Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Yakjuj dan Makjuj

(Date written : 27 Jan 2018) (Last update : 22 Aug 2018) Firman Allah : Al-Kahf 18:93 حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ بَيْنَ ٱلسَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْمًا لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا ● Hingga ketika dia (Zulkarnain) sampai di antara DUA TEMBOK / DINDING / 'Barrier' ( السدين), didapatinya di sebelahnya suatu kaum yang hampir tidak memahami pembicaraan. ● Al-Kahf 18 : 94 قَالُوا يٰذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِى الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلٰىٓ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا ● Mereka berkata: "Hai Zulkarnain, sesungguhnya YAKJUJ dan MAKJUJ itu yang membuat FASAD di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat DINDING PENGHALANG (سدا) antara kami dan mereka?" ● Al-Kahf 18 : 95 قَالَ مَا مَكَّنِّى فِيهِ رَبِّى خَيْرٌ فَأَعِينُونِى بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا ● Zulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tu

Munafik

(Date written : 27 Jan 2018) Munafik adalah 'pemberian' (hukuman) Allah. Maksudnya Allah tidak pernah menjadikan manusia dengan bersifat Munafik pada asalnya. Munafik itu di dapati pada manusia, kerana HASIL kepada apa yang mereka telah buat. Ada penyebab manusia MENDAPAT Sifat Munafik. Hidup ini penuh dengan Sunnatullah, iaitu Undang-undang Sebab dan Hasil (Law of Cause and Effect) alami. Sesuatu itu terhasil kerana perbuatan atau tindakan sesuatu. Saksikan Firman Allah ini : At-Taubah 9 : 77 فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِى قُلُوبِهِمْ إِلٰى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُۥ بِمَآ أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ ● Maka Allah MENANAMKAN /MENGHUKUM / MENGAKIBATKAN (آعقب) KEMUNAFIKAN pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah MEMUNGKIRI terhadap Allah apa yang telah mereka JANJIKAN kepada-Nya dan juga kerana mereka selalu BERDUSTA (يكذبون). ● Berdasarkan ayat di atas, jelas, Sifat Munafik itu di dapati kerana manu

Berguru

(Date written : 21 Jan 2018) Seringkali kita mendengar kenyataan sebegini di keluarkan dari manusia : Kau kena berguru, bertalaqi (bertemu muka). Kau tak boleh berguru dengan Facebook, Youtube dan membaca bacaan di Internet sahaja atau berguru dengan Buku sahaja. Nanti sesat. Mari kita pergi dalam. Mari kita pecahkan kebosanan 'MYTH' yang bertahun-tahun di ucapkan ini dan yang mengucapkan terasa bagus dalam jiwa. ==== Persoalan pertama yang perlu dihurai adalah definasi seorang GURU. Siapakah dia GURU itu ? Persoalan keduanya adalah mengungkaikan SUMBER pembelajaran GURU sehingga dia menjadi GURU dan hasil keluaran GURU juga bagaimana yang di katakan layak bergelar GURU? ----- Apa maksud Guru ? Guru adalah orang pakar yang mengetahui dengan luas dan mendalam bidangnya. Dan tugas mereka MENGAJAR ILMU yang di ketahuinya. Di dunia ini yang ada pelbagai bidang, maka pasti akan ada banyak gurunya. Sangat sukar mencari seorang GURU yang mengetahui banyak (LUA

Islam itu mudah ?

(Date written : 21 Jan 2018) Seringkali kita mendengar kenyataan ini di keluarkan - Islam itu mudah. Permudahkan dan jangan menyusahkan. Pada kenyataan itu memang terdapat kebenaran kerana Islam sebagai satu Deen atau Tatacara Peraturan Hidup, bukanlah sesuatu yang SUSAH untuk di amalkan. Artikel dibawah menerangkan akan maksud ini : Deen Islam tidak susah  (klik link) Ta Ha 20 : 2 مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقٰىٓ ● Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi SUSAH / 'distressed'. ● NAMUN - maksud MUDAH pada kepala minda kita perlu jelas - apakah MUDAH yang tidak perlukan Pengorbanan Hawa Nafsu / Diri iaitu BERJIHAD ? Atau adakah MUDAH kerana ianya sesuai dengan Syahwat dan Hawa Diri ? Jawapannya tidak sama sekali.  Pertamanya kerana hidup ini penuh dengan UJIAN. Perhatikan Firman Allah di bawah : Al-Baqarah : 155 وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوٰلِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرٰ

Kedalaman

kita ini punya tujuan dan jalanan bersimpang siur curam dan berduri yang buta, bisu dan tuli tanpa cahaya menerangi tidak penatkah lagi tidakkah lesu-jemu itu bertandang lagi menjengah bersama hilangnya kesabaran kedalaman yang tidak pernah di telusuri bahasa apakah ini tidak di tinggalkan walau sebesar zarah kitab ini, itu mindaku di ulang tayang tiap kehancuran berikanku sedikit cahayamu wahai kawan di kiri, di belakang suara itu sayup kedengaran tidak, carilah sendiri cahayamu di sini: perkataan itu telah mutlak (andai aku mendengar dan memikirkan) ~KAS~ 11.22pm 20 Jan 2018

Sifat 20 tak boleh belajar ??

(Date written : 19 Jan 2018) Pengenalan Di zaman ini, orang yang mengaku Islam, terlalu lama duduk dalam bergolongan atau berpuak-puak. Kebanyakan manusia yang tidak menggunakan fikiran dengan betul akan mudah di pengaruhi bergantung kepada sejauh mana atau sebanyak mana mereka mendengar dan memahami hujah-hujah manusia lain. Dalam Islam, kita di larang berpuak-puak kerana Islam itu mengajak kepada Tujuan Pengabdian kepada Ilah Yang Satu, maka bagaimana boleh terjadi banyak puak ? Jawapan mudahnya - puak yang ramai ini wujud kerana dengki dan mengikut-ikut sangkaan tanpa berfikir atau meng'aqali secara mendalam. Ali 'Imran 3 : 19 إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلٰمُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايٰتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ● Sesungguhnya DEEN disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali SES

Asal Ibadat itu Haram ??

(Date written : 11 Jan 2018) Ini adalah satu kenyataan yang sangat berani dari segolongan manusia yang mahu Pendapat mereka di guna pakai. Pertama, golongan ini yang ada Ketua Puak mereka mengatakan 'Asal Ibadah itu Haram'. Kedua, mereka mengatakan Cara Beribadah hanya boleh di buat berdasarkan apa yang Nabi ajar. Kalau Nabi tak ajar caranya maka HARAM di buat. Mereka juga mengatakan 'Kalau untuk Urusan Dunia maka asalnya HARUS / MUBAH'. Mari kita pergi lebih dalam. 1) Apa maksud Ibadah ? Ibadah bermaksud Mengabdi Diri. Jika Ibadah kepada Allah ianya bermaksud Mengabdi Diri kepada Allah. Az-Zariyat 51 : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka MENGABDI (YA'BUDU) kepada-Ku. ● Berdasarkan ayat Allah di atas, YANG DI AJAR DAN DI SAMPAIKAN oleh Rasul Nabi kita sendiri, Tujuan Allah menciptakan Jin dan Manusia itu sendiri adalah SEMATA-MATA untuk Beribadah atau M