Langkau ke kandungan utama

Batas Kerjasama dengan Non-Muslim

(Tarikh di tulis : 04 Nov 2016)
(Tarikh di kemaskini : 05 Nov 2016)


1) Bolehkah orang Muslim bekerjasama dengan Non-Muslim ?

Persoalan 'kerjasama' di sini terlalu besar. Kena di spesifik kan lagi.

2) Bolehkah Muslim bekerjasama dengan Non-Muslim dalam hal perniagaan ?

Dalam hal bekerjasama dalam perniagaan, tanyakan kepada diri kita sendiri - dengan siapa yang kita mahu jadikan Rakan Kongsi dalam perniagaan?

Jawapannya adalah tentulah dengan orang yang kita percayai, dan sebab keduanya adalah orang yang boleh menambah nilai atau menambah peranan yang boleh menguntungkan perniagaan yang kita tidak dapat buat sorang-sorang.

Dan dalam apa-apa hal pun, perniagaan yang hendak kita jalankan mestilah mengikut Syariat Allah iaitu tidak melakukan Riba, tidak menipu dan tidak merasuah orang.

Jika benar tiada orang Muslim yang kita percayai, maka bekerjasama dengan Non-Muslim yang kita percayai itu di benarkan. Namun, prioritinya carilah Rakan Niaga yang sesama Deen, sesama beriman.

Secara keseluruhan atau secara general, hayatilah firman Allah ini :

Al-An'am : 106

اتَّبِعْ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۖ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

● Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. ●

Al-Hijr : 94

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

● Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. ●


3) Bolehkah Muslim bekerjasama dengan Non-Muslim dalam hal Pemerintahan Negara?

Ini persoalan besar sebagai contohnya di Malaysia, kerjasama Parti Politik antara UMNO dengan MCA, MIC dan PAS dengan DAP.

Tujuan kerjasama atau membentuk kollaborasi dalam Parti Politik adalah pertamanya untuk menang dalam Pengundian dalam Sistem Pilihanraya Demokrasi Perwakilan dan keduanya bersama-sama menjadi Pemerintah.

Di sinilah timbul pelbagai PENDAPAT dari yang bergelar 'ULAMA' seantero dunia.

InsyaAllah, dalam artikel ini saya cuba hanya mendeduksi KEBENARAN dari Al-Quran dan tidak berpihak kepada mana-mana Parti Politik mahupun berpihak kepada mana-mana Pendapat dari yang kita gelar 'Ulama'.

Mengapa? Kerana adanya 'Ulama' yang menyokong sesuatu Parti Politik akan berpendapat lain dari 'Ulama' dari Parti Politik yang lain.

Kita mahu duduk dalam Kebenaran dan bukan mahu duduk dalam mana-mana Pendapat.

Antara yang menjadi permasalahan utama adalah tentang DEFINASI KAFIR HARBI. Rata-rata hampir kesemua Muslim tahu yang bekerjasama dengan Kafir Harbi atau Kafir yang Memerangi Orang Muslim itu adalah Haram dan satu perbuatan Khianat.

Masalah utamanya siapakah Kafir Harbi di Malaysia ini atau apakah ciri-cirinya ?

Sebelum kita pergi merujuk kepada Firman Allah yang memberi bimbingan kepada Jalan Yang Lurus, persoalan yang lebih utama adalah Mengapa perlu bekerjasama dengan Orang Kafir atau Orang Musyrik yang tidak Memerangi kita (bukan Kafir Harbi) sedangkan kita adalah Muslim Mukmin ?

Jawapannya mudah :

Zaman ini atau dari dulu lagi, pegangan hidup kita BERLAINAN dan TIDAK SAMA walau bergelar sesama Muslim Mukmin termasuklah para yang bergelar 'Ulama'. Kita selalu duduk berpihak kepada PENDAPAT dan kita menyalahkan PENDAPAT dari Puak lain. Dan kebanyakan manusia terlalu Taksub dengan Ketua Parti atau Ketua Puaknya tanpa membuat Verifikasi. Percaya sembrono dengan Ketua Partinya walau jelas Pemimpin mereka itu sudah membuat Kezaliman atau sudah LARI dari Jalan Keadilan atau Jalan Yang Benar, tak kira dari Puak yang memakai Kot atau dari Puak yang memakai Serban dan Jubah.

Padahal TUNTUAN utama kepada semua para Muslim Mukmin adalah KESATUAN dan tidak berpecah belah.

Ali 'Imran : 103

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوٰنًا وَكُنتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ ءَايٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

● Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai / berpecah belah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan qalbumu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. ●

Pahamilah bahawa Tali Allah itu adalah Al-Quran. Al-Quran sahajalah yang boleh mempersatukan Pegangan dan Hati atau Qalbu seluruh Muslim Mukmin.

(Sila baca tentang Tali Allah - http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2016/07/tali-allah.html?m=1)

Berdasarkan realiti inilah, iaitu kita yang mengaku Muslim Mukmin berpuak-puaklah yang MENJADIKAN puak Muslim Mukmin yang lain membentuk KERJASAMA atau PERIKATAN atau KOLLABORASI dengan orang Non-Muslim demi mencapai tujuan menjadi Pemerintah dalam Sistem Demokrasi Perwakilan.

Maka menjadilah Puak atau Parti Politik di sebelah Perikatan yang 'belah sana' itu MUSUH atau SETERU dengan Puak Muslim Mukmin yang membentuk Perikatan dengan Non-Muslim dari yang 'belah sini'.

Sehingga ada yang Mengkafirkan orang Muslim Mukmin yang lain. Sehingga ada 2 Imam di dalam Satu Masjid. Sehingga bercerai-berai Suami Isteri kerana masing-masing BERBEZA Ketua Puak.


4) Di sebabkan kita yang mengaku Muslim Mukmin ini bercerai berai atau berpuak-puak lah PUNCA mengapa menjadikan ianya satu JUSTIFIKASI bagi mereka untuk membentuk Kollaborasi dengan Non-Muslim demi mendapat sokongan.

Fahamilah bahawa ASAS atau PENYEBAB mengapa perlu Kollaborasi ini sahaja sudah SALAH.

Kita Muslim Mukmin di larang Berpuak-puak.

Firman Allah :

Al-Anfal : 46

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنٰزَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوٓا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصّٰبِرِينَ

● Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu BERBANTAH-BANTAHAN, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. ●

Al-An'am : 159

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِى شَىْءٍ ۚ إِنَّمَآ أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah (FARRAQU) DEEN-Nya dan mereka menjadi BERPUAK-PUAK (SYIYA'AA), tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. ●


Dan jika kita berpuak-puak, kita bukan Muslim Mukmin MELAINKAN kitalah Orang Musyrik tersebut :

Ar-Rum : 31

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah (MUSYRIKIN), ●

Ar-Rum : 32

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا ۖ كُلُّ حِزْبٍۭ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

● IAITU orang-orang yang memecah-belah (FARRAQU) DEEN  mereka dan mereka menjadi beberapa puak (SYIYA'AA). Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. ●

Tadabburlah dan fahamilah Firman Allah di atas dengan sebenarnya.

Kita Muslim Mukmim di larang berpuak-puak KERANA Puak Muslim Mukmin hanya satu SAHAJA. Kita hanya berbeza dari Tahap Ketaqwaan dan Keimanan. Ada yang durhaka, ada yang jadi Zalim dan ada juga yang Solihin dan Sobirin dan ada yang Benar-benar menjadi Hamba Allah.


6) Fahamilah ada berbeza-beza tahap atau tingkatan manusia sebagaimana yang Allah sendiri membezakan. Pengetahuan tentang ini adalah SANGAT PENTING untuk mengenal SIAPAKAH Muslim Mukmin yang sebenar.


ZALIM adalah MENGETAHUI perbuatan itu SALAH dan TAK BOLEH di lakukan, NAMUN tetap juga kita buat, itulah KEDURHAKAAN :

Al-Baqarah : 145

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ بِكُلِّ ءَايَةٍ مَّا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ ۚ وَمَآ أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ ۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ الظّٰلِمِينَ

● ... Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka SETELAH DATANG PENGETAHUAN kepadamu, sesungguhnya kamu -- kalau begitu -- termasuk golongan orang-orang yang ZALIM. ●

Dan Allah tidak MENYUKAI (LA YUHIBBU) orang yang ZALIM :

Ali 'Imran : 57

وَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظّٰلِمِينَ

● ..dan Allah TIDAK MENYUKAI (LA YUHIBBU) orang-orang yang ZALIM. ●

Jika kedurhakaan itu BERTERUSAN, maka ianya bernama FASIQ = 'DEFIANTLY DISOBEDIENT'. Masa inilah kita menjadi FASIQIN atau orang FASIQ.

Al-Baqarah : 59

فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا قَوْلًا غَيْرَ الَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزًا مِّنَ السَّمَآءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

● Lalu orang-orang yang ZALIM mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang ZALIM itu dari langit, kerana mereka berbuat FASIQ. ●

Bila ZALIM dah sampai Tahap FASIQ maka azab Allah boleh datang bila-bila kepada kita maka janganlah TERKEJUT.

Dan Orang Fasiq ini termasuk orang Yang Di SESATkan (YUD°ILLU) ALLAH.

Al-Baqarah : 26

إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِهٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا الْفٰسِقِينَ

● ... Dan tidak ada yang di SESATKAN (YUD°ILLU) Allah kecuali orang-orang yang FASIQ, ●

Bila dah DI SESATKAN, maka tak dapatlah BIMBINGAN (HUDA) dari Allah :

Al-Ma'idah : 108

ذٰلِكَ أَدْنٰىٓ أَن يَأْتُوا بِالشَّهٰدَةِ عَلٰى وَجْهِهَآ أَوْ يَخَافُوٓا أَن تُرَدَّ أَيْمٰنٌۢ بَعْدَ أَيْمٰنِهِمْ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاسْمَعُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِينَ

● ...Allah tidak memberi BIMBINGAN (YAHDI) kepada orang-orang yang FASIQ. ●

Dan MAJORITI Manusia adalah FASIQIN :

Al-Ma'idah : 49

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَنۢ بَعْضِ مَآ أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفٰسِقُونَ

● ...Dan sesungguhnya KEBANYAKAN manusia adalah orang-orang yang FASIQ (FASIQIN). ●

Dan firman Allah yang ini sangat penting untuk di fahami :

Yunus : 33

كَذٰلِكَ حَقَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ عَلَى الَّذِينَ فَسَقُوٓا أَنَّهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

● Demikianlah telah tetap hukuman Tuhanmu terhadap orang-orang yang FASIQ, kerana sesungguhnya mereka tidak BERIMAN (LA YU'MINUN). ●

Orang yang sudah sampai tahap FASIQ, sesungguhnya sudah Tercabut KEIMANANNYA, jika sebelumnya mereka beriman.

Orang Fasiq bukanlah seorang MUKMIN.

Maka mereka bukan termasuk orang Muslim Mukmin.

Silalah check diri sendiri, kaum keluarga kita dan rakan taulan juga rakan di dalam PUAK yang kita PERCAYAI Muslim Mukmin itu.

Kemungkinan mereka tidak BERIMAN maka mereka bukan Muslim Mukmin.


(Sila baca link ini - http://cahayapalingbaik.blogspot.my/2015/12/beza-muslim-musyrik-zalim-fasiq-kafir.html?m=1)

Fahamilah, kekadang orang Zalim pula adalah tersangat TAMAK HALOBA terhadap harta dunia, dan apakah orang-orang seperti ini yang kita mahu jadikan Rakan atau Teman Serjuangan atau Teman Sepuak :

Al-Baqarah : 96

وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلٰى حَيٰوةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِۦ مِنَ الْعَذَابِ أَن يُعَمَّرَ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌۢ بِمَا يَعْمَلُونَ

● Dan sungguh kamu akan mendapati mereka (orang yang Zalim), manusia yang paling loba kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. ●


7) Boleh kah kita bekerjasama dengan Orang Kafir Harbi dalam menjadi PEMERINTAH?

Ini Pasti TAK BOLEH, HARAM dan kita sendiri akan jadi SESAT kerana bekerjasama dengan orang yang MEMERANGI ISLAM.

Secara dasarnya, bekerjasama dengan orang Kafir apatah lagi nak jadikan mereka Pemimpin atau Pelindung (AULIYA`) adalah DI LARANG :

Ali 'Imran : 28

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكٰفِرِينَ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِى شَىْءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقٰىةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُۥ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi AULIYA` / Pelindung dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu). ●

Al-Ma'idah : 57

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَآءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

● Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpin / pelindung (AULIYA`) mu, orang-orang yang membuat DEEN mu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. ●


8) Berikut adalah DEFINASI KAFIR HARBI berdasarkan Firman Allah :

Al-Baqarah : 190

وَقٰتِلُوا فِى سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقٰتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

● Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. ●


Al-Mumtahanah : 1

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّى وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَآءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَآءَكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهٰدًا فِى سَبِيلِى وَابْتِغَآءَ مَرْضَاتِى ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعْلَمُ بِمَآ أَخْفَيْتُمْ وَمَآ أَعْلَنتُمْ ۚ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ السَّبِيلِ

● Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia / pelindung (AULIYA`) yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka TELAH ENGKAR KEPADA KEBENARAN yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita rahsia) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah TERSESAT (D°ALLA) dari jalan yang lurus. ●

At-Taubah : 13

أَلَا تُقٰتِلُونَ قَوْمًا نَّكَثُوٓا أَيْمٰنَهُمْ وَهَمُّوا بِإِخْرَاجِ الرَّسُولِ وَهُم بَدَءُوكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ أَتَخْشَوْنَهُمْ ۚ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخْشَوْهُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

● Mengapakah kamu tidak memerangi orang-orang yang merosak sumpah (janjinya), padahal mereka telah keras kemahuannya untuk mengusir Rasul dan merekalah yang pertama mulai memerangi kamu? Mengapakah kamu takut kepada mereka padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman. ●

Tadabburlah sendiri berkali-kali Firman Allah di atas dan bacalah Al-Quran dan akan pembaca faham siapa sebenarnya KAFIR yang Memerangi ini. Dalam qalbu mereka sentiasa rasa ada dendam dan tak boleh tengok orang Muslim Mukmin senang dalam mengabdi diri atau patuh kepada Allah dan seboleh-bolehnya mahu mengusir kita dari tempat tinggal kita, daerah kita atau negeri kita.

Sesungguhnya kepada Kafir yang memerangi dan memusuhi kita, mereka WAJIB merasakan KEKERASAN dari kita dan bukan kita pulak yang terhegeh-hegeh berlemah-lembut :

At-Taubah : 123

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قٰتِلُوا الَّذِينَ يَلُونَكُم مِّنَ الْكُفَّارِ وَلْيَجِدُوا فِيكُمْ غِلْظَةً ۚ وَاعْلَمُوٓا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

● Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahwasanya Allah bersama orang-orang yang bertakwa. ●


9) Siapakah pulak yang SANGGUP sebenarnya bekerjasama dengan Kafir Harbi ?


Al-Baqarah : 105

مَّا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتٰبِ وَلَا الْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ مِّن رَّبِّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

● Orang-orang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tiada menginginkan diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu dari Tuhanmu. Dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-Nya; dan Allah mempunyai karunia yang besar. ●

Dan orang Munafiq pula memang SENTIASA BEKERJASAMA dengan Kafir Harbi. Orang Munafiq adalah ZAHIRNYA MUSLIM MUKMIN namun Hatinya atau Qalbunya, Pegangannya adalah Kafir :

Ali 'Imran : 119

هٰٓأَنتُمْ أُولَآءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوٓا ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُورِ

● Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata "Kami beriman", dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu kerana kemarahanmu itu". Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi Minda (S°UDUR). ●

Orang Munafiq lah yang sebenarnya SENTIASA BEKERJASAMA dengan orang Kafir Harbi. Munafiq itu lahirnya Muslim namun batinnya TIDAK MUKMIN. Mereka bukan Muslim Mukmin.


10) Persoalan seterusnya - bolehkah kita Muslim Mukmin bekerjasama dengan Orang Fasiq ?

Al-Ma'idah : 79

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

● Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. ●

Al-Ma'idah : 80

تَرٰى كَثِيرًا مِّنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنفُسُهُمْ أَن سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِى الْعَذَابِ هُمْ خٰلِدُونَ

● Kamu melihat kebanyakan (KATHIRA) dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam siksaan. ●

Perlu kita fahami, orang KEBANYAKAN yang di sebut Allah dalam ayat di atas adalah orang FASIQ. Merekalah yang memang selalu tolong-menolong atau BEKERJASAMA atau BERKOLLABORASI dengan orang Kafir.

Al-Ma'idah : 49

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَنۢ بَعْضِ مَآ أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفٰسِقُونَ

● dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan (KATHIRA) manusia adalah orang-orang yang fasiq. ●


Al-Ma'idah : 81

وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِىِّ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَآءَ وَلٰكِنَّ كَثِيرًا مِّنْهُمْ فٰسِقُونَ

● Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), niscaya mereka tidak akan mengambil orang-orang kafir itu menjadi pemimpin / pelindung (AULIYA`), tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang fasiq. ●

JELAS, hanya orang Fasiq dan bukan Muslim Mukmin yang mahu menjadikan orang Kafir itu Pemimpin atau Pelindung mereka.

Maka, apakah kita Muslim Mukmin mahu bersama-sama dengan orang Fasiq yang bekerjasama dengan orang Kafir dan menjadikan Orang Kafir pemimpin atau pelindung mereka kita ? Jika begitu kita pasti SESAT dan akan mendapat SIKSA ALLAH di akhirat.

Sedarlah kita bahawa Orang Fasiq, Orang Munafik dan Orang Kafir itu adalah satu Puak atau Geng sebenarnya.

Allah dalam firmanNya dengan tegas menyatakan bahawa meskipun mereka itu sahabat handai satu Puak mahu pun SAUDARA MARA hatta Kaum Keluarga sekalipun jika mereka itu BERSEKONGKOL atau Bekerjasama dengan orang Kafir yang menentang Allah, mereka bukan Muslim Mukmin :

Al-Mujadilah : 22

لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ يُوَآدُّونَ مَنْ حَآدَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوْ كَانُوٓا ءَابَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوٰنَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولٰٓئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ الْإِيمٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولٰٓئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَآ إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

● Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam Jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung. ●


11) Ada tak tahap atau Level Orang Kafir yang MEMERANGI Muslim Mukmin ini ?

Memang ada tingkatan atau tahap manusia yang MEMUSUHI atau MEMERANGI orang MUSLIM MUKMIN yang sangat jelas Allah memberitahu kita melalui Firman Nya agar kita dapat jadikan panduan :

Al-Ma'idah : 82

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدٰوَةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا الَّذِينَ قَالُوٓا إِنَّا نَصٰرٰى ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

● Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. ●

Tadabburlah firman Allah di atas dan jelaskanlah dalam diri kita sendiri akan kebenaran firman Allah.


12) Bagaimana sifat Non-Muslim yang kita boleh bekerjasama dengan mereka?

At-Taubah : 4

إِلَّا الَّذِينَ عٰهَدتُّم مِّنَ الْمُشْرِكِينَ ثُمَّ لَمْ يَنقُصُوكُمْ شَيْـًٔا وَلَمْ يُظٰهِرُوا عَلَيْكُمْ أَحَدًا فَأَتِمُّوٓا إِلَيْهِمْ عَهْدَهُمْ إِلٰى مُدَّتِهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

● kecuali orang-orang musyrikin yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun (dari isi perjanjian)mu dan tidak (pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa. ●


Ayat Allah di atas sudah cukup jelas untuk kita fahami tanpa perlu di jelaskan lagi.

At-Taubah : 8

كَيْفَ وَإِن يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ لَا يَرْقُبُوا فِيكُمْ إِلًّا وَلَا ذِمَّةً ۚ يُرْضُونَكُم بِأَفْوٰهِهِمْ وَتَأْبٰى قُلُوبُهُمْ وَأَكْثَرُهُمْ فٰسِقُونَ

● Bagaimana bisa (ada perjanjian dari sisi Allah dan Rasul-Nya dengan orang-orang musyrikin), padahal jika mereka memperoleh kemenangan terhadap kamu, mereka tidak memelihara hubungan kekerabatan terhadap kamu dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian. Mereka menyenangkan hatimu dengan mulutnya, sedang hatinya menolak. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq. ●

Ayat Allah di atas pula menjelaskan TANDA atau sifat orang Non-Muslim yang kita tidak boleh bekerjasama.

Seterusnya, memang ada arahan Allah yang bukan sahaja kita BOLEH BEKERJASAMA dengan mereka MALAH MELINDUNGI mereka :

At-Taubah : 6

وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتّٰى يَسْمَعَ كَلٰمَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُۥ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْلَمُونَ

● Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. ●

Apa yang sangat PENTING untuk kita beri perhatian sebenarnya adalah penggunaan perkataan MUSYRIK. Ada Orang Kafir lagi Musyrik. Ada orang Musyrik tapi Tidak Kafir.

Orang Musyrik yang TIDAK TAHU itu mungkin TIDAK KAFIR. Kafir bermaksud MENUTUP atau MENOLAK atau MENENTANG atau MENDUSTAKAN KEBENARAN walaupun mereka Sudah Tahu atau pun TAHU namun TIDAK DAPAT TERIMA KEBENARAN. Bila tak dapat TERIMA KEBENARAN inilah maka mereka MENENTANG KEBENARAN dan inilah DEFINASI KAFIR HARBI pada hakikat yang sebenarnya. Kenalilah KAFIR HARBI yang ada pada diri kita sendiri atau rakan Puak yang bersama-sama dengan kita.

Maka Definasi 'Kafir Tidak Harbi' pada istilah sekarang adalah TEPATNYA mengikut istilah Al-Quran adalah Musyrik Yang Tidak Tahu. Merekalah Kafir Tak Harbi tersebut.

Jelas, ada di kalangan Non-Muslim atau Musyrik itu yang benar-benar TIDAK TAHU akan Kebenaran. Dan mereka tiada niat mahu memerangi kita Muslim Mukmin atau bermusuhan dengan kita. Mereka hanya mahukan keamanan dan keadilan. Maka adalah menjadi tanggung-jawab kita Muslim Mukmin menyampaikan Wahyu Allah kepada mereka agar mereka tahu akan apa yang benar dan apa yang bathil.

Jelas juga bahawa orang Non-Muslim yang kita boleh bekerjasama dengan mereka adalah bilamana MEREKA sendiri yang MAHU BEKERJASAMA dengan kita dan MEMINTA PERTOLONGAN kita atau PERLINDUNGAN kita. Ini bermaksud mereka dalam keadaan yang LEMAH atau TIDAK KUAT itu sebab mereka minta perlindungan.

Ia juga bermaksud kita Muslim Mukmin bukanlah orang yang terhegeh-hegeh meminta perlindungan atau PERDAMAIAN dengan mereka. Ini tidak, sebagai contoh di Palestin, sudah jelas Yahudi Israel memerangi dan mengusir orang Palestin yang rata-ratanya Muslim Mukmin, ada puak yang sibuk nak minta damai. Nampak sangat kita ni lemah atau 'under-dog'.

Maka kaitkanlah situasi ini dengan keadaan kita di Malaysia ini.

Adakah kita Muslim Mukmin yang mahu bekerjasama dengan mereka untuk mendapat sokongan mereka demi mencapai tujuan kita yang mahu memerintah negara dan kemudian KONGSI kuasa pemerintahan tersebut ?

Atau mereka yang sebenarnya mahu bekerjasama dengan kita Muslim Mukmim demi mencapai tujuan MEREKA untuk mendapat PERKONGSIAN KUASA PEMERINTAHAN tersebut.

Siapa yang lebih kuat sebenarnya ?

Selalunya yang lemah yang sibuk nak bekerjasama dengan yang kuat dan bukan sebaliknya.

Yang kuat adalah mereka yang Sabar dan BERSATU dan yang LEMAH adalah mereka yang berpuak-puak.

Di Malaysia ini puak Non-Muslim ada berapa puak atau parti manakala orang yang Mengaku Muslim Mukmin pula terbahagi kepada berapa Puak atau Parti ?

Fahamilah siapa yang sebenarnya LEMAH dan SIAPA yang sebenarnya MEMERLUKAN KERJASAMA itu. Bila kita yang LEMAH maka kitalah yang akan TERPAKSA memberi Ruang Kuasa yang Lebih kepada yang lebih kuat.

Al-Mumtahanah : 8

لَّا يَنْهٰىكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقٰتِلُوكُمْ فِى الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيٰرِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوٓا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

● Allah tidak melarang kamu (untuk berbuat baik) terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana DEEN (cara hidup) dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku ADIL. ●

Ayat Allah di atas jelas menunjukkan sekiranya Non-Muslim tiada niat dan tanda atau bukti mereka mahu memerangi, memusuhi dan mengusir kita dari negeri kita, kampung halaman kita dan hanya mengharapkan keharmonian hidup, mereka boleh bekerjasama dengan kita.


13) Berikut adalah deduksi saya terhadap apa yang Allah firmankan dan juga bagaimana pemahaman ini di terjemah kepada realiti bekerjasama dengan Non-Muslim :

a) Orang Muslim Mukmin wajib BERSATU dan ketepikan hasad DENGKI dan berebut nak berkuasa dan memerintah kerana Tamak Haloba kepada harta dunia.

b) Kenalilah beza antara Muslim Mukmin sebenar dengan Orang Zalim, Fasiq dan Munafik. Fahamilah orang Zalim yang Tamak Haloba kepada dunia adalah lebih teruk dari Orang Musyrik. Fahamilah juga bahawa ada Munafik di kalangan yang mengaku Muslim Mukmin. Periksa jugalah sifat-sifat dan ciri-ciri FASIQIN atau orang Fasiq yang di kalangan orang-orang yang mengaku Muslim Mukmin. Orang Muslim Mukmin bukan dari kalangan mereka yang melakukan kemungkaran, kezaliman, ketidakadilan, rasuah dan FASAD yang berlaku.

c) Bila sudah kita mengenali akan bezanya Muslim Mukmin dengan Orang Zalim, Fasiq, Munafiq dan Orang Musyrik dan Orang Kafir maka, kita yang Muslim Mukmin janganlah bersama-sama dengan orang atau rakan taulan atau rakan puak yang sebegitu. Bersatulah bersama sesama Muslim Mukmin sebenar yang bersaudara dan berkasih sayang dan terutamanya menegakkan KEADILAN dan memerangi FASAD yang berlaku di muka bumi Allah ini. KEADILAN akan berlaku hanya bila KEBENARAN yang kita bawa, sampaikan dan tegakkan (QA`IMAN BIL QIST°). Dan kebenaran itu hanya datang dari Allah dan Wahyu Nya melalui Lidah Rasul Nya.

d) Boleh bekerjasama dengan Non-Muslim yang tiada tanda-tanda yang menunjukkan mereka mahu BERKUASA ke atas kita Muslim Mukmin, yang hanya mahukan keadilan dan keamanan dan mereka sedar mereka tidak ada kekuatan, dan merekalah yang mahu bekerjasama atau meminta Perlindungan dari kita.

e) JELAS HARAM dan satu kesesatan jika kita Muslim Mukmin bekerjasama dengan Non-Muslim yang ada tanda-tanda MEMUSUHI atau MEMERANGI kita. Mereka tidak senang dengan kita yang mahu patuh kepada perintah Allah.

Moga Allah memberi KESEDARAN kepada kita semua.

====
End.

Allah Al-Kabir.

Allah Al-Khabir.

====



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA