Navigate

Carian

Selasa, 9 Februari 2016

Berbekam

Berbekam atau Hijama

(Date written : 09 Feb 2016)

Ada Hadith atau Kenyataan Sahih Riwayat Bukhari :

■ Penyembuhan itu datang dari 3 cara : Minum Madu, Berbekam dan dengan Api, namun aku melarang umatku dari menggunakan api. ■

Berbekam, iaitu mengeluarkan darah kotor dari bawah lapisan kulit, ada Riwayat mengatakan adalah anjuran Nabi Muhammad saw seperti kenyataan di atas.

Berdasarkan Sains Kedoktoran yang di buat oleh beberapa Doktor Muslim di Syria, ianya terbukti berkesan.




Dan berdasarkan pengalaman saya sendiri serta pengalaman ramai manusia lain yang sudah berbekam, ianya memang banyak menyembuhkan penyakit. Saluran darah akan ada 'Blockage' atau Tersumbat kerana Kolestrol dan pelbagai elemen lain di sebabkan kotoran atau sel-sel mati yang terkumpul di bawah kulit (lympathic nerve) masuk kembali ke dalam saluran darah yang menyebabkan sumbatan itu. Pertama sekali yang akan dirasai oleh orang yang berbekam adalah Tidur Lena dan Ringan Badan dan terasa lebih bertenaga. Ini adalah kerana banyak Toksin dan darah-darah pekat dan beku termasuk Kolestrol dalam badan sudah dikeluarkan. Dan kesakitan atau penyakit yang berkaitan saluran darah tersumbat selalunya akan segera sembuh. Paling utama ianya memperbaiki alirah darah ke seluruh tubuh.



(Video di atas adalah selepas BEMER Treatment namun begitu jugalah Blood Circulation kita selepas Berbekam)



Maka jadikanlah perubatan cara ini sebagai satu perubatan UTAMA (bukan alternatif), selain meminum Madu yang memang sudah 100% kebenaran berdasarkan firman Allah :

An-Nahl : 69

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

● kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat Ubat yang MENYEMBUHKAN (SYIFAA`)bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat AYAT / BUKTI bagi orang-orang yang memikirkan (YATAFAKKARUN). ●

------


Pandai-pandailah kita mendengar semua dan ikuti yang terbaik di antaranya = Yang Ada Bukti. Manakala beramal dengan Hadith atau Kenyataan Dhaif / Lemah = ada perselisihan 'so-called Ulama' di situ, dan pegangan saya adalah Ikutilah yang Kuat dan bukan yang Lemah. Yang Kuat ada Bukti dan yang Lemah takde Bukti. Takkan kita nak ikut yang takde bukti.


===
End.

Asy-Syu'ara' : 80

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

● dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, ●

===

Tiada ulasan:

Catat Ulasan