Langkau ke kandungan utama

Maksud Berlapang Dada

Maksud Berlapang Dada

(Date written : 27 Jan 2016)
(Last update : 20 Feb 2016)

Apa yang ada dalam 'dada' ?

1) Ada Qalbu

Al-Hajj : 46

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِى الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصٰرُ وَلٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِى فِى الصُّدُورِ

● maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai QALBU yang dengan itu mereka dapat MENG'AQALI / Memikirkan (YA'QILUN) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah QALBU.yang di dalam 'DADA' / S°UDUR. ●

2) Ada Bisikan

An-Nas : 5

الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ

● yang MEMBISIKKAN (kejahatan) (YUWASWISU) ke dalam 'dada' / S°UDUR manusia, ●


3) Ada Rasa / Perasaan

Al-A'raf : 43

وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهٰرُ ۖ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى هَدٰىنَا لِهٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْلَآ أَنْ هَدٰىنَا اللَّهُ ۖ لَقَدْ جَآءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖ وَنُودُوٓا أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

● Dan Kami cabut segala macam DENDAM (GHILLA) yang berada di dalam 'dada' / S°UDUR mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat bimbingan kalau Allah tidak memberi kami bimbingan. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan". ●

4) Ada Penyakit

Yunus : 57

يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PENYEMBUH (SYIFA`) bagi APA-APA (PENYAKIT-PENYAKIT) dalam 'dada' / S°UDUR bimbingan serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. ●


5) Ada Al-Quran

Al-'Ankabut : 49

بَلْ هُوَ ءَايٰتٌۢ بَيِّنٰتٌ فِى صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايٰتِنَآ إِلَّا الظّٰلِمُونَ

● Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam 'dada' (S°udur) orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. ●

------------
Bila Allah sebut Al-Quran berada dalam S°UDUR maka JELASlah bahawa terjemahan kepada DADA itu tidak tepat, JIKA kita membayangkan DADA itu adalah benda fisikal.

-------------

Tukar TERJEMAHAN 

S°UDUR itu bukan 'DADA'. Ianya adalah MINDA.

Apa itu Minda ?

Minda adalah satu 'fakulti' yang ada Memori atau Tempat Stor Data atau Ingatan, ada Daya Fikir yang membolehkan kita memahami, ada Bisikan yang kita dengari, ada Pelbagai Perasaan, dan paling penting menyebabkan kita RASA SEDAR.

Minda itu bukan Otak. Otak itu benda fisikal. Minda adalah bukan benda fisikal. Ianya di 'belakang' otak tersebut. Otak itu cuma tempat 'interface' atau Penghubung kita dengan MINDA.



Dalam otak kita ada berbillion sel yang di panggil Neuron :



Otak kita adalah benda fisikal yang paling kompleks ciptaan Allah dalam jasad manusia. Setiap sel neuron berhubung kait dengan neuron yang lain.

Bagaimana pula Minda ? Peta Minda banyak di ukir oleh 'ULAMAK Minda' Tony Bunzan:


Di sebabkan sel neuron di dalam otak kita begitu rupa fisikalnya, begitulah juga cara MINDA kita berhubung kait.

Dan ianya 'Berkembang'.

Bayangkan Pokok dengan ranting-rantingnya. Begitu jugalah minda kita. Lagi membesar pokok itu lagi banyaklah ranting-ranting akan terbentuk.

Begitu juga dengan MINDA, ia berkembang. Makin bertambah Informasi dan Pemahaman kita, makin berkembanglah neuron dalam otak kita.

-------
MINDA itu Berkembang

Al-Insyirah : 1

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

● Bukankah KAMI TELAH MENGEMBANGKAN / EXPAND (NASYRAH) untukmu MINDA (S°UDUR) mu?, ●

Ta Ha : 25

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِى

● Berkata Musa: "Ya Tuhanku, KEMBANGKANLAH (ISYRAH) untukku MINDA (S°UDUR) ku, ●


-------
Apa kaitan Otak dengan Jantung ?

Kajian Sains menunjukkan ada berterusan Data-data Signal yang di hantar dari Otak ke Jantung, namun Data-data Signal yang di hantar dari Jantung ke Otak adalah jauh lebih banyak.

Dalam badan kita, organ yang paling kuat tenaga elektromagmetnya adalah jantung, dan di tengah-tengah jantung itulah ada pusat denyutan. Di situlah paling bertenaga. Darah di pam ke seluruh anggota badan melalui denyutan jantung ini yang menghasilkan angin. Di situlah 'kedudukan' Ruh, ciptaan batin Allah kepada kita. Ada 'Vacuum' di situ (fakta sains).

Ini menunjukkan secara fisikal, jantung itulah pusat atau center atau asalnya jasad kita dan memang inipun organ pertama di jadikan di dalam rahim ibu (fakta sains).


Apa kaitan MINDA dan Qalbu.

Al-Hajj : 46

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِى الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصٰرُ وَلٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِى فِى الصُّدُورِ

● maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai QALBU yang dengan itu mereka dapat mencari sebab-musabab (YA'QILUUN) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah QALBU yang di dalam MINDA (S°UDUR). ●

Jelas, Qalbu itu di dalam Minda.
Qalbulah yang meng 'aqali (YA'QILUN) atau mencari sebab-sebab atau jawapan kepada sesuatu persoalan = maka itu pasal namanya juga adalah Qalbu yang memikirkan (YATAFAKKARUN),  Qalbu yang Memahami (YAFQAHUN), Qalbu yang mengambil Pelajaran (YAZZAKKARUN) dan Qalbu yang mengetahui (YA'LAMUN).



Qalbu itu di dalam Minda, dan Pusat Pemproses Informasi dalam Minda. Qalbu ini 'bermata' jika sentiasa mencari sebab-sebab atau jawapan kepada persoalan. Qalbu yang Buta adalah Qalbu yang tak mahu berfikir mencari jawapan kepada sesuatu persoalan dalam Minda.


Al-Anbiya : 10

لَقَدْ أَنزَلْنَآ إِلَيْكُمْ كِتٰبًا فِيهِ ذِكْرُكُمْ ۖ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

● Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tiada mencari sebab-musababnya (TA'QILUN) ? ●

Al-A'raf : 179

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ

● Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai qalbu, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (YAFQAHUN) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ●

An-Nahl : 11

يُنۢبِتُ لَكُم بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالْأَعْنٰبَ وَمِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

● Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam hasil tanaman. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada bukti / AYAT bagi kaum yang memikirkan (YATAFAKKARUN). ●

Al-An'am : 126

وَهٰذَا صِرٰطُ رَبِّكَ مُسْتَقِيمًا ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْءَايٰتِ لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ

● Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus tegak. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran.(YAZZAKARUN). ●

Sad : 29

كِتٰبٌ أَنزَلْنٰهُ إِلَيْكَ مُبٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا ءَايٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُوا الْأَلْبٰبِ

● Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran (YATAZAKKARU) orang-orang yang mempunyai Lubb (Ulil Albab). ●

--------
Bijak itu asalnya dari Berilmu.
Ilmu atau Pengetahuan itu asal dari Faham.
Faham asal dari Berfikir.
Berfikir asal dari mencari jawapan kepada soalan dalam Minda ('kepala').
Ini semua kerja Qalbu.
--------

Qalbu bila sudah DI KUNCI MATI, kita tidak akan dapat MENGETAHUI.

Ar-Rum : 59

كَذٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلٰى قُلُوبِ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

● Demikianlah Allah mengunci mati qalbu orang-orang yang tidak (mau) mengetahui (YA'LAMUN)

-------
Minda itu boleh SEMPIT.

Al-An'am : 125

فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُۥ يَشْرَحْ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلٰمِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُۥ يَجْعَلْ صَدْرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى السَّمَآءِ ۚ كَذٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

● Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia mengembangkan mindanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan mindanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. ●

MINDA itu bila SEMPIT, asalnya adalah dari Qalbu yang sempit.

Minda yang Sempit itulah Minda yang Tak Berkembang. Minda tak berkembang kerana Qalbu yang tak mahu Berfikir.

KESAN nya terasa pada JANTUNG, sebab Qalbu itu 'Interface' nya di JANTUNG, iaitu rasa SEMPIT macam tak cukup Oksigen tatkala mendaki gunung tinggi.

Satu sebab Minda itu SEMPIT sebab khuatir

Asy-Syu'ara' : 12

قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ

● Berkata Musa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku khuatir (AKHOFU) bahwa mereka akan mendustakan aku. ●

Asy-Syu'ara' : 13

وَيَضِيقُ صَدْرِى وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِى فَأَرْسِلْ إِلٰى هٰرُونَ

● Dan (kerana khuatir itu) sempitlah MINDA / Jantung (S°UDUR) ku dan tidak lancar lidahku maka utuslah (Jibril) kepada Harun. ●

Asy-Syu'ara' : 14

وَلَهُمْ عَلَىَّ ذَنۢبٌ فَأَخَافُ أَن يَقْتُلُونِ

● Dan aku berdosa terhadap mereka, maka aku khuatir (AKHOFU) ereka akan membunuhku". ●

Rasul Nabi Musa telah tak sengaja membunuh seorang orang-orang dari kalangan Fir'aun sebelum itu.

Ayat-ayat di atas sangat jelas menunjukkan, dosa-dosa kita atau kesalahan-kesalahan kita masa lalu, membuatkan Minda kita ini KHUATIR, dan jadi terasa sempit pada Jantung.

Hud : 12

فَلَعَلَّكَ تَارِكٌۢ بَعْضَ مَا يُوحٰىٓ إِلَيْكَ وَضَآئِقٌۢ بِهِۦ صَدْرُكَ أَن يَقُولُوا لَوْلَآ أُنزِلَ عَلَيْهِ كَنزٌ أَوْ جَآءَ مَعَهُۥ مَلَكٌ ۚ إِنَّمَآ أَنتَ نَذِيرٌ ۚ وَاللَّهُ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ وَكِيلٌ

● Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya MINDA (S°UDUR) mu, kerana khuatir bahwa mereka akan mengatakan: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya perbendaharaan (kekayaan) atau datang bersama-sama dengan dia seorang malaikat?" Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah Pemelihara segala sesuatu. ●

Ini memang suatu kebenaran yang tidak di nafikan sebab memang boleh di RASA, dan inilah BUKTI bahawa apa sahaja yang Allah sebut dalam Al-Quran adalah kebenaran yang Terbukti.

MINDA boleh jadi SEMPIT bila kita dengar apa orang lain katakan (mengutuk / mengejek)

Al-Hijr : 97

وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ

● Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahwa MINDA mu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, ●

Ucapan orang yang mengutuk kita, mengumpat kita akan menjadikan Minda kita ini sempit yang terasa di Jantung.

-------
Minda itu ada MEMORI = tempat Simpan Data = Ingatan

Al-'Ankabut : 49

بَلْ هُوَ ءَايٰتٌۢ بَيِّنٰتٌ فِى صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايٰتِنَآ إِلَّا الظّٰلِمُونَ

● Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam MINDA (S°udur) orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. ●

Di sinilah Al-Quran itu DI PELIHARA. Di dalam MEMORI atau INGATAN dalam MINDA orang-orang UTUL 'ILMA (di beri ILMU).

Dan berikut adalah kaitan antara MINDA dan Luh Mahfuz° :

Az-Zukhruf : 4

وَإِنَّهُۥ فِىٓ أُمِّ الْكِتٰبِ لَدَيْنَا لَعَلِىٌّ حَكِيمٌ

● Dan sesungguhnya Al Quran itu dalam induk Al Kitab (UMMUL KITAB / Luh Mahfuz°) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi dan amat banyak mengandung hikmah. ●

Kenyataan Kebenaran :

1) Al-Quran dalam Minda.
2) Al-Quran dalam Luh Mahfuz°.

Deduksi :
3) Minda itu sebahagian dari Luh Mahfuz° atau Minda itu Luh Mahfuz°.

Luh = Elemen Storan Data.
Mahfuz° = Tempat Terpelihara.

-------
Minda itu berpenyakit dan boleh di sembuhkan

Yunus : 57

يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PENYEMBUH (SYIFA`) bagi APA-APA (PENYAKIT-PENYAKIT) dalam MINDA (S°UDUR), bimbingan serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. ●

Minda yang berpenyakit, penyembuhnya adalah Ayat-Ayat Al-Quran yang DI FAHAMI oleh Qalbu.

At-Taubah : 14

قٰتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ

● Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta menyembuhkan (YASYFI) MINDA (S°UDUR) orang-orang yang beriman. ●

--------
Yang MERASA atau MEMPUNYAI perasaan atau Emosi adalah QALBU di dalam Minda

Al-A'raf : 43

وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهٰرُ ۖ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى هَدٰىنَا لِهٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْلَآ أَنْ هَدٰىنَا اللَّهُ ۖ لَقَدْ جَآءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖ وَنُودُوٓا أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

● Dan Kami cabut segala macam DENDAM (GHILLA) yang berada di dalam MINDA (S°UDUR) mereka; .... ●

Al-Hijr : 47

وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوٰنًا عَلٰى سُرُرٍ مُّتَقٰبِلِينَ

● Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam MINDA (S°UDUR) mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan. ●

Ayat-ayat jelas menunjukkan dalam MINDA atau Qalbu itu ada dendam.

An-Nisa' : 90

إِلَّا الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلٰى قَوْمٍۭ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثٰقٌ أَوْ جَآءُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ أَن يُقٰتِلُوكُمْ أَوْ يُقٰتِلُوا قَوْمَهُمْ ۚ وَلَوْ شَآءَ اللَّهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ فَلَقٰتَلُوكُمْ ۚ فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ فَلَمْ يُقٰتِلُوكُمْ وَأَلْقَوْا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ فَمَا جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيلًا

● kecuali orang-orang yang meminta perlindungan kepada sesuatu kaum, yang antara kamu dan kaum itu telah ada perjanjian (damai) atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang MINDA (S°UDUR) mereka merasa keberatan (HASIIRAT) untuk memerangi kamu dan memerangi kaumnya. Kalau Allah menghendaki, tentu Dia memberi kekuasaan kepada mereka terhadap kamu, lalu pastilah mereka memerangimu. tetapi jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangi kamu serta mengemukakan perdamaian kepadamu maka Allah tidak memberi jalan bagimu (untuk menawan dan membunuh) mereka. ●

Ayat di atas jelas, dalam MINDA atau qalbu itu boleh RASA BERAT.

Al-Hasyr : 13

لَأَنتُمْ أَشَدُّ رَهْبَةً فِى صُدُورِهِم مِّنَ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ

● Sesungguhnya kamu dalam MINDA (S°UDUR) mereka (orang Munafik) lebih sangat digeruni (ASYADDU RAHBAH) daripada Allah. Yang demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami. ●

Ayat di atas jelas menunjukkan gerun itu perasaan dalam Minda.

Bila kita rasa kecewa, pedihnya bukan terasa kat otak, melainkan kat Jantung. Kat Jantung tu tempat 'interface'nya Qalbu, maka itu sebab Pedih Terasa di situ.

Al-Mu'min : 18

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْءَازِفَةِ إِذِ الْقُلُوبُ لَدَى الْحَنَاجِرِ كٰظِمِينَ ۚ مَا لِلظّٰلِمِينَ مِنْ حَمِيمٍ وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ

● Berilah mereka peringatan dengan hari yang dekat (hari kiamat yaitu) ketika qalbu (menyesak) sampai di kerongkongan (HANAAJIR) tercekik / choked (KAAZ°IMIIN). Orang-orang yang zalim tidak mempunyai teman setia seorangpun dan tidak (pula) mempunyai seorang pemberi syafa'at yang diterima syafa'atnya. ●

Jika kita tersangat takut, maka akan teRASAlah jantung tu naik sampai kat tekak / kerongkong, seolah tertelan / tercekik. Saya pernah rasa tatkala hampir nak 'Accident'.

Setiap apa kejadian atau keadaan kita dalam kehidupan, semua Allah cerita dalam Al-Quran dengan tafsil / terperinci.


-------

Minda kita penuh LINTASAN 'fikiran' atau BISIKAN

An-Nas : 5

الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ

● yang MEMBISIKKAN (kejahatan) (YUWASWISU) ke dalam MINDA  (S°UDUR) manusia, ●

Asy-Syams : 8

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوٰىهَا

● maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kejahatan dan ketakwaannya. ●

Yang kita selalu sebut sebagai  'lintasan fikiran' tu ada 2 :

1) Dari syaitan yang membisikkan angan-angan dan menyuruh buat jahat.

2) Dari Ruh yang menyuruh buat baik.

-------
Allah mengetahui Segala Isi MINDA

Al-Mulk : 13

وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِۦٓ ۖ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُورِ

● Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Mengetahui segala isi (zAATI) MINDA (S°UDUR).

-------
Dalam MINDA ada HAJAT atau NIAT atau INTENTION

Al-Hasyr : 9

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُو الدَّارَ وَالْإِيمٰنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّآ أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلٰىٓ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

● Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ans°or) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Ans°or) tiada menaruh NIAT (HAAJAT) dalam MINDA (S°UDUR) mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung. ●

Al-Mu'min : 80

وَلَكُمْ فِيهَا مَنٰفِعُ وَلِتَبْلُغُوا عَلَيْهَا حَاجَةً فِى صُدُورِكُمْ وَعَلَيْهَا وَعَلَى الْفُلْكِ تُحْمَلُونَ

● Dan (ada lagi) manfaat-manfaat yang lain pada binatang ternak itu untuk kamu dan supaya kamu mencapai NIAT (HAAJAT) yang dalam MINDA (S°UDUR) dengan mengendarainya. Dan kamu dapat diangkut dengan mengendarai binatang-binatang itu dan dengan mengendarai bahtera. ●

Yusuf : 68

وَلَمَّا دَخَلُوا مِنْ حَيْثُ أَمَرَهُمْ أَبُوهُم مَّا كَانَ يُغْنِى عَنْهُم مِّنَ اللَّهِ مِن شَىْءٍ إِلَّا حَاجَةً فِى نَفْسِ يَعْقُوبَ قَضٰىهَا ۚ وَإِنَّهُۥ لَذُو عِلْمٍ لِّمَا عَلَّمْنٰهُ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

● Dan tatkala mereka masuk menurut yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tiadalah melepaskan mereka sedikitpun dari takdir Allah, akan tetapi itu hanya suatu NIAT (HAAJAT) pada diri (NAFS) Ya'qub yang telah ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan, kerana Kami telah mengajarkan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. ●

NIAT itu berada dalam Minda kita. Minda kita berada dalam diri (Nafs) kita.

-------
Dalam MINDA yang ada Kesombongan / Rasa Besar Diri

Al-Mu'min : 56

إِنَّ الَّذِينَ يُجٰدِلُونَ فِىٓ ءَايٰتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطٰنٍ أَتٰىهُمْ ۙ إِن فِى صُدُورِهِمْ إِلَّا كِبْرٌ مَّا هُم بِبٰلِغِيهِ ۚ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

● Sesungguhhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka tidak ada dalam MINDA (S°UDUR) mereka melainkan hanyalah RASA besar diri/ kesombongan (KIBRUN) yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ●

-------
Apa yang tersembunyi dalam MINDA ternampak pada pandangan MATA

Al-Mu'min : 19

يَعْلَمُ خَآئِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِى الصُّدُورُ

● Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh MINDA (S°UDUR). ●

Sebab itu kita kena lihat MATA orang untuk mengetahui apa yang ada dalam Minda nya, samada nak berbohong atau tidak, sebab ianya BOLEH NAMPAK (bukan saya kata, bukan Mat Salleh kata).

Orang berbohong mata dia 'lari'.

------
Allah mengetahui segala isi MINDA semua manusia di alam semesta 

Al-'Ankabut : 10

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِاللَّهِ فَإِذَآ أُوذِىَ فِى اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللَّهِ وَلَئِن جَآءَ نَصْرٌ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْ ۚ أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِى صُدُورِ الْعٰلَمِينَ

● Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah /ujian manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu". Bukankah Allah mengetahui apa yang ada dalam MINDA (S°UDUR) semua (manusia) di Alam Semesta ('ALAMIN) ? ●

Allah Mengetahui segala isi Minda sebab Minda itu adalah Luh Mahfuz° (atau sebahagian dari Luh Mahfuz°) dan segala ILMU ALLAH ada dalam Luh Mahfuz° :

Al-Hajj : 70

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ ۗ إِنَّ ذٰلِكَ فِى كِتٰبٍ ۚ إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

● Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam Kitab (Luh Mahfuz°). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah. ●

Segala yang ada dalam Luh Mahfuz° itu adalah Ilmu Allah.

Segalanya berlaku dalam MINDA dulu.
(Sila baca - http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2016/02/teleportation.html?m=1)

-------
MINDA yang membuat kita RASA SEDAR (awareness)


Az-Zalzalah : 6

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمٰلَهُمْ

● Pada hari itu (akhirat) manusia di SEDARKAN (YAS°DURU) dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka perbuatan mereka, ●

YAS°DURU dalam ayat di atas memang bermaksud DI SEDARKAN.

S°UDUR bermaksud MINDA. Dan MINDA kitalah yang membuat kita merasa SEDAR.

Kebanyakan terjemahan menterjemahkan sebagai 'di keluarkan' = tidak tepat terjemahan ini kerana kata dasar S°UDUR di situ.

Dalam MINDA itu ada MEMORI. Bila di ULANG TAYANG apa ada dalam MEMORI = maka kita NAMPAK apa yang kita DAH LAKUKAN dulu.

Ayat di bawah ini sangat penting untuk di beri perhatian :

Al-Qasas : 23

وَلَمَّا وَرَدَ مَآءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ ۖ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا ۖ قَالَتَا لَا نَسْقِى حَتّٰى يُصْدِرَ الرِّعَآءُ ۖ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

● Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?" Kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum "pengembala-pengembala itu memulangkan ternakannya" (YUS°DIRA-RRA'AA`), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya". ●

Terjemahan di atas "Pengembala memulangkan ternakannya" kepada YUS°DIRA-RRA'AA` itu adalah TAKWILAN SANGKAAN. Sangat tidak TEPAT. Allah memilih perkataan FirmanNya bukanlah kita boleh main sangka-sangka atau teka-teka mengeluarkan pendapat dalam mencari ertinya.

YUS°DIRU bermaksud DI SEDARKAN atau TERSEDAR.

RA'AA` adalah Binatang Ternakan yang dalam Gembalaan (selalunya lembu, kambing dan lain2 sepertinya).

Maka terjemahan yang lebih tepat adalah "sehingga (HATTA) binatang ternak (RA'AA`) itu TERSEDAR (YUS°DIRU)".

Maksud ayat-ayat Allah memang jika di perhati, di tadabbur, maka kita akan memahami bahawa Allah memang nak mengajar kita melalui FirmanNya.

Soalan : Masa bila binatang ternak itu boleh SEDAR ?

Jawapan : Bila dah PUAS minum atau dah HABIS minum atau dah KENYANG minum atau dah PENUH ISI dalam perutnya dengan MINUMAN.

Deduksi nya ADALAH kita ini manusia tidak akan TERSEDAR selagi tak PENUH ISI dalam MINDA ("dada"); yang bermaksud - selagi tak PENUH Ilmu Pengetahuan dalam MINDA kita, selagi itu kita TAK SEDAR.

====
End


Rabbisyrohli S°odri wa yassirli amri.
Ya Tuhanku, Kembangkanlah Mindaku.

====

Sedikit Tambahan tentang KEBATILAN turun-temurun dari Para OSTAT atau OSTAZAH (I am sorry that I have to be BLUNT) yang sangat RAMAINYA mengatakan "Islam tak boleh ikut Logik Akal".

Mereka tak paham apa itu "Logik".

Mereka tak paham apa itu "Akal".

Mereka tak paham Firman Allah yang sangat BANYAK suruh kita manusia mencari jawapan terhadap Persoalan dalam Kepala (meng "aqali" / YA'QILUN), sangat banyak Suruhan Allah supaya manusia BERFIKIR (YATAFAKKARUN) dan sangat banyak Ayat-Ayat Allah suruh MEMAHAMAI (YAFQAHUN).

YANG Allah larangnya adalah mengikut SANGKAAN kebanyakan manusia. Yang Allah suruhnya membuat VERIFIKASI akan setiap Kenyataan dengan cari BUKTI. 

Lain yang Allah suruh, LAIN yang para Ostad/zah ini suruh.

Janganlah kita mentaati KEBANYAKAN (AKSARA) manusia yang MENYANGKA-NYANGKA dan Menyesatkan.

Al-An'am : 116

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

● Dan jika kamu mentaati kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). ●



(Tak semua di ucapkan Masyitah ni tak benar, yang batilnya bila dia mengatakan kita tak boleh guna akal, kita tak boleh pikir, kena terima sahaja. Itu KEBATILAN)


Fahamilah Firman Allah :

Al-Mulk : 10

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصْحٰبِ السَّعِيرِ

● Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau mencari sebab-musabab / meng'aqali (YA'QILUN), nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". ●

(Sila baca -
http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2016/01/maksud-guna-akal.html?m=1)

(Sila baca - 
http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2016/02/wujud-allah-boleh-di-bukti-kan.html?m=1)

-------

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA