Langkau ke kandungan utama

Bersyukur

(Tarikh ditulis : 19 Mar 2017)
(Tarikh kemaskini : 19 Nov 2018)

Pengenalan

Apa itu Bersyukur ?

Bersyukur pasal apa?

Kenapa pulak kena Bersyukur ?

Apa dapat kalau Bersyukur ?

Apa jadi kalau tak Bersyukur ?

-----

Apa itu Bersyukur ?

Dalam English ianya di panggil 'Being Grateful'. Atau bersikap 'Gratitude'. Suatu yang kena mengena dengan Menghargai Sesuatu Pemberian atau 'Appreciation'.

Bersyukur pasal apa?

Kita hargai apa yang kita dapat. Di sekeliling kita ada kawan yang baik2 yang selalu menolong, ada orang tua atau mak bapak kita yang selalu mendengar masalah kita dan selalu memberi sokongan, ada kawan sekerja yang selalu memberi kerjasama, ada kenderaan yang bagus walaupun tidak mahal, ada rumah yang selesa walaupun tidak besar, ada anak yang sempurna tidak cacat walaupun tidak berapa cantik, ada anak yang boleh membaca dan menulis dan ada seni walaupun tidak dapat keputusan cemerlang.

Segala kemudahan yang kita dapat seperti buka air paip ada air mengalir, bayangkan keadaan di mana tiada air di rumah, bayangkan keadaan di suatu negeri yang masih tiada sistem paip air hingga ke rumah. Bersyukurlah. Hargailah.

Malam-malam kita buka suis lampu, terang rumah, bayangkan jika tiada elektrik di rumah satu hari - gelap gelita, bayangkan hidup di pelusuk kampung yang Elektrik tidak sampai ke rumah, atau zaman orang-orang tua kita dulu yang hidup di kampung.

Syukurlah juga dengan perkembangan dan penambah-baikan Teknoloji sekarang. Ada Smart Phone. Ada Whatsapp ada Facebook ada Internet ada Google ada Youtube - yang mana Ilmu atau Informasi disediakan tanpa perlu sangat mencari atau membeli buku di kedai-kedai buku seperti dahulu. Amat mudah mencari penyelesaian terhadap masalah yang kita tidak tahu. Apa yang kita perlu buat adalah bertanya kepada Pakcik Google atau di Youtube.

Appreciate. Syukur.

Ianya satu Tuntutan dari Allah, ianya ada arahan Allah kepada kita untuk kebaikan dan manfaat kita sendiri.

Al-Baqarah : 172

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبٰتِ مَا رَزَقْنٰكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

● Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. ●


Kenapa atau Mengapa kena Bersyukur ?

1) Sebab kita ini sebenarnya sudah terlalu banyak DAPAT PEMBERIAN. Pemberian apa itu ? Ianya di panggil Rezeki atau 'Provision' dan juga Kurnia Allah dan hasilnya di panggil NIKMAT.

Ar-Rahman : 11

فِيهَا فٰكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ

● Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. ●

Ar-Rahman : 12

وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ

● Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.●

Ar-Rahman : 13

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

● Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? ●

Ar-Rahman : 22

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

● Dari keduanya keluar mutiara dan marjan. ●

Ar-Rahman : 23

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

● Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? ●

2) Supaya kita dapat Bersabar

3) Supaya kita ini kurang Bersungut atau Komplen ('Complain').

Kebanyakan manusia banyak Komplen atau Tak Puas Hati. Ada je yang tak kena. Kenapa puncanya ? Tak Reti nak Bersyukur. Tak reti nak Menghargai atau 'Appreciate'.

Kita ini selagi bernama manusia akan di beri 'masalah' atau yang sebenarnya UJIAN dari Allah sendiri untuk melihat siapa yang terbaik perbuatannya (AMAL = PERBUATAN). Itu adalah fakta, berdasarkan firman Allah di bawah :

Al-Mulk : 2

الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

● Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya / perbuatannya. Dan Dia Yang Perkasa lagi Yang Pengampun, ●

Al-Baqarah : 155

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوٰلِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِينَ

● Dan sungguh akan Kami berikan CUBAAN / UJIAN kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tumbuhan/tanaman. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR. ●

Jelas, sangat ada Kaitan antara SABAR dan Syukur. Kita tak akan dapat Bersabar jika kita tak reti nak Bersyukur atas apa yang kita 'dah ada' dulu. Atas apa pemberian orang lain kepada kita. Atas apa-apa Pemberian Allah kepada kita. Bersyukur mendahului Sabar. Tanpa Syukur kita tak mungkin dapat Sabar.

Namun, dalam banyak-banyak Pemberian atau Kurnia Allah kepada kita, yang paling perlu kita SYUKURI adalah kita ini di beri 'TOOLS' atau ALAT yang sangat berharga sekali yang tiada pada makhluk melata yang lain iaitu Pendengaran, Penglihatan dan Fuad (Rasa Sedar Diri / 'Conciusness' dan bersifat Boleh-Fikir atau Meng'aqali) :

An-Nahl : 78

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْـِٔدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

● Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia menjadikan kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan AF`IDAH (Jamak kepada FUAD), SUPAYA KAMU BERSYUKUR (LA'ALLAKUM TASYKURUUN). ●


Al-An'am : 46

قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَخَذَ اللَّهُ سَمْعَكُمْ وَأَبْصٰرَكُمْ وَخَتَمَ عَلٰى قُلُوبِكُم مَّنْ إِلٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِهِ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْءَايٰتِ ثُمَّ هُمْ يَصْدِفُونَ

● Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut PENDENGARAN dan PENGLIHATAN serta menutup QALBUmu, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu?" Perhatikanlah bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga). ●

Yunus : 31

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَىَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَمَن يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

● Katakanlah: "Siapakah yang memberi REZEKI kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) PENDENGARAN dan PENGLIHATAN, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah". Maka katakanlah "Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?"●


Apa yang kita dapat kalau selalu Bersyukur ?

Kita akan DI TAMBAHKAN.


Ibrahim : 7

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

● Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan / menegaskan (TA`AzANNA) "Sesungguhnya jika kamu BERSYUKUR, PASTI Kami akan MENAMBAH (LA`AZIDANNAKUM) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". ●

Ini adalah Allah yang Menegaskan ('Proclaimed') dan bukan orang lain dan janji Allah itu PASTI.

Siapa yang Menghargai atau Bersyukur, PASTI Allah Menambahkan.

Apa yang Allah TAMBAHKAN ?

Tiada Limit atau Batasan, seperti :

- Pendapatan kita
- Kesihatan kita
- Kemudahan kita
- Anak-anak kita yang lebih berjaya
- Kawan-kawan atau rakan-rakan yang lebih baik dari dahulu yang sedia berkorban
- Adik-beradik yang lebih berjaya dan dan dapat lebih membantu tatkala susah
- Isteri atau Suami yang semakin memahami lagi lebih menyayangi
- Kenderaan yang lebih mantap
- Rumah yang lebih selesa
- Tanaman yang makin membuahkan hasil yang lebih banyak dan baik dan tidak rosak
- Ternakan yang berkembang biak
- dan lain2 yang di panggil REZEKI.

Segalanya yang ALLAH tambah adalah NIKMAT kepada kita. REZEKI itulah satu NIKMAT kepada kita. Kurniaan Allah juga adalah satu NIKMAT kepada kita. Nikmat adalah hasil, manakala Rezeki dan Kurnia Allah adalah Puncanya.

Itu Kesimpulannya. Yang di tambah Allah adalah NIKMAT.

Orang yang selalu bersyukur, hidupnya tak banyak komplen atau tidak berasa tak puas hati. Air muka kelihatan ceria dan tenang. Mereka sentiasa menggunakan apa sahaja SUMBER atau 'Resources' yang mereka ada dan tidak sibuk NAMPAK kepada Sumber yang orang lain ada yang mereka tidak ada. Mereka sentiasa bersifat Kreatif dan Innovatif meskipun Sumbernya kurang namun tetap mendapat Hasilnya. Di sinilah TRICK kehidupan. Jangan Mengeluh. Gunakanlah segala Sumber yang kita ada. Sumber kita bukan sahaja Modal, tetapi Pengetahuan dan juga Orang-orang atau Saudara-Mara yang kita kenal yang boleh menjadi suatu 'Sumber atau Resources'. Kadang-kadang kita tidak menggunakan Segala Sumber yang kita sedia ada untuk mencapai sesuatu. Kita sibuk mengatakan - 'dia ada 'Cable atau Connection', bolehlah..', ianya tidak semestinya. Ramai orang lain tiada apa-apa 'Cable' boleh berjaya malah lebih Konsisten dan tiada turun naik.


Apa jadi jika kita tidak Bersyukur ?

Keadaan ini di panggil MENGINGKARI NIKMAT atau Kufur Nikmat.

Kita akan dapat SENGSARA Dalaman.

Suatu keadaan Tak Puas Hati Berterusan, suatu Keadaan Minda atau 'State-of-mind' yang selalu merasa Ketidakcukupan, 'The Feel of Scarceness'. Maka sentiasa je nak berebut peluang. Sehingga sanggup mengambil hak orang lain secara tidak benar. Boleh 'Blackmail' orang kerana nak naik pangkat cepat. Mengutuk orang lain di belakang. Di zaman ini, keadaan ini selalu berlaku dan ini di panggil SAINGAN atau 'Competition'. Ianya (Sifat Tidak Reti Bersyukur atau Appreciate) SEBENARNYA menjadi punca mengapa RASUAH atau 'Corruption' atau FASAD berlaku.

Sebenarnya PERASAAN itu datang di MINDA kerana ada SEKSA Allah di situ kepada kita :

Ibrahim : 7

● ...dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". ●

An-Nahl : 112

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ ءَامِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذٰقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

● Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, REZEKINYA (RIZKUHA) datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya MENGINGKARI NIKMAT-NIKMAT Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka PAKAIAN KELAPARAN dan KEHUATIRAN, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. ●

Ayat di atas jelas menunjukkan KESENGSARAAN yang di hadapi oleh orang yang MENGENGKARI NIKMAT ALLAH. Orang yang tak reti nak Hargai apa Nikmat Allah berikan kepada mereka ini di gelar KUFUR NIKMAT, tak mengaku Allah yang memberikan semua keperluan hidup mereka, merasa angkuh dan merasa dia cukup dengan hasil usaha dia sendiri atau pun asyik mengeluh berpanjangan tentang apa-apa ujian Allah beri kepada mereka :- Allah PAKAIKAN kepada mereka PAKAIAN KELAPARAN dan PAKAIAN KEKHUATIRAN sehingga mereka MERASA azab.






====
End.

Allah Asy-Syakur.

'Yang Mensyukuri itu Allah'.

====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA