Navigate

Carian

Isnin, 25 Januari 2016

Maksud Guna Akal

Maksud Guna Akal

(Date written : 25 Jan 2016)

Guna 'akal' itu sebenarnya meng'aqali, dalam Al-Quran di sebut - ya'qilun, ta'qilun bermaksud Memberi/Membawa Sebab, Reasoning atau Memberi Bukti atau Membuktikan.

Yatafakarun = Berfikir. Ianya Proses mencari jawapan terhadap persoalan di minda. Hanya kebenaran boleh menjawab soalan.

Terlampau banyak Allah menyuruh kita berfikir dan memberi Reason atau mendapatkan bukti atau Evidences, terhadap sesuatu Statement, Cakap2 orang, Perkataan orang2, Perkataan siapa sahaja dengan :

1) Memahami Firman Allah atau Wahyu Allah = statement Kebenaran tanpa Ragu

2) Memerhati / Mengkaji Ayatina / Tanda-tanda / Bukti-bukti / Evidences pada Penciptaan dan perjalanan proses Langit dan Bumi, apa dan siapa yang ada di Langit dan Bumi juga terhadap diri kita sendiri;

Yang memerlukan hanya pemikiran deduksi dan bukan pemikiran induksi (mengeluarkan statement tanpa Evidence), maka dengan itu :

Wujud Allah boleh dibuktikan.
Wujud Malaikat boleh dibuktikan.
Wujud Nabi-nabi boleh dibuktikan.
Wujud Kitab-kitab boleh dibuktikan.
Wujud Hari Akhirat boleh dibuktikan.
Wujud Ketentuan boleh dibuktikan.

Makanya kita boleh beriman.

Ali 'Imran : 190

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ

● Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (AYATI) bagi ULIL ALBAB ●

ULIL Albab = Yang Mempunyai Kefahaman Intipati.

Ali 'Imran : 191

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بٰطِلًا سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

● (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. ●

Yang tak boleh di buktikan adalah wujudnya kerajaan batin Ayah Pin, contohnya. Dan ini bukan di dapati dengan CARA MENG'AQALI, ya'qilun, sebab kalau men'aqali, pasti tidak akan percaya sebab tiada apa yang boleh di buktikan.

Sesetengah Teori Physics yg tidak dapat dibuktikan di panggil hypothesis = senangnya ianya pendapat, atau induced interpretation yg tidak meliputi faktanya.

-----

Al-Mulk : 10

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصْحٰبِ السَّعِيرِ

● Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan (NASMA'U) atau 'memikirkan' / meng'aqali (NA'QILU) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". ●

Meng'aqali itu suatu tuntutan.
Mengikut buta tuli itu suatu larangan.

------
Apa itu Deduksi ? Atau TAFSIR

Proses mendapatkan kebenaran seterusnya dari kaitan kebenaran-kebenaran sedia ada secara meliputi, TANPA meletakkan PENDAPAT. Inilah proses Mendapatkan Kebenaran sebenar.

Sebagai contoh :

Kebenaran 1 : Semua Melayu itu malas.

Kebenaran 2 : Abu itu Melayu.

Maka secara deduksinya, Kebenaran 3 akan muncul tanpa di sebutkan iaitu,

Abu itu malas.

-------

Apa itu Induksi ? Atau TAKWIL atau MELETAKKAN PENDAPAT ?

Bila sesuatu kebenaran itu tidak cukup untuk melahirkan kebenaran yang satu lagi, maka GUESSING atau MENEKA-NEKA akan timbul, maka inilah yang di katakan Pendapat, dan Pendapat itu jauh dari kebenaran dan mengundang argument.

Sebagai contoh.

Kita hanya ada,

Kebenaran 1 : Semua Melayu itu malas.

Dan tiba2 di tanya persoalan, apakah Abu itu malas ?

Di sebabkan tiada kebenaran kedua yang boleh di kaitkan, maka tiada siapa boleh mengatakan dia betul tatkala meletakkan pendapat = samada Abu itu Malas atau tidak, sebab Abu tidak di ketahui samada Melayu atau tidak.

=====
Contoh Deduksi lagi.

Berdasarkan satu kebenaran sahaja.

Kebenaran 1: Hanya ULAMAK yang takut kepada Allah. (35:28)

Kebenaran 2 boleh di dapati dengan persoalan -

Yang Tidak ULAMAK ?

Di sebabkan HANYA ULAMAK yang Takut kepada Allah, maka kebenaran lain akan timbul iaitu

Yang TIDAK ULAMA tidak Takut kepada Allah.

------

Tidak di nafikan ayat-ayat Al-Quran sesetengahnya mendalam maksudnya, maka carilah kaitannya atau mutasyabihahnya atau ayat-ayat yang seakan-akan serupa dengannya, tak faham bertanyalah dengan Ulama yang benar2 takut kepada Allah dan bukan sorang dua sahaja kita berguru atau belajar = sebanyak yang mungkin, sebab akan kita dapati setengah 'guru' ada evidence nya, setengah 'guru' contoh Ayah Pin - tiada Evidence nya.

===
Allah Al-Haq.
====


Tiada ulasan:

Catat Ulasan