Langkau ke kandungan utama

Contoh Ayat Mutasyabihat

Contoh Ayat Mutasyabihat

(Date written : 15 Apr 2015)
(Last update : 17 Apr 2015)

Pengenalan

Ayat2 Al-Quran ada 2 jenis :

1) Ayat Muhkamat.
2) Ayat Mutsyabihat.

Sila rujuk -http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/12/mutasyaabihaat-bukan-samar-samar.html?m=1

Kali ini akan di terangkan contoh-contoh ayat-ayat Mutasyabihat yang banyak terdapat di dalam Al-Quran; dan bagaimana sesetengah perkataan di ULANG-ULANG dan di KAIT-KAITKAN untuk MENJELASKAN kepada kita dengan TEPAT apa maksud ayat-ayat Allah.

Contoh 1 

Al-Hijr : 1

الٓر ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ وَقُرْءَانٍ مُّبِينٍ

● Alif, laam, raa. INILAH ayat-ayat Al-Kitab, IAITU (WA) QURAN yang MENJELASKAN. ●

An-Naml : 1

طسٓ ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْقُرْءَانِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ

● T°aa Siin. INILAH ayat-ayat AL-QURAN, IAITU (WA) KITAB yang MENJELASKAN. ●

Pethatikan, Kitab dan Quran di gunakan secara "INTERCHANGEABLE" atau SILIH BERGANTI.

Juga perhatikan kata penyambung (conjuction) WA (WA Kitab/ WA Quran), tidak semestinya bermaksud DAN, dalam konteks ayat ini ianya bermaksud IAITU.

Al-Quran dari segi BAHASA, bermaksud BACAAN yang BERULANG-ULANG dan BERKAIT-KAITAN.

Allah menerangkan bahawa AL-QURAN itu adalah BUKU yang MENJELASKAN.

Allah juga menerangkan bahawa ADA SATU KITAB atau BUKU yang Sifatnya BUKU itu adalah SATU BACAAN yang BERULANG-ULANG dan KAIT-MENGAIT yang dengan itu ianya MENJELASKAN (MUBIN).

Contoh 2

Qaf : 39

فَاصْبِرْ عَلٰى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ

● Maka BERSABARLAH kamu terhadap apa yang mereka katakan dan BERTASBIHLAH sambil MEMUJI Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam(nya). ●

Qaf : 40

وَمِنَ الَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَأَدْبٰرَ السُّجُودِ

● Dan dari SEBAHAGIAN MALAM BERTASBIHLAH kamu kepadaNYA dan (di waktu) `ADBAARA SUJUD ●

At-T°ur : 48

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا ۖ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ

● Dan BERSABARLAH dalam menunggu ketetapan (HUKUM) Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan BERTASBIHLAH dengan MEMUJI Tuhanmu ketika kamu bangun BERDIRI (untuk SOLAT), ●


At-T°ur : 49

وَمِنَ الَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَإِدْبٰرَ النُّجُومِ

● dan BERTASBIHLAH kepada-Nya pada sebahagian malam dan (di waktu) `IDBAARA bintang-bintang (NUJUM). ●

MASYAALLAH - segala sesuatu adalah berlaku dengan KEHENDAK ALLAH.

Betapa Hebat Ayat Al-Quran yang berbentuk Mutasyabihat ini! Ianya adalah suatu SENI yang DI persembahkan dengan SANGAT SEMPURNA oleh Allah Yang Esa dan hanya DIA yang BOLEH MENYUSUN bahasa yang sebegini TERSUSUN.

Ia TIDAK SEDIKIT pun SAMAR-SAMAR bahkan KAITAN antara satu Ayat dengan Ayat yang lain yang HAMPIR MENYERUPAINYA - adalah LEBIH MENJELASKAN dengan TEPAT!

Mari kita lihat Olahannya :

1) 2 ayat surah Qaf hampir menyerupai 2 ayat surah At-T°ur - namun ada Perkataan yang SAMA di gunakan untuk menerangkan Konteks Ayat yang lain.

2) Yang pertama ada Arahan BERSABAR. Satu ayat Allah suruh Bersabar terhadap perkataan 'mereka' (merujuk kepada orang-orang yang zalim) dan satu lagi ayat Allah adalah suruhan Bersabar sehingga ketetapan (HUKUM) Allah terjadi.

3) Yang kedua adalah suruhan BERTASBIH. Satu ayat menunjukkan WAKTUNYA manakala satu lagi ayat menjelaskan KAITAN antara SOLAT dan TASBIH dan BILA WAKTUnya BERTASBIH semasa kita BERSOLAT.

4) Waktu Bertasbih dalam 2 ayat pertama menjelaskan:

a) Sebelum Terbit Matahari
b) Sebelum Tenggelam Matahari
c) Pada Sebahagian Malam.

Manakala 2 ayat kedua menjelaskan :
a) Pada Sebahagian Malam
b) 'IDBAARA' NUJUM

IDBAARA atau ADBAARA berasal dari 3 huruf DAL BA dan RA

- yang mana kebanyakan penggunaan nya membawa maksud BELAKANG atau MEMBELAKANGI atau 'RETREAT' atau BERUNDUR.

Maka `IDBAARA NUJUM bermaksud sewaktu BERUNDURNYA Bintang-bintang.

Seterusnya - Bilakah Waktu BERUNDURNYA Bintang ? Dan bilakah Bermula Berundur Bintang dan Bermula Muncul Bintang ?

Tak lain tak bukan ianya adalah :

i) Sebelum Terbit Matahari (Bermula Berundur Bintang)
ii) Sebelum Tenggelam Matahari (Bermula Kemunculan Bintang).

Maka fahamilah kita bahawa ayat-ayat MUTASYABIHAT adalah kait-mengait dan lengkap-melengkapi DALAM MEMBERI PENJELASAN tanpa ADA KERAGUAN.

5) Pada ayat-ayat Al-Quran yang lain - waktu BERTASBIH tersebut dalam 2 pasangan ayat-ayat ini adalah ANTARA 3 WAKTU kita DI PERINTAH BERSOLAT. (Pada ayat-ayat yang lain ada lagi waktu lain yang kita di perintah untuk BERTASBIH dan BERSOLAT)

Jelas JUGALAH kepada kita, WAKTU BERTASBIH adalah SAMA dengan WAKTU BERSOLAT.

Namun - bilakah masa UNTUK BERTASBIH semasa kita BERSOLAT ?

Kedua-dua PASANGAN ayat tersebut menceritakan dengan JELAS, iaitu :

1) Sewaktu BERDIRI dalam SOLAT. Ini diceritakan di dalam ayat 48 surah At-T°ur.
2) Sewaktu `ADBAARA' SUJUD dalam SOLAT. Ini diceritakan di dalam ayat 40 surah Qaf.

ADBAARA SUJUD adalah sewaktu BERUNDUR nya SUJUD.

Ini bermaksud SEBELUM dan SESUDAH SUJUD lah masanya kita di suruh BERTASBIH semasa di dalam SOLAT.

------------Selingan-----------
Namun sesetengah Ulama berpendapat bahawa SUJUD di dalam ayat di atas bermaksud SOLAT dan ADBAARA di terjemahkan kepada SELEPAS. Maka itu sebab setengah terjemahan ayat tersebut begini :

Qaf : 40

وَمِنَ الَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَأَدْبٰرَ السُّجُودِ

● Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan setiap selesai sembahyang. ●

Maka itu sebab ada Khilaf Ulama kepada beberapa Mazhab makanya ada yang selesai Solat takde Wirid dan ada yang selesai Solat kena (Sunat) Wirid.

-------------------------------------
=====
Nota : Sujud (Saa Jaa Dal) di dalam Al-Quran ada di sebut sebanyak 92 kali.

64 kali sebagai kata buat (verb) - SAJADA, SAJIDA, dll.
28 kali sebagai kata nama MASJID.

=====
SEMASA SUJUD apakah PERINTAH ALLAH ?

 Al-Baqarah : 58

وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُوا هٰذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُولُوا حِطَّةٌ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطٰيٰكُمْ ۚ وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ

● Dan (ingatlah), ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke negeri ini (Baitul Maqdis), dan makanlah dari hasil buminya, yang banyak lagi enak dimana yang kamu sukai, dan masukilah pintu gerbangnya sambil BERSUJUD, dan KATAKANLAH: "BEBASKANLAH kami dari DOSA", nescaya Kami ampuni kesalahan-kesalahanmu, dan kelak Kami akan menambah (pemberian Kami) kepada orang-orang yang berbuat baik (MUHSININ)". ●

Berdasarkan ayat di atas, semasa SUJUD kita di perintahkan UNTUK MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH.

Bersujud adalah TITIK TERENDAH kita MENGHINAKAN diri di HADAPAN ALLAH Yang MULIA - maka MOHON KEAMPUNAN adalah yang TERBAIK.

Maka BACALAH DOA MOHON AMPUN (yang juga di ajar dari Al-Quran) semasa sujud seperti :

RABBANA Z°OLAMNA ANFUSANA WA ILLAM TAGHFIRLANA WA TARHAMNA LA NAKUNANNA MINAL KHOSIRIN. (7:23)

RABBANA INNANA AAMANNA FAGHFIRLANA ZUNUBANA WA QINA 'AZABANNAR. (3:16)

SAMI'NA WA AT°O'NA. GHUFRONAKA RABBANA WA ILAIKAL MAS°IIR. (2:285)

(Silalah FAHAMI maksud DOA tersebut SEBELUM membacanya)

----------Nota---------
Sesudah membaca SUBHANARABBIYAL `A'LA WA BIHAMDIH (Maha Suci Tuhan Yang Tinggi dan Terpuji), bacalah DOA MOHON AMPUN di atas Sewaktu kita SUJUD di dalam SOLAT.
---------------------------

=====

Contoh 3

Al-A'raf : 123

قَالَ فِرْعَوْنُ ءَامَنتُم بِهِۦ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّ هٰذَا لَمَكْرٌ مَّكَرْتُمُوهُ فِى الْمَدِينَةِ لِتُخْرِجُوا مِنْهَآ أَهْلَهَا ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

● Fir'aun berkata: "Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu?, sesungguhnya (perbuatan ini) adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya dari padanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini); ●

Al-A'raf : 124

لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلٰفٍ ثُمَّ لَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ

● demi, sesungguhnya aku akan MEMOTONG TANGAN dan KAKI mu dengan BERSILANG (QATT°I'ANNA AIDIYAKUM WA ARJULAKUM MIN KHILAF), kemudian sungguh-sungguh aku akan MENYALIB kamu semuanya". ●

Ta Ha : 71

قَالَ ءَامَنتُمْ لَهُۥ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِى عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ ۖ فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلٰفٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِى جُذُوعِ النَّخْلِ وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَآ أَشَدُّ عَذَابًا وَأَبْقٰى

● Berkata Fir'aun: "Apakah kamu telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. Maka sesungguhnya aku akan MEMOTONG TANGAN dan KAKI mu sekalian dengan BERSILANG dan sesungguhnya aku akan MENYALIB kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya". ●

Ayat di atas adalah menceritakan apa yang di katakan Firaun kepada kumpulan Tukang Sihir yang sudah beriman kepada Allah.

Ini pula adalah arahan Allah :

Al-Ma'idah : 33

إِنَّمَا جَزٰٓؤُا الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَسْعَوْنَ فِى الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوٓا أَوْ يُصَلَّبُوٓا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلٰفٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذٰلِكَ لَهُمْ خِزْىٌ فِى الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِى الْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang MEMERANGI Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hendaklah mereka  DI BUNUH ATAU DI SALIB, ATAU DI POTONG TANGAN dan KAKI mereka dengan BERSILANG, ATAU dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar, ●

Al-Ma'idah : 34

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن قَبْلِ أَن تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ ۖ فَاعْلَمُوٓا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● kecuali orang-orang yang BERTAUBAT (di antara mereka) SEBELUM (QABLI) kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●

Tadabbur lah dan perhatikanlah betul2 ayat-ayat di atas, KAITAN antara ayat2 tersebut, nescaya QALBU kita dapat memahami bahawa Allah sedikit pun tidak ZALIM kepada HAMBANYA, malah Allah adalah SANGAT ADIL dalam menetapkan HUKUM.

Pethatikan turutan perkataan Firaun dalam mengeluarkan Hukum - ianya semakin lebih AZAB SEKSANYA sebab akhirnya orang itu DI SALIB namun masih tidak di bunuh. Firaun mahu orang itu Mati perlahan-lahan merasakan Azab.

Perhatikan arahan Allah kepada orang beriman dalam menghukum orang yang MEMERANGI kita - turutan nya adalah BUNUH dulu (paling kurang azab), ayat yang digunakan Allah adalah ATAU di SALIB ATAU di POTONG Tangan dan Kaki BERSILANG atau DI Buang Negeri. Ini adalah PILIHAN yang Allah berikan kepada Ulil Amri (PEMERINTAH atau PENGUASA dari kalangan Orang Beriman).

Dan Akhirnya Allah berfirman kalau BELUM dapat TANGKAP dan orang itu sudah BERTAUBAT, hukum itu TERBATAL Sebab Allah sudah Mengampunkan orang yang Bertaubat.

-----
Pernahkan Allah memberi Pilihan kepada Pemerintah atau Penguasa dari kalangan orang beriman dalam menjalankan HUKUM pada ayat-ayat yang lain dalam Al-Quran ?

Ada. Kepada Zulkarnain :

Al-Kahf : 86

حَتّٰىٓ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِى عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوْمًا ۗ قُلْنَا يٰذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّآ أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّآ أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا

● Hingga apabila dia telah sampai ketempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di tempat mata air berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan Kaum. Kami berkata: "Hai Dzulkarnain, kamu BOLEH MENYIKSA atau boleh berbuat KEBAIKAN terhadap mereka. ●

Al-Kahf : 87

قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُۥ ثُمَّ يُرَدُّ إِلٰى رَبِّهِۦ فَيُعَذِّبُهُۥ عَذَابًا نُّكْرًا

● Berkata Dzulkarnain: "Adapun orang yang ZALIM, maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada TuhanNya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya. ●

=====
Contoh 4

Al-Ma'idah : 38

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوٓا أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكٰلًا مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

● Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, POTONGLAH TANGAN KEDUANYA (FAQT°A'U AIDIYAHUMA) (sebagai) HUKUMAN TAULADAN / "EXEMPLARY PUNISHMENT" (NAKAALA) bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ●

Al-Ma'idah : 39

فَمَن تَابَ مِنۢ بَعْدِ ظُلْمِهِۦ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Maka barangsiapa BERTAUBAT (di antara pencuri-pencuri itu) SESUDAH (BA'DI) melakukan kejahatan itu dan MEMPERBAIKI DIRI (ASLAHA), maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●

Perhatikan perkataan NAKAALA yang bermaksud HUKUMAN TAULADAN. Jelas, HUKUM POTONG TANGAN adalah HUKUMAN TAULADAN kepada Orang Lain Agar jangan melakukannya. Ayat-ayat Allah BANYAK MENYURUH Menafkahkan (INFAQ) sebagai Tanda kita BERTAQWA iaitu sebahagian rezeki yang kita dapat patut di beri kepada Orang Susah. MENCURI adalah keterbalikan dari BERINFAQ, itu SEBAB hukumannya KERAS.

Namun, Jelas juga bahawa HUKUMAN Potong Tangan terhadap Pencuri adalah TERGANTUNG kepada Si Pencuri BERTAUBAT dan MEMPERBAIKI DIRI walaupun SUDAH di tangkap.

Perhatikan KAITAN ayat di atas dengan ayat ini :

Al-Ma'idah : 34

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن قَبْلِ أَن تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ ۖ فَاعْلَمُوٓا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● kecuali orang-orang yang BERTAUBAT (di antara mereka) SEBELUM (QABLI) kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●

Ini bermaksud Kepada Orang YANG MEMERANGI orang BERIMAN selagi MEREKA Tidak Di tangkap dan MEREKA SEMPAT BERTAUBAT, hukuman TIDAK boleh di kenakan. Namun, kepada PENCURI, meskipun sudah DI TANGKAP, Peluang UNTUK BERTAUBAT dan MEMPERBAIKI DIRI itu ada Sebelum di Jatuhkan HUKUM POTONG TANGAN. Allah Tidak Sesekali ZALIM kepada hamba Nya.

Perhatikan juga ayat ini :

Yusuf : 31

فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَـًٔا وَءَاتَتْ كُلَّ وٰحِدَةٍ مِّنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ ۖ فَلَمَّا رَأَيْنَهُۥٓ أَكْبَرْنَهُۥ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حٰشَ لِلَّهِ مَا هٰذَا بَشَرًا إِنْ هٰذَآ إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ

● Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka". Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan mereka MEMOTONG TANGAN mereka (QAT°A'NA AIDIYAHUNNA) dan berkata: "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia". ●

QAT°A'A memang bermaksud POTONG.
Bergantung kepada Konteks Ayat - kadang-kadang ianya BERMAKSUD  MEMISAHKAN. (TADABBUR lah ayat-ayat Al-Quran yang lain dan belajarlah Bahasa Arab).

Namun pada ayat di atas, TIDAKLAH perempuan-perempuan itu MEMOTONG TANGAN mereka SEHINGGA PUTUS, mereka TIDAK SENGAJA MEMOTONG TANGAN atau MENGHIRIS TANGAN mereka kerana TERLAMPAU TERPESONA dengan Kecantikan Rasul Nabi Yusuf.

=====
End.

INNAHU HUWA SAMI'UL 'ALIIM.

(Jangan ambil bulat2 apa yang saya tulis, bertanyalah juga kepada Ulul Albab.)

=====
















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA