Langkau ke kandungan utama

Kaitan manusia dan Binatang Ternak

(Date written : 21 Nov 2016)

1) Allah dalam firmanNya ada mengumpamakan manusia seperti binatang ternak.

Mengapa dan bagaimana kah maksud manusia yang seperti binatang ternak ini ?

2) Firman Allah :

Al-Furqan : 43

أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُۥ هَوٰىهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

● Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan HAWA nafsu (diri) nya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara (WAKIL) atasnya?, ●

Al-Furqan : 44

أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعٰمِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا

● atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu MENDENGAR (YASMA'UN) atau MENG'AQALI (YA'QILUN). Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya. ●

Perhatikan ada beberapa kata kunci yang Allah sebutkan iaitu :

- HAWA diri
- Tidak MENDENGAR
- Tidak MENG'AQALI
- Seperti AL-AN'AM (Binatang Ternak).
- Sesat (D°OLLU)

3) Apa beza manusia dengan Binatang Ternak ?

Beza yang paling ketara adalah kita mempunyai FU`AD atau KESEDARAN atau Conciusness sedangkan Binatang Ternak tiada.

Al-Isra' : 36

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًا

● Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya PENDENGARAN (SAM'A), PENGLIHATAN (BAS°ARA) dan FU`AD, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. ●

Kita mempunyai Qalbu yang di dalam Minda yang membolehkan kita MEMPROSES INFORMASI menjadi ILMU sedangkan Binatang Ternak tidak boleh.

Qalbu lah yang BERFIKIR atau dapat MENG'AQALI iaitu proses MENAMBAT KAITAN suatu informasi kepada informasi yang lain dan menghasilkan kesimpulan. Ianya adalah proses mendapatkan KEFAHAMAN dan KEBENARAN.

Binatang ternak tiada itu semua.
Mereka tak boleh fikir.

4) Maka itulah sebabnya Allah menyamakan manusia yang TAK BOLEH FIKIR itu dengan binatang ternak MALAH lebih teruk lagi.

Mengapa lebih teruk manusia yang tak berfikir dari binatang ternak ?

SEBAB nya manusia sudah di beri 3 alat namun tidak digunakan sedangkan binatang ternak memang selama-lamanya tak boleh fikir sebab tak di beri alatnya :


Al-A'raf : 179

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ

● Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai QALBU, tetapi tidak dipergunakannya untuk MEMAHAMI (YAFQAHUN) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk MELIHAT (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk MENDENGAR (YASMA'UN) (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ●


5) Bila kita tidak melihat, mendengar dan memahami dengan meng'aqali maka kita tidak akan dapat fakta atau ilmu atau kebenaran.

Bila kita tidak memahami KEBENARAN maka kita pasti SESAT.

Sebab ikut jalan salah. Jalan yang tidak BENAR itu jalan Salah. Maka sesat.

Sekali lagi, kita ini sesat sebab tiada ILMU.

ILMU mana boleh datang tanpa kita MENGKAJI dan BERFIKIR.

Orang yang malas mengkaji dan berfikir inilah yang selalunya MENGIKUT-NGIKUT sahaja kerja dia.

Apa yang di ikut nya ? (orang yang tak berfikir ini)

Samada mengikut HAWA diri sendiri atau mengikut KEBANYAKAN orang lain yang MENGIKUT SANGKAAN.

Al-An'am : 56

قُلْ إِنِّى نُهِيتُ أَنْ أَعْبُدَ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ ۚ قُل لَّآ أَتَّبِعُ أَهْوَآءَكُمْ ۙ قَدْ ضَلَلْتُ إِذًا وَمَآ أَنَا۠ مِنَ الْمُهْتَدِينَ

● Katakanlah: "Sesungguhnya aku dilarang menyembah tuhan-tuhan yang kamu sembah selain Allah". Katakanlah: "Aku tidak akan mengikuti HAWA nafsumu, sungguh tersesatlah aku jika berbuat demikian dan tidaklah (pula) aku termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk". ●

Al-An'am : 119

وَمَا لَكُمْ أَلَّا تَأْكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَقَدْ فَصَّلَ لَكُم مَّا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلَّا مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا لَّيُضِلُّونَ بِأَهْوَآئِهِم بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِالْمُعْتَدِينَ

●... Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan HAWA nafsu mereka tanpa pengetahuan (BIGHAIRI 'ILM). Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas. ●

Tanpa ILMU, kita akan mengikuti HAWA diri sendiri atau HAWA diri orang lain.

Maka kita SESAT (bukan saya kata).

Al-An'am : 116

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

● Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). ●


6)  DAN inilah (tak mendengar, tak berfikir) penyebab UTAMA manusia masuk ke Neraka :

Al-Anfal : 22

إِنَّ شَرَّ الدَّوَآبِّ عِندَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

● Sesungguhnya binatang (DAWAAB) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti / meng'aqali (YA'QILUN).

Al-Mulk : 10

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصْحٰبِ السَّعِيرِ

● Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan (NASMA'U) atau memikirkan /meng'aqali (NA'QILU) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". ●



7) Dengarlah.

(Bacalah / Iqra'lah yang dengan membaca juga sebenarnya kita mendengar di dalam Minda).

Fahamilah dengan mengkaji kaitan perkataan-perkataan Allah dalam Al-Quran DAN juga segala bukti atau EVIDENCES (atau juga yang di panggil AYAT-AYAT ALLAH) pada Alam Semesta ini.

Sebelum Allah sendiri MENGUNCI MATI kesemua Alat-alat tersebut :

Al-Baqarah : 7

خَتَمَ اللَّهُ عَلٰى قُلُوبِهِمْ وَعَلٰى سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلٰىٓ أَبْصٰرِهِمْ غِشٰوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Allah telah mengunci-mati QALBU dan PENDENGARAN mereka, dan PENGLIHATAN mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. ●


An-Nahl : 108

أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلٰى قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصٰرِهِمْ ۖ وَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ

● Mereka itulah orang-orang yang QALBU, PENDENGARAN dan PENGLIHATANNYA telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang LALAI. ●

FAHAMILAH definasi siapa sebenarnya Orang-orang yang LALAI berdasarkan Firman Allah sendiri.

Orang yang LALAI adalah orang yang dah tak boleh NAK MEMAHAMI  KEBENARAN (atau ILMU) sebab dah TERKUNCI MATI qalbu, pendengaran dan penglihatan.

====
End.

Moga Allah merahmati para pembaca.

Allah Ar-Rahman.

====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA