepuasan diri kepada keredhaan Allah. Buanglah dengki sesama sendiri. Kembalilah kepada Deen yang Hanif.

d) Hasil atau IMPACT atau CONSEQUENCE kepada Penyampaian yang Haq itu kepada orang-orang yang melakukan FASAD akan menyebabkan diri kita di usir, di FITNAH atau di bunuh, maka perkara pertama yang kita kena lakukan adalah bersiap-sedia untuk Mati dan juga BERSABAR terhadap apa yang orang FASAD akan kata. Inilah perjuangan di jalan Allah. Inilah FiSABILILLAH.

e) Yang kita di arahkan adalah hanya menyampaikan kebenaran, peringatan dan amaran Allah kepada orang-orang yang melakukan FASAD. Dan kemudian Istiqamah atau Consistent dengan penyampaian peringatan itu dan BERSABAR akan apa sahaja yang berlaku kesan dari Penyampaian Peringatan itu sambil BERDOA meminta pertolongan Allah dan meminta perlindungan Allah untuk menyelamatkan kita dan ahli keluarga kita.

f) Jika sudah terlampau teruk sangat Penindasan berlaku sehingga SETELAH segala arahan Allah di buat iaitu menyampaikan kebenaran dan peringatan kepada Mufsidiin dan mereka masih berleluasa berkuasa, dan makin RAMAI pulak pengikut orang-orang FASAD ini, maka kita WAJIB berhijrah ke negara lain (An-Nisa`:97).

----
(Jika ada para pembaca yang lebih berilmu dan Takut Kepada Allah, silalah berikan ilmu Allah tersebut untuk di kongsi bersama.)

[Artikel ini berkemungkinan jauh dari lengkap mahupun sempurna. Yang Benar tanpa Ragu adalah segala Firman Allah. Sangatlah memerlukan para ULAMA yang Takut kepada Allah untuk berkongsi dalam menyampaikan Kebenaran.]

Moga Allah merahmati.

Allah Al-'Alim.
Allah Yang Mengetahui.

Bimbingi daku ke jalan MUSTAQIIM.
====
End.

Wa kafa billahi WALIYYA.
====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA