Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Tengok satu atau sebahagian ayat sahaja kemudian mentakwil

Tengok satu atau sebahagian ayat sahaja kemudian mentakwil (Date written : 31 Jul 2016) Ini adalah satu kesalahan yang besar dalam memahami DEEN atau cara hidup Islam. DEEN Islam perlu di fahami dan di ikuti secara KESELURUHAN, kena tengok semua keterangan yang berkaitan terhadap sesuatu perkara atau topik atau bab - dan inilah maksud MELIPUTI / AHAT°O sebelum membuat peng'aqalan deduksi atau Deductive Reasoning. Video di atas menunjukkan seorang yang tidak beriman mencari kesalahan di dalam Al-Quran dengan tidak memahami keseluruhan ayat-ayat Allah - mengambil satu dua ayat Al-Quran kemudian membuat kesimpulan yang berdasarkan sangkaan. Jika kita orang Muslim Mukmin, janganlah jadi seperti ini. Kita wajib melihat, memerhati, mengkaji dengan MELIPUTI keseluruhan ayat-ayat Allah untuk memahami apa yang Allah perintahkan dengan jelas. Firman Allah : An-Naml : 84 حَتّٰىٓ إِذَا جَآءُو قَالَ أَكَذَّبْتُم بِـَٔايٰتِى وَلَمْ تُحِيطُوا بِهَا عِلْمًا أَمَّاذَا كُنتُمْ ت

Rasul Nabi Isa wafat ke atau di angkat (Rafa') ?

Rasul Nabi Isa wafat ke atau di angkat (RAFA') ? (Date written : 30 Jul 2016) An-Nisa' : 157 وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ ۚ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُ ۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ ۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًۢا ● dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. ● An-Nisa' : 158 بَل رَّفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ ۚ

Demokrasi vs Khilafah

Demokrasi vs Khilafah (Date written : 27 Jul 2016) (Last update : 02 Jan 2017) Pengenalan Di suatu ketika dahulu, sewaktu era 80an terdapat suatu buku yang amat menjadi pegangan segolongan muslim. Ianya buku bertajuk 'Amanat Haji Hadi'. Kandungan buku itu berputar di sekitar atau berpasak kepada ayat-ayat Allah yang berbunyi : 'Barangsiapa tidak menghukum dengan hukum-hukum yang di tetapkan Allah, mereka itu samada orang Fasiq, Zalim atau Kafir'. Objektif buku tersebut adalah agar kita orang muslim berusaha untuk menegakkan kerajaan atau Daulah Islamiyah. Puluhan tahun kemudian, orang yang sama telah juga mengeluarkan kenyataan bahawa 'Dalam Al-Quran tak pernah wujud perkataan 'Kerajaan Islam atau Daulah Islamiyah'. Berdasarkan kajiannya, yang Islam suruh adalah menubuhkan Negara atau Kerajaan Berkebajikan. Asal-usul Demokrasi Demokrasi mengikut riwayat sejarah, ianya di asaskan oleh Cleithenes, dan pertama kali di jalankan di Bandar A

Beza Induksi dengan Deduksi

Beza Induksi dengan Deduksi (Date written : 26 Jul 2016) (Last update : 08 Oct 2016) 1) Induksi adalah mengeluarkan kenyataan atau pendapat atau kesimpulan tentang sesuatu kenyataan berasaskan kenyataan yang lain atau pemerhatian yang tidak menyeluruh atau meliputi walaupun ianya adalah fakta. 2) Deduksi pula adalah mengeluarkan kenyataan berdasarkan suatu kenyataan yang sudah sememangnya Fakta atau Kebenaran atau berdasarkan suatu Kesimpulan. 3) Untuk memahami Al-Quran dan memahami Deen atau Cara Hidup Islam, hanya Allah yang boleh MENGELUARKAN PENJELASAN kenyataan dan setiap kenyataan Allah itu Benar sebab ada AYAT atau Burhan atau 'Evidences' atau Dalil dan ada Sult°an yang membawakannya kepada kita. Sult°an itu Authority dan mereka adalah Rasulullah dan Rasulullah ada banyak samada jenis manusia atau Malaikat atau Amar Allah. 4) Takwil sebenarnya adalah Penjelasan kepada sesuatu kenyataan. Kenyataan atau 'Statement' adalah Hadith dalam bahasa Arabnya. Han

Apa nak buat di bawah Pemerintahan Orang Fasad

Apa nak buat di bawah Pemerintahan Orang Fasad (Date written : 24 Jul 2016) 1) Kena Faham apa itu Orang Fasad atau Mufsidiin. Fasad yang berasal dari 3 huruf dasar FA SIN DAL, dan variasi perkataannya, MUFSIDIIN, YUFSIDU, TUFSIDU, LAFASADATA dan lain-lain di sebut sebanyak 50 kali di dalam Al-Quran. Terjemahan nusantara biasanya Fasad di terjemahkan kepada 'kerosakan'. Manakala terjemahan English, Fasad di terjemahkan kepada 'Spreading Corruption'. Namun, yang terutama sekali untuk kita memahami apa itu FASAD adalah dengan mencari lawan perkataannya dan ianya adalah S°OLEH : Al-Baqarah : 11 وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِى الْأَرْضِ قَالُوٓا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ ● Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat FASAD / 'kerosakan' / 'Corruption' (TUFSIDU) di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan / penambah-baikan (MUS°LIHIN) ". ● S°OLEH adalah

Menyatakan Wujud Allah

Menyatakan Wujud Allah (Date written : 18 Jul 2016) Kita 'melihat' kereta di atas jalan raya. Kita 'mendengar' bunyi kicauan burung. Kita 'menyedari' akan adanya diri kita, anak isteri dan sahabat handai kita semasa bersama mereka. Kita 'menyayangi' anak-anak kecil. Bagaimana nak menyatakan wujud Allah ? Apakah 'kita' (subjek) itu Allah ? BUKAN. Apakah 'kereta' (objek) itu Allah ? LAGILAH BUKAN. Allah itu bukan Subjek (Sesiapa / MAN) atau Objek (Apa-apa / MA). Laisa kamithlihi syai'un. Jawapannya adalah :- Yang MELIHAT itulah Allah. Yang MENDENGAR itulah Allah. Yang MENYEDARI itulah Allah. Yang MENYAYANGI itulah Allah. ----- Fahamilah 'INTIPATI' wahyu Allah ini dengan sebenar : Fa ainama tuwallu fa thamma wajhullah. (2:115) "Maka di mana saja kamu menghadap, di situlah Wajah Allah." Jadilah Ulil Albab - orang yang memahami Intipati atau ESSENCE. ----- Wa lam yakun-lahu kufuwan Aha

Allah tak perlu Jihad kita

Allah tak perlu Jihad kita (Date written : 18 Jul 2016) 1) Allah suruh kita berjihad. At-Taubah : 41 انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجٰهِدُوا بِأَمْوٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ● Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah (JAAHADU)  kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah (FI SABILILLAH). Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ● Al-Baqarah : 218 إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجٰهَدُوا فِى سَبِيلِ اللَّهِ أُولٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ● Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad (JAAHADU) di jalan Allah , mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ● Ali 'Imran : 142 أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جٰهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصّٰبِرِينَ ● Apakah kamu me