Langkau ke kandungan utama

1 hari bersamaan 50000 tahun

(Tarikh di tulis : 22 Jun 2017)

Pengenalan
====

Manusia yang bersifat mencari kebenaran akan sentiasa berfikir dan membuat verifikasi atau mengesahkan dan tidak cepat mengikut apa sahaja yang di baca dan di dengari dan terus mengambil sesuatu informasi sebagai kebenaran atau Ilmu.


Masalah
====

Orang-orang yang masih belum beriman yang membaca Al-Quran akan menemukan 3 ayat-ayat Al-Quran tentang definasi 1 hari (YAUM) bersamaan dengan samada 1 ribu tahun atau 50,000 tahun dan selalunya mereka tidak dapat merumuskan apa ertinya dari ketiga-tiga ayat Allah tersebut dan cepat untuk menyangka bahawa dalam Al-Quran itu ada Pertentangan atau Perselisihan atau 'Contradiction' maka mereka akan samada menjaja tohmahan atau Mengambil PENDAPAT atau KETERANGAN dari orang-orang yang mereka sangka ULAMAK.

Berikut adalah 3 ayat Al-Quran tersebut :

Al-Hajj : 47

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَن يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُۥ ۚ وَإِنَّ يَوْمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

● Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya SEHARI (YAUM) disisi Tuhanmu adalah seperti SERIBU TAHUN (ALFA SANATIN) menurut perhitunganmu. ●

As-Sajdah : 5

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَآءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥٓ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

● Dia mengatur 'URUSAN' (AMR) dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik (YA'RUJU) kepada-Nya dalam SEHARI (YAUM) yang kadarnya adalah SERIBU TAHUN (ALFA SANATIN) menurut perhitunganmu. ●

Al-Ma'arij : 4

تَعْرُجُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

● Malaikat-malaikat dan 'JIBRIL' (AR-RUH) naik (menghadap / TA'RUJU) kepada Tuhan dalam SEHARI (YAUM) yang kadarnya LIMA PULUH RIBU TAHUN (KHAMSINA ALFA SANATIN). ●


Jawapan dari orang yang kita gelar ULAMAK
=====

Zakir Naik, seorang pendakwah dan pendebat terkenal dan pengkaji perbandingan 'agama' bila di tanya tentang ini memberi jawapan bahawa YAUM yang di maksudkan dalam Al-Quran itu bukanlah sesuatu yang sama. Yaum mungkin bermaksud 1 Hari dan mungkin juga bermaksud Tempoh.




Saya sangat menghormati beliau, namun dalam menjelaskan pertanyaan ini, apa yang di nyatakan oleh Zakir Naik adalah sebuah Takwilan dari dia.

Kita sepatutnya membuat Deduksi dan bukan Induksi.

Apa yang perlu kita Selidiki dan Faham tentang kaitan dan penjelasan tentang ayat-ayat Allah ini :
======

Kita perlu memahami :

1) DI MANA Allah.

Sebab ada perkataan tentang 'kembali / menghadap' / TA'RUJU / YA'RUJU kepada Allah

2) Apa itu AMR ?

Biasanya di terjemah sebagai URUSAN.

3) Beza antara Malaikat, Ruh dan AMR.

Ayat As-Sajdah : 5 menyebut tentang AMR manakala ayat Al-Ma'arij : 4 menyebut tentang Malaikat dan Ruh.

4) Apa itu Ma'arij ?

Ianya sering di terjemahkan sebagai 'Tempat-tempat NAIK'.

Ada kaitan dengan LUBANG CACING atau Wormholes dalam Ilmu Fizik.

5) Apa itu Langit ? atau As-Sama`?

Ianya ada kaitan dengan Arasy dan di mana Allah.

6) Kelajuan Cahaya

Mengapa kena faham tentang kelajuan cahaya ? Sebab Malaikat di ciptakan dari Cahaya.

7) Sifat Gelombang atau 'WAVES'.

Bagaimana kita menerima Signal dari Gelombang.

Ada 'Carrier Frequency'.

Ada 'Data / Command Frequency'.

8) Ilusi Masa juga Ruang

Apakah masa itu suatu Ilusi ?
Apakah Ruang juga suatu Ilusi kepada Persepsi Diri kita ?

9) Bagaimana perubahan masa bilamana KELAJUAN sesuatu itu berubah.

Kelajuan adalah Kadar Perubahan Tempat (Displacement) dalam sesuatu Unit Masa.

10)  Kuantum Fizik.

Terutama tentang asasnya iaitu 'Double Slit Experiment'.

11) Bagaimana kita MEMBILANG HARI.

Kita mengetahui bilangan hari, bulan dan tahun adalah melalui pergerakan matahari dan bulan.


=====
Mari kita perhatikan perbezaan antara Ayat As-Sajdah : 5 dengan Al-Ma'arij : 4 :-



As-Sajdah (32) : 5

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَآءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥٓ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

● Dia mengatur 'URUSAN' (AMR) dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam SEHARI (YAUM) yang kadarnya adalah SERIBU TAHUN (ALFA SANATIN) menurut perhitunganmu. ●

Al-Ma'arij (70) : 4

تَعْرُجُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

● Malaikat-malaikat dan 'JIBRIL' (AR-RUH) naik (menghadap) kepada Tuhan dalam SEHARI (YAUM) yang kadarnya LIMA PULUH RIBU TAHUN (KHAMSINA ALFA SANATIN). ●


Terdapat banyak perbezaan di antara kedua ayat tersebut ;

1) Ayat 32:5 menyebut tentang AMR.

Apa itu AMR?

Selalunya ianya di terjemahkan sebagai URUSAN.

Pembaca di kehendaki mengkaji kaitan perkataan-perkataan AMR di dalam ayat-ayat Al-Quran yang lain SEHINGGA dapat menemukan secara jelas bahawa AMR sebenarnya adalah PERINTAH atau 'Command' dan seluruh Perintah itu adalah Milik Allah. Pada kaitan dengan ayat-ayat Al-Quran yang lain, AMR ini adalah sejenis 'benda' hidup tetapi bukan berbentuk Fizikal dan AMR ini MELAKSANAKAN PERINTAH Allah. Maka secara konklusifnya AMR adalah PELAKSANA PERINTAH ALLAH tanpa bangkangan.

Perhatikan salah satu firman Allah tentang AMR Nya :

Ya Sin : 82

إِنَّمَآ أَمْرُهُۥٓ إِذَآ أَرَادَ شَيْـًٔا أَن يَقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ

● Sesungguhnya AMR-Nya (AMRUHU) apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepada nya (kepada AMR) : "Jadilah!" maka terjadilah ia. ●


Maka dalam ayat 32:5, Allah menjelaskan bahawa Pelaksana PerintahNya itu MENJALANKAN TUGAS nya dengan KELAJUAN yang Kadarnya (MIQDARUHU) adalah 1 hari yang bersamaan dengan 1000 tahun, menurut perkiraan kita (MIMMA TA'UDDUN).

Cara kita membilang hari adalah dengan memahami pergerakan matahari dan bulan.

Ar-Rahman : 5

الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ

● Matahari dan bulan (beredar) menurut PERHITUNGAN. ●

Yunus : 5

هُوَ الَّذِى جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَآءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْءَايٰتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

● Dialah yang menjadikan MATAHARI bersinar dan BULAN bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui BILANGAN TAHUN dan PERHITUNGAN (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tandaNya kepada orang-orang yang mengetahui. ●

At-Taubah : 36

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتٰبِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقٰتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةً ۚ وَاعْلَمُوٓا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

● Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah DUA BELAS BULAN, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. .. ●

Allah telah menjelaskan dalam firmanNya bahawa dalam satu tahun, terdapat 12 bulan dan inilah Kalendar yang di gunapakai secara turun temurun sebagai FAKTA dan Kebenaran dari dulu sehingga kini.

Untuk memahami Kadar

1 hari = 1000 tahun

adalah dengan memahami KELAJUAN sesuatu ELEMEN atau CIPTAAN Allah relatif dengan kelajuan sesuatu elemen yang lain.

dan LAJU adalah kadar sesuatu pergerakan di bandingkan dengan MASA atau TEMPOH.

1 hari adalah MASA atau Tempoh.

1000 tahun adalah MASA juga TEMPOH.

Pemahaman tentang RELATIFNYA MASA dengan KELAJUAN adalah sangat penting.




Jika sesuatu ELEMEN atau Ciptaan Allah itu boleh BERGERAK LEBIH LAJU dari ELEMEN atau Ciptaan atau Makhluk Allah yang lain, MAKA MASA yang di ambilnya adalah LEBIH SINGKAT.

Itulah sebab LAJUNYA AMR itu jika DI BANDINGKAN dengan kelajuan Perhitungan Hari kita (iaitu Pergerakan Matahari dan Bulan), menyebabkan TEMPOH atau MASA yang kita RASAKAN adalah tersangat LAMBAT iaitu SERIBU TAHUN LAMANYA sedangkan AMR pula di sebabkan ianya TERSANGAT LEBIH LAJU, maka MASA atau TEMPOH Seribu Tahun itu, pada AMR, hanyalah SATU HARI sahaja.

Jika kita ini menaiki sebuah KENDERAAN yang BERKELAJUAN CAHAYA iaitu 186,000 batu sesaat, dan kita BERJALAN atau 'TRAVEL' di RUANG ANGKASA dengan KELAJUAN tersebut, MASA yang kita LALUI adalah tersangat SINGKAT iaitu berkadar 1 hari yang bersamaan 1000 tahun LAMANYA relatif kepada orang lain.

Ia juga bermaksud, semasa kita menaiki KENDERAAN yang BERKELAJUAN CAHAYA itu, dalam 1 HARI yang RELATIF kepada kita, kita dapat saksikan 1000 TAHUN Putaran Matahari mengorbit mengelilingi BUMI dengan sangat Cepatnya.

Katalah kita menaiki kenderaan berkelajuan cahaya itu bermula 12:00 pm pada 22 Jun 2017, dan di dalam Kenderaan Berkelajuan Cahaya itu, kita setkan Jam kita dan satu lagu Jam kita tinggalkan di Bumi. Kita TRAVEL atau MENGEMBARA atau BERJALAN dalam kenderaan Berkelajuan Cahaya itu selama sehari dan pulang ke bumi.

Semasa kita pulang ke bumi:-

Jam yang kita pakai semasa menaiki kenderaan itu akan menunjukkan waktu dan tarikh 12:00pm 23 Jun 2017, SEDANGKAN Jam yang berada di BUMI akan menunjukkan 12:00pm 23 Jun 3017.

Bacalah berkali-kali keterangan di atas dan moga video tentang Ilmu Fizik di atas dapat membantu.

2) Manakala ayat 70:4 Allah menyatakan tentang KELAJUAN Malaikat dan juga Ruh. Kepada perkataan Ar-Ruh, selalu ianya di terjemahkan kepada Jibril dan ITU MEMANG BENAR sekali, kerana Jibril sememangnya sejenis RUH dan bukan Malaikat.


Kelajuan para malaikat dan Ar-Ruh itu adalah berkadar 1 hari yang bersamaan dengan 50,000 tahun, dan Allah tidak menyambung 'menurut perkiraanmu' atau MIMMA TA'UDDUN seperti dalam ayat 32:5.

Ini dengan jelas MENUNJUKKAN bahawa KELAJUAN Malaikat dan Ruh adalah 50 kali KELAJUAN AMR.

50,000 tahun = 50 x 1000 tahun.

Memahami Di Mana Allah
====
Ketiga-tiga ayat tersebut menyebut AMR, Malaikat dan Ruh itu TA'RUJU kepada Allah iaitu Menemui / Kembali kepada Allah.

Maka amat perlu memahami di mana Allah berada ?

FAHAMILAH dengan sebenarnya berdasarkan banyak ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran bahawa :

1) Allah itu DEKAT dan bukan JAUH. Dia lebih dekat dengan kita melebihi dekatnya kita dengan Urat Leher kita sendiri.

2) Allah itu berada di 'ALAL Arasy, 'beyond' atau Di Atas atau Melepasi 'Arasy, dan 'Arasy itu bukanlah sesuatu yang JAUH sebab Allah itu Dekat.

3) Allah juga berada di ILAS-SAMA` bermaksud DI LANGIT. Maka pemahaman tentang Langit yang Berlapis-lapis dan ada Hubuk dan juga Ma'arij dan juga pintu-pintu dan bagaimana kaitan 'Arasy dengan Langit dan bagaimana Allah itu masih DEKAT dengan kita SANGAT-SANGAT memerlukan kita memahami ILMU tentang Kuantum Fiziks.

4) Allah menciptakan Ruang dan Masa maka tak mungkin sama sekali Allah BERADA di 'dalam' Ciptaan Nya. Makanya Allah tidak berada di mana-mana Ruang juga Masa.

Wa Lam yakun-lahu kufuwan Ahad dan Laisa kamithlihi syai'un JELAS menunjukkan Allah berada TIDAK BERMANA dan TIDAK BERMASA.

5) Allah juga menyatakan tidak ada mana-mana keadaan manusia yang Allah tidak BERADA di situ maka WUJUD ALLAH yang Tunggal itu sebenarnya adalah WUJUD YANG HAQ manakala segala wujud yang lain itu sebenarnya adalah MAUJUD atau di wujudkan oleh sang Wujud Tunggal.

Untuk lebih memahami DI MANA ALLAH, sila baca -

https://cahayapalingbaik.blogspot.my/2014/02/arasy-dan-wujud-allah-di-mana-2.html?m=1

Pemahaman dan Kebenaran tentang Kuantum Fizik terutama 'Double Slit Experiment' TELAH MERUMUSKAN bahawa 'Matter' atau sesuatu Jisim itu sebenarnya TIDAK WUJUD. Yang Wujud adalah KESEDARAN atau 'Conciusness'.


Ia juga bermaksud, perkataan TA'RUJU atau MENEMUI ALLAH itu adalah sesuatu yang bukan MENEMUI secara Fizikal, pertama kerana Amr, Malaikat dan Ruh adalah bukan benda Fizikal yang boleh di lihat, dan Allah juga bukan benda Fizikal yang boleh di lihat, maka Ta'ruju atau KEMBALI MENEMUI atau MENGHADAP adalah sesuatu yang berkaitan KEKERAPAN Amr, Malaikat dan Ruh itu sendiri yang BERHUBUNG dengan Sumbernya atau Sumber Segala Sesuatu atau Pencipta Segala Sesuatu iaitu Allah Al-Ahad.

Makanya, berdasarkan Kebenaran atau FAKTA di atas, dapat di deduksikan bahawa Pergerakan Kelajuan Amr, Malaikat dan Ruh itu adalah satu pergerakan yang SANGAT CEPAT dan BERULANG-ULANG mematuhi apa sahaja TITAH PERINTAH ALLAH.

====
Memahami Gelombang dan Frekuensi

Suatu Pergerakan yang LAJU dan BERULANG-ULANG pula berdasarkan Fakta Sains, ianya berbentuk GELOMBANG atau Waves dan mempunyai :-

1) Frekuensi Tertentu.
2) Mempunyai Tenaga. Tenaga atau 'Energy' berasal dari KUASA atau 'Power'.
3) Mengandungi Arahan atau Informasi, cuba fahamkan bagaimana Gelombang Frekuensi dan Data yang masuk dalam Handphone kita yang bila di demodulasi kembali, dapat memainkan Video dan Audio kembali yang di hantar dari sebuah handphone yang lain.
4) Mempunyai 'Carrier' Frekuensi.
5) Mempunyai 'Data' Frekuensi.

Dalam Ilmu Fizik, Frekuensi Pembawa atau 'Carrier' ini mestilah lebih LAJU dari Data atau Signal Frekuensi.



Ayat 70:4 menyatakan Kelajuan Malaikat dan Ruh adalah 50 kali LEBIH LAJU dari AMR; maka

Yang membawa AMR atau 'Command' atau Perintah atau Arahan atau Data Arahan Allah adalah Malaikat dan RUH.

===
Allah lah yang MENGARAHKAN segala sesuatu menurut apa sahaja KEHENDAKNYA dan Pelaksana Arahan ini sentiasa dengan LAJU dan BERULANG-ULANG MENYAMPAIKAN dan MELAKSANAKAN apa sahaja PERINTAH atau 'Command' dari Allah dan PERINTAH ini di bawa oleh MALAIKAT dan RUH.

Ali 'Imran : 154

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشٰى طَآئِفَةً مِّنكُمْ ۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجٰهِلِيَّةِ ۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ الْأَمْرِ مِن شَىْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هٰهُنَا ۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلٰى مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِىَ اللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُورِ

●... Katakanlah: "Sesungguhnya AMR itu seluruhnya kepunyaan Allah (INNAL AMRA KULLAHU LILLAH) ". .●

Dan AMR atau Pelaksana Perintah Allah ini PENUH di sekeliling kita, dan meliputi seluruh Alam Semesta :

At-Talaq : 12

اللَّهُ الَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمٰوٰتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوٓا أَنَّ اللَّهَ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىْءٍ عِلْمًۢا

● Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah / AMR 'DI TURUNKAN' ANTARA KEDUANYA (YATANAZZALUL-AMRU BAINAHUNNA), agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu. ●

Ya, fakta pembuktian FIZIK, di sekeliling kita memang PENUH dengan Pelbagai Gelombang atau LAUTAN GELOMBANG atau 'OCEAN of WAVES'.

===
Ayat 32:5 ada menyebutkan tentang MIMMA TA'UDDUN yang bermaksud Menurut Perkiraanmu, yang bermaksud KELAJUAN AMR itu BOLEH DI KIRA dan DI BUKTIKAN dengan Ujikaji dan Eksperimen demi melahirkan BUKTI atau EVIDENCE.

Kelajuan yang berkadar

1 hari = 1000 tahun menurut perkiraan manusia

yang manusia sudah BUKTIKAN melalui pemerhatian dan kajian ciptaan-ciptaan Allah adalah CAHAYA atau NUR.

Kelajuan Cahayalah sebenarnya yang dapat manusia BUKTIKAN yang berkadar 1 hari bersamaan 1000 tahun tersebut.

Dan Cahaya adalah satu elemen atau ciptaan Allah yang PALING LAJU di ketahui dan di buktikan manusia setakat ini, maka itu sebab ianya BOLEH DI UKUR maka itu sebab ada 'MENURUT PERKIRAAN atau UKURAN mu'.

Lebih Laju dari itu manusia tidak dapat MENGIRA atau MENGUKUR elemen atau ciptaan Allah itu maka itu sebab tidak ada 'Menurut Perkiraan atau Ukuran mu' - sebab tidak dapat di ukur.

Maka Malaikat dan Ruh itu adalah sesuatu yang tidak dapat di Ukur.

Cerita tentang KELAJUAN Malaikat dan Ruh ini adalah di dalam surah Al-Ma'arij dan Malaikat dan Ruh melalui Ma'arij ini berdasarkan kaitan antara 70:3 dan 70:4 :

Al-Ma'arij (70) : 3

مِّنَ اللَّهِ ذِى الْمَعَارِجِ

● (yang datang) dari Allah, Yang mempunyai 'TEMPAT-TEMPAT NAIK' (AL-MA'ARIJ). ●

Kajian ULAMAK Fizik sedunia telah menemui akan wujudnya LUBANG CACING atau 'Wormholes' di mana apa-apa yang memasukinya akan MELALUInya dengan KADAR yang amat LAJU sehingga dapat kembali ke MASA LALU atau pergi ke MASA Hadapan dan inilah di panggil MERENTASI MASA dan juga RUANG.


Al-Ma'arij (70) : 4

تَعْرُجُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

● Malaikat-malaikat dan 'JIBRIL' (AR-RUH) naik (menghadap) kepada Tuhan dalam SEHARI (YAUM) yang kadarnya LIMA PULUH RIBU TAHUN (KHAMSINA ALFA SANATIN). ●



====
Bagaimana pula kaitan tentang ayat ini ?

Al-Hajj : 47

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَن يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُۥ ۚ وَإِنَّ يَوْمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

● Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya SEHARI (YAUM) DI SISI Tuhanmu ('INDA RABBIKA) adalah seperti SERIBU TAHUN (ALFA SANATIN) menurut perhitunganmu. ●

Di sebabkan Perintah Allah itu berlaku dengan KELAJUAN Amr tersebut dan AMR itulah yang berada DI SISINYA ('INDA RABBIKA), maka itulah kaitan dan sebabnya mengapa KELAJUAN nya adalah SAMA.

Mana tahu AMR itu di sisiNya ?

Ianya berdasarkan firman Allah :

Ad-Dukhan : 5

أَمْرًا مِّنْ عِندِنَآ ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

● AMR dari SISI Kami (AMRAN min 'INDINA). Sesungguhnya Kamilah Yang mengutus rasul-rasul, ●

====
Ayat Allah adalah dari Dia Yang Benar atau Al-Haq.

Ianya TIDAK ADA PERTENTANGAN atau PERSELISIHAN atau IKHTILAF, jika kita berilmu MENDALAM dan LUAS - sehingga mencapai TAKUT kepada Allah.

Itulah definasi orang Berilmu. Akhirnya mereka GEMENTAR kepada Allah, kerana apabila sudah TAHU dengan PEMBUKTIAN, mereka YAKIN dan itulah IMAN.

====
End.

Rabbi Zidni 'Ilma.

Baca link ini untuk lebih memahami -

https://cahayapalingbaik.blogspot.my/2015/01/siapakah-ruh.html?m=1



Allah Al-'Alim.
====





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA