Langkau ke kandungan utama

Rahmat (3)

Rahmat (3)

(Date written : 18 Apr 2015)
(Last update : 22 Apr 2015)

Ini adalah sambungan dari 2 Artikel sebelum ini :

1)http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/11/rahmat.html?m=1

2)http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/01/siapa-rahmat-dari-allah.html?m=1

Ilmu dari Allah - sesungguhnya di ajar hanya oleh Allah.

Lagi lama MENTADABBUR ayat2 Allah - makin kita faham apa Allah nak sampai.

Muhammad : 24

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ أَمْ عَلٰى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ

● Maka apakah mereka tidak MENTADABBUR Al Quran ataukah QALBU mereka terkunci? ●

TADABBUR bermaksud Perhatikan dalam-dalam atau PONDER.

Namun MAKSUD TADABBUR pun bila kita FAHAM huruf-huruf DASAR akan memberikan kita LEBIH KEFAHAMAN Tentang maksud Tadabbur.

Huruf Dasar kepada TADABBUR adalah DAL BA RA yang membawa maksud BELAKANG (DUBUR) atau MEMBELAKANGI atau BERUNDUR.

Maka maksud SEBENAR TADABBUR adalah MEMERHATIKAN MAKSUD yang "DI BELAKANG" atau MAKSUD "YANG TERSIRAT".

=====

Rahmat, berdasarkan Al-Quran (rujuk kepada 2 Artikel sebelum ini) , adalah :

1) Al-Quran.
2) Rasul-rasul.
3) AMR di sekeliling kita  (Pelaksana Arahan Allah).
4) Ruh dalam jasad kita.
5) Apa sahaja yang Allah firmankan dalam Al-Quran.

Namun, jika kita memohon RAHMAT ALLAH, sebenarnya MASIH KURANG JELAS dalam Kotak Pemikiran kita akan APA SEBENARNYA itu RAHMAT.

Perhatikan ayat ini :

Al-Ahzab : 6

النَّبِىُّ أَوْلٰى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوٰجُهُۥٓ أُمَّهٰتُهُمْ ۗ وَأُولُوا الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلٰى بِبَعْضٍ فِى كِتٰبِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهٰجِرِينَ إِلَّآ أَن تَفْعَلُوٓا إِلٰىٓ أَوْلِيَآئِكُم مَّعْرُوفًا ۚ كَانَ ذٰلِكَ فِى الْكِتٰبِ مَسْطُورًا

● Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang YANG MEMPUNYAI PERTALIAN HUBUNGAN DARAH (ULUL ARHAM) satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudaramu (seagama). Adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah). ●

ULUL ARHAM = Yang Mempunyai Pertalian Hubungan Darah Yang RAPAT.

=====

RAHMAT adalah berdasarkan huruf dasar RA HA MIM.

Terdapat 339 perkataan di dalam Al-Quran yang menggunakan kata DASAR ini.

Di dalam Al-Quran, di sebutkan juga RAHIM di dalam perut Ibu yang mengandung - yang ada "CONNECTION" dengan BAYI melalui TALI PUSAT ke dinding RAHIM.

------

Inilah DEDUKSI dari keseluruhan ayat-ayat yang saya TADABBUR (Allah LEBIH MENGETAHUI) :

RAHMAT bermaksud HUBUNGAN atau PERTALIAN atau "CONNECTION" atau "LINK" atau "BOND" kepada ALLAH.

RABBANA WARHAMNA WA ANTA KHAIRUR ROHIMIN.

"Ya Tuhan kami, Rahmatilah / HUBUNGKAN kami denganMU, sesungguhnya ENGKAU sebaik-baik PEMBERI RAHMAT / PENGHUBUNG.

Jika kita manusia TIADA HUBUNGAN atau CONNECTION atau TIADA RAHMAT dari Allah kepada kita - memang kita akan SENGSARA di akhirat kelak.

Benarlah firman Allah :

Yunus : 58

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِۦ فَبِذٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

● Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan (iaitu) RAHMAT-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". ●

Dan AMR iaitu PELAKSANA ARAHAN ALLAH yang ada di sekeliling kita, juga RUH yang di dalam Jasad kita, juga Al-Quran lah yang menjadi "CONNECTION POINT" atau SOKET TALIAN PENGHUBUNG antara kita dan Allah.

-------
Nota : Sebab itu terhadap anak-anak yang kita SAYANGI, kita terasa macam ada "BONDING" atau "CONNECTION" atau "HUBUNGAN/PERTALIAN yang bukan sahaja hubungan darah tapi "HUBUNGAN JIWA".

Itu jugalah sebab mengapa RAHMAT ALLAH selalu di terjemahkan sebagai KASIH SAYANG ALLAH.

====
End.

Allah Ar-RAHMAN, Ar-RAHIM.

Innallaha WASI'UN 'ALIM.

(Janganlah ikut apa sahaja yang saya tulis, bertanyalah kepada Ulil Albab yang lain).

=====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA